Monday, June 8, 2009

Cambridge

Cambridge ni tempat Mummy belajar dulu. Cambridge jugak tempat Mummy dan Daddy mula-mula berkenalan. So, selain dari Hyde Park, Cambridge ni pun tempat yg bersejarah untuk keluarga Orked. Kalau tak kerana Cambridge, takde lah Orked. Mungkin Orked dah jadi Melati ke, Tanjung ke, Mawar ke. Hehhehe....

Dari London kami semua naik bas National Express. Mummy book bas awal-awal, jadi dapat tiket berharga 1 pound. Murah tu. Tiket Orked lagi murah, free je. Tapi kena duduk atas lap Mummy dan Daddy. Alar, kalau ada seat pun, Orked nak juga duduk atas lap. Baru best...


Mula-mula pergi ke Market Square. Mummy dan nenek beli buah strawberi, ceri dan anggur. Segar-segar buah kat sini.

Kat Cambridge ni banyak bangunan lama-lama. Mummy kata umurnya dah 800 tahun. Tuanya! Orked pun posinglah depan bangunan-bangunan tua tu.


Pondok telefon merah pun ada juga. Mesti ambik gambar juga...



Dan yang utama ialah basikal. Kat sini banyak basikal. Hampir semua orang naik basikal atau berjalan kaki kat sini. Mummy kata, dulu kat tempat Mummy belajar tu, Ketua Jabatan pun naik basikal! Wah... Maka, wajiblah Orked posing dengan basikal. Cute cute je basikal yg ada bakul. Jadi Orked pun tumpanglah bakul-bakul tu dengan harapan Orked pun nampak cute. Hehehe....





Lepas tu kitorang pergi punting kat River Camb. Punting tu macam naik sampan, tapi sampannya leper di bawah dan kena tolak pakai kayu panjang untuk punt tu bergerak. Daddy dan Uncle Maza gilir-gilir jadi tukang punt. Orked duduk je tengok itik kat tepi sungai.



Lepas punting, Orked dan family jalan-jalan lagi sambil beli souvenir. Kali ni Orked jalan duduk dalam bakul Aunty Fatin. Memang bestlah naik basikal duduk dalam bakul ni. Oh ya, Aunty Fatin baru je lulus Ph.D. dia. Congratulations Dr Aunty Fatin. Aunty Sufee bila lagi ye? :)




Memang best lah jalan-jalan kat tempat Mummy belajar ni. Orked seronok..... Tapi kali ni kami tak jalan banyak sangat sebab Atuk dan Nenek dah letih. Semalam seharian suntuk berjalan kat London. Kesian Atuk...


Sebelum balik, sempat jugak Orked tengok rumah Aunty Sufee dan Uncle Maza. Makan pun sempat. Tido pun sempat. Hehehhe... Terima kasih Uncle dan Aunty, jemput Orked.



Orked akhiri dengan..........


I LOVE MUMMYYYYYY!


and Daddy tooo.... Tapi sebab Daddy yg ambik gambar, jadi ada gambar I LOVE MUMMY aje lah. :D


ORKED

by Mummy

19 comments:

Mawaddah said...

bestnye semua gambar orked.comel je :)

y u z said...

comelcomel. tapi siannya bertepek dahi ngan plaster. dah berapa entry tengok bertampal, memang tak bukak langsung kat sana, orked?

=D

IamYonna said...

aduhaiiii,
orked adalah budak paling comel abad ni!! she's just adorable kids T___T meh aunty nak cubit sikit pp orked! heee

nnt bila orked dah besar and baca komen2 and entry yg dihasilkan oleh ur dad and mummy, u have to be proud of them! hehe bangga sebab jd photographer orked yang superb!

AuntyJid said...

Wahh..seronoknya Orked possing.. siap ada aksi terbang sekali..
Dahi bila nak sembuh tu.. Tapi seronok tgk Orked tetap ceria walaupun dahi bertampal... cayalah Orked... mmuahh..

Nenek Orked said...

Bestnya dapat jalan2 kat University Cambridge, tempat mummy Orked belajar. Orked bila besar nanti mesti dapat ijazah dari Cambridge juga ya.

Orked said...

Orked dahi tak bertampal masa kat Germany nanti.

Plaster tu kalau perasan, bertukar-tukar. Sebab Orked selalu cabut dan kena letak balik yg lain. Tak boleh biar takde plaster sebab Orked sibuk nak garu. Nanti luka belum kering dah dikopek lagi teruk kesannya.

Mummy

Bard said...

hehehhe we luv ORKED and mummy jugak....bestnya jalan2 cambridge :-)

Munirah Abd said...

punting tu ala-ala gondola la erk..besnyaaa orked..romantik tpt ni..heheheh....

orked mmg comel..duk dlm bakul bertambah comelll...hehhehe

susudalambotol said...

baju orked yg kaler pink tu chomel! ;)

Orked said...

munirah, ha'ah, macam gondola. bentuk lain sikit.

mak lang, baju sheep tu. kat kaki ada kepala sheep. :)

m.e.r.a.h. said...

hai... saya peminat cilik orked... coz orked comey n gambar2 orked semua cantik2...

eim said...

hai,
salam kenal utk orked n mummy orked k...
bestlah tgk orked jalan2..
free2 singgahlah blog auntie plak( ummi faiq)

Mrs.R @ Emi said...

orked..bestnya awak dpt g jln2 kat london...
kenapa x ajak saya? T_T

yg benar,
emily

yatispeed said...

kak intan, she is soo damn cute..paling suka gambar dia kiss you tu..comel sangat la orked nih..

Unknown said...

seronoklah dia...

kita yg dapat tengok gambar je pun rasa seronok.

kak long ang bro SN g jenguk tempat berdating dolu-dolu...

Huzairiyah Hussin said...

hi orked,
bestnya jalan2 kan.
stroller orked sebijik ijaz punyalah.

Anonymous said...

Ya Allah...budak Orked dalam bakul...rasa macam nak cubit =)

Anonymous said...

Ya Allah, Kau lindungilah keluarga ini. Kebahagian mereka menggembirakan hamba Mu yang lain.
:) Mudah mudahan kalian dirahmati Allah, di pelihara Allah. Seronok sungguh tgk happy family mcm nih.

azura said...

hi mummy orked. i'm having a week course kat cambridge university (judge business school) rite now. and i have to say it's such a lovely city!

kagum dengan students malaysia kat cambridge as well :)