Sunday, June 21, 2009

Amsterdam

Hai semua! Selamat Hari Daddy to Daddy! Hari ni Orked nak sambung cerita holiday. Kali ni di Amsterdam pula. Dari London ke Amsterdam kami naik kapal terbang Easy Jet. Sekejap je dah sampai. Tapi sempat juga Orked dan Daddy posing dengan enjin kapal terbang tu. Ngeri tak? Tapi kitorang relaks je sebab kapten dah matikan enjin dah.


Kat airport Orked jumpa Singa yang boleh cakap Kelantan. Mestilah kena ambik gambar!



Kat sana kitorang jalan-jalan naik tram. Ini Orked dan Daddy tunggu tram. Tram kat sana jalan kat atas jalan raya je. Orked pun tak faham macam mana takde pulak accident.



Tempat pertama berhenti ialah di Dam Square. Kat Dam Square ni banyak sangat burung merpati. Heran Orked tengok. Burung-burung ni tak takut orang pulak tu. Mungkin sebab orang selalu bagi burung-burung tu makan. Orked pun ada jugak sedekahkan sikit biskut Orked kat burung-burung tu.


Tak tahan lah Orked tengok burung tu aman je. Orked nak kacau!!!


Dari Dam Square kami jalan kaki sepanjang canal kat sana. Objektifnya nak cari flower market kat Singel Canal. Inilah dia Singel Canal. Kat Amsterdam ni dua perkara yg banyak. Satu banyak canal. Satu lagi banyak basikal.



Kat flower market ni banyak jual bulb bunga tulip. Dan banyak juga jual souvenir. Orked tertarik dengan fridge magnet. Mummy dgn Daddy suka kumpul fridge magnet. Kat sini sebab banyak sangat fridge magnet, dan cute cute semuanya, Mummy pun jadi rambang mata tak tau nak pilih yg mana satu. Oh, kat sini juga harga fridge magnet lebih murah daripada kat kedai-kedai cenderamata yang lain.



Selain dari bulb bunga tulip, bulb bunga lain pun banyak juga. Cuma Orked tak tahu nama bunga-bunga lain tu. Bunga tulip je yg Orked tau ada banyak kat Amsterdam.


Gambar-gambar kat flower market tu, Orked sebenarnya posing tido. Orked dah tak tau nak posing gaya apa, jadi posinglah gaya tido (nak cover malu sbb tido manjang).

Ini pulak gambar Daddy kat gerai jual ayam. Kat sana kami tinggal di apartment. Situ ada dapur yg boleh masak-masak. Dekat dgn apartment tu pulak, ada Albert Cuyp market. Baca kat buku, itu market terbesar kat Amsterdam. Kat situ ada gerai jual ayam halal. Jadi, kami kat sana tak kelaparanlah. Ada ayam halal, dan Daddy pulak dah siap-siap bawak kari dan segala rempah segera dari Malaysia.


Ini pemandangan dari apartment. Dari tingkap boleh nampak belakang rumah orang lain. Gambar kat dalam apartment takde lah pulak. Rasanya ada dalam hard disk Daddy kot. Tapi Mummy dgn Nenek tak pakai tudung pulak kat dalam gambar.


Orked selalu lepas posing mesti nak cek gambar Orked. Manalah tau Daddy ada ambik gambar Orked nampak air liur meleleh ke. Malu lah Orked. Kena suruh Daddy delete terus. Sib baik yang ini OK.

Nanti Orked sambung lagi ye jalan-jalan kat Amsterdam!

Luv,
Orked
by Mummy

10 comments:

dari~ummie said...

orked..stay cute.. =)

Fazlinil Irma said...

Love u orked..x habis lagi ye cerita jalan2..
ehm..mahunya setahun baru habis..hikhikk
orked bagi apa sempena hari ayah..?

AuntyJid said...

Wahh.. Orked.. seronoknya jalan-jalan. Orked tetap comel walau dlm apa jua keadaan sekalipun (walaupun possing tdo). hehehe...

eim said...

comellah orked..
wah seronoknya jalan2...

Aunty Bard said...

hehehhe ORKED macam faham je daddy tunjuk camere tu kat ORKED, tapi aunty rasa ORKED mmg faham pun... hhehhehe ORKED tido sebab penat la mummy and daddy bawak jalan banyak tempat so pose aksi tido pun tetap buat ORKED maintain cute, kan mummy? suka aunty tgk gambar ORKED kat enjin kapal terbang tu, cool je :-)

Juwita said...

ORKED looks absolutely ADORABLE!!!
rasa nak cubit je. GERAM!! :DD

cik dah said...

salam...
selamat hari bapa utk daddy orked jugak.......
comel nye orked.....

N D Z said...

bestnye orked asyik jln2 je :)

IamYonna said...

orkedddddddddddd sgt comelll!! :)

Kuey san said...

pandai orked' mummy bercerita yee..

;P