Thursday, June 25, 2009

Off to Germany

Dari Amsterdam Orked ke Frankfurt, Germany pula. Kalau dari England ke Amsterdam Orked naik kenderaan paling laju, dari Amsterdam ke Frankfurt Orked naik kenderaan paaaaaaling perlahan. Naik bas Eurolines. 8 jam perjalanan. Fuh! Sempatlah jugak Orked berak dalam perjalanan. Hehhehee....


Ini di dalam bas. Penuh juga bas hari tu.


Bila Daddy boring, Daddy dengar lagu. Bila Orked boring, Orked kacau Daddy dengar lagu.


Bas tu tak lah jalan terus je. Ada jugak berhenti rehat sekejap-sekejap. Dapat peluang, Orked pun buat senaman regangan kaki, tangan dan badan.


Sampai di Frankfurt dah malam. Sampai je terus makan dan tido. Esok Orked kena bangun pagi. Perjalanan masih jauh.

Pagi-pagi lagi Orked dah bangun. Orked excited. Sebab pengembaraan Orked yg baru akan bermula. Kali ni lain dari yg lain. Orked akan keliling Germany, Switzerland dan Austria naik motorhome! Yeahhh! Mestilah excited, sebab tak pernah lagi Orked naik motorhome ni. Camne lah rupanya ye?

Ini Daddy kat tempat sewa motorhome. Teka yg mana satu motorhome Orked naik?


Jawapannya, yg sebelah kiri tu. Yg ada bumbung atas kepala. Itulah tempat Orked tido. Itu katil sebenarnya.

Hari pertama, perjalanan dari Frankfurt ke Rothenburg ob de Tauber. Dalam perjalanan banyak perkara yg Orked tak ingini berlaku. Mula-mula ada accident. Motorhome ni besar sangat, panjang dan lebar. Daddy tak biasa bawak lagi. Kat Germany ni kalau kat kawasan pekan atau kampung, jalannya kecik dan rumahnya dibina sampai ke tepi jalan. Bukan macam kat Malaysia, depan jalan ada pagar dulu. Ini tepi jalan terus dinding rumah. Lepas tu kat situ boleh parking kereta tepi jalan mana suka. Ada satu tempat ni macam tu lah, jalan kecil, rumah sampai tepi jalan dan ada kereta parking tepi jalan tu. Apa lagi, Daddy yg baru je warm up terus bbbuuuuuussshhhh.... Aushhh... Daddy terpecahkan side mirror kereta tu. Aaauuwww auuuwww auuuwww....

Ni Orked tengok dari tingkap motorhome masa Daddy tengah deal dengan Polizei Jerman. Sib baiklah tak kena tangkap. Orked dah seram dah. Cuma kena claim kat insurance nanti.

Akhirnya sampai kat Rothenburg ob de Tauber. Malam tu kami camping kat Tauber Romantik camp site.

Cantik scenery kat kawasan tu...

Ada ladang...


Ada kambing...


Ada bunga...

dan ada signboard yg ada lalang.... Heheheh....


Esok paginya baru Orked nak masuk Rothenburg sebab sampai sini pun dah malam. Orked dah penat jalan jauh, nak rehat....


Bye...


Orked
by Mummy

12 comments:

mama_alifsarah said...

best la orked jalan2...lalang pun jadi cantik bila ada muka orked kat situ..:)

Aunty Bard said...

wah ni holiday yang best sebab ORKED jalan dan tido dalam motorhome. Mesti best kan ORKED camping ngan daddy, mummy, atuk & nenek? bestnyaaaaaaaaaaaaaaa...bila la aunty boleh sampai sana :-)

fazlinil irma said...

seronoknya tengok orked jalan2..
takde ke gambar orked kat dalam motorhome..

lg2 kat katil tu? ;D

*syafinaz*me,my self and i... said...

untung nye orked dpt jalan. tmpt cantik plk tu.daddy orked plk terror ambik gambar.mmg cool lah...

Babah Adriana said...

Orked... uncle duwan nak oleh-oleh dari german boleh... heheh

nenekorked said...

Jelesnyee nenek tengok Orked dah melalui Romantik Road to Rothenburg yang selalu nenek mimpikan tu. Dulu masa tour Germany nenek termiss jalan tu.

mOmmy of Triplets plus One said...

gmbar dlm motorhome takde ker?
teringin nk tgk how big it is?

AuntyJid said...

syukurrr.. mujur Orked tak apa2 dlm eksiden tu yer..

Waaaaaaa... bestnya Orked jumpa kambing kat sana... Ada rasa macam Orked balik kg tak? hehehe..

Cute sangat pic Orked bersenam tengah padang rumput ru.. (",)

gee ryder said...

wah jauh nye orked bejln..kecik2 dh keliling dunia..betuah badan :)

nak pgi mane sbrnye ni?

erika said...

gile lawa lar pix3 kat blog orked nih..

c0ngaters t0o papa 0rked!!!

i'll fll0w ur bl0g day by day!

;)

SERI DELIMA BRIDAL GALLERY said...

Bestnya Orked dapat naik motorhome..

Masa aunty belajar kat iTM dulu, projek paper untuk subject ETR, aunty buat projek Malaysian Motorhome (dulu based kat KL) tapi skarang dah tak de kot..
Dapat jugaklah merasa naik motorhome keliling KL..Mmg best..

Nak tau lg....subject ETR tu aunty dapat A+ tau sebab lain dari group yang lain. Mereka banyak buat projek2 yang biasa2 jer...

Sugar And Spices said...

wow...orked!!!
untie suka baca orked nyer blog ni...pic cecantik...muaahhh and hug