Tuesday, June 23, 2009

Amsterdam Part 2

Ini semasa hari kedua Orked di Amsterdam. Kalau hari pertama kami jalan-jalan di Bandar Amsterdam, hari kedua kami keluar dari Amsterdam pula. Daddy sewa kereta dan bawak Orked dan Mummy dan Atuk dan Nenek ke Zaanse Schans, Marken dan Lisse.

Untuk sampai ke Zaanse Schans kena naik feri kecik. Sebenarnya ada jambatan kat situ, tapi sekarang jambatan tu tengah dibaiki. Jadi, diorang sediakan feri untuk bawak Orked dan semua ke seberang Sungai Zaan ni. Ini Orked dan Mummy masa atas feri.

Sampai je kat sana semua orang terus makan sebab dah lapar. Dah tengahari dah pun masa tu. Piknik kat tepi sungai je. Seronok tau. Makan tepi sungai, tengok pemandangan cantik. Boleh nampak rumah-rumah hijau dan windmill kat tepi-tepi tu. Berselera je semua orang makan.

Inilah salah satu windmill kat sana. Zaanse Schans ni sebenarnya tempat pelancong-pelancong tengok windmill. Windmill kat sini bukan perhiasan je, tapi masih lagi berfungsi. Masa kat sini, sempat Orked tengok orang kat situ hidupkan salah satu windmill. Mula-mula dia tarik kipas tu, pastu dia tarik tali kat bawah untuk pusingkan kipas tu biar ikut arah angin. Camne ntah, Orked kurang faham. Daddy faham kot caranya.

Ini Mummy dgn Orked depan windmill. Orked first time datang sini, tapi Mummy dah second time. 3 tahun lepas Mummy pernah datang dengan Tok Ayah, Nenek dan Cik Yana ke sini. Masa tu Orked belum lahir. Daddy pun belum kawin dgn Mummy lagi.

Daddy first time datang sini. Nampak Daddy seronok tengok windmill. Hehehhe... Tu... Happy je tuuu muka Daddy depan windmill!

Ini rumah hijau kat situ. Zaanse Schans tu sebenarnya satu kampung. Tapi dah jadi kampung pelancongan lah. Ada banyak kedai juga. Kat situ warna temanya hijau. Semua bangunan termasuk windmill warna hijau. Diorang ni mesra alam kot, sebab tu lah warna hijau.

Selepas Zaanse Schans, destinasi seterusnya ialah Marken. Marken ni sebuah perkampungan nelayan yg juga dah jadi tourist attraction. Tapi tujuan kami ke sana bukannya untuk lihat Marken, tapi utk lihat sesuatu yg luar biasa. Kat Malaysia dan kat negara lain tak ada benda ni. Apa dia? Cuba tengok gambar kat bawah, lepas tu teka. Nanti Orked bagitau jawapannya.
Jawapannya bukan Orked lentok kepala senget. Hehhehe... Tu kat Malaysia pun ada. :D Basikal pun bukan. Daddy hensem pun bukan. (Daddy mmg hensem tapi bukan jawapan). Hehhehe...

Kat sini paras air laut lagi tttiiinggggiii dari aras tanah! Wah... Kalau tengok gambar kat atas tu, sebelah kiri ialah air laut. Sebelah kanan pula, di bawah tambak tu ada jalan dan kemudian ada tasik. Kalau tak kerana tambak tu, air laut mesti dah melimpah masuk. Tengok gambar kat bawah ni pulak, belakang Orked dan Mummy tu ada tambak. Atas tambak tu lah Orked dan Daddy ambik gambar tadi. Dan tambak tu lah yg halang air laut dari melimpah. Paras air laut di belakang tambak tu setinggi Mummy. Kalau air tu melimpah dan Orked berenang, memang tak jejak dasar kaki Orked. Oh ya, sebelah kitorang tu kereta yg Daddy sewa.

Ini pulak kat tambak tadi juga, tapi di depan sikit. Situ ada windmill yg moden pula. Tadi ambik gambar dgn windmill tradisional, kali ni windmill moden. Windmill moden ni banyak ada kat Holland, merata-rata. Tapi Orked ambik gambar dgn yg ni je.


Dari Marken terus ke Lisse pula. On the way, nampak ladang kambing biri-biri. Tengok tu, senapang panjang Daddy nak shoot biri-biri.

Tepi ladang tu ada lorong kecik dgn pokok-pokok rendang. Mummy dgn Daddy terlebih excited sikit. Apa ntah cantik kat sini. Maafkan mereka ye. :P


Sekarang dah sampai Lisse. Lisse ni famous dgn ladang bunga tulipnya. Keukenhof garden yg terkenal tu pun kat sinilah. Tapi masa kami ke sana, taman tu dah ditutup. Ladang bunga tulip pun dah jadi ladang padang jarak. Hehehe... Tulip semua dah takde, dah habis musimnya. Nasib baiklah ada satu ladang bunga allium ni. Dapatlah jugak merasa bergambar celah-celah bunga.


Cantik kan bunga allium ni? Ni lah first time Orked tengok bunga ni. Sebenarnya Orked ada baaaannyakkkk gambar kat ladang ni, tapi sebab ini blog dan bukan fotopage, Orked letak sikit-sikit je lah.
Kali ni Orked tak dapat tengok lagi bunga tulip. Orked harap satu hari nanti dapat juga ambik gambar di ladang bunga tulip.
Lepas Lisse, hari pun dah malam dan semua orang dah penat. Lepas pulangkan kereta, kami naik tram balik ke apartment.

Itu sahajalah pengembaraan Orked di Amsterdam. Tak lama kat sini. The next daynya kami dah pack barang nak ke destinasi seterusnya, Germany. Tengok kat bawah ni, banyak tak banyak nya beg. Paling banyak barang, Orked lah. Beg besar lagi, beg kecik lagi, stroller Orked lagi. Tapi semuanya orang lain kena bawakkan. Orked pun orang lain bawakkan. Bertuah tak bertuahnya Orked ni. Hehehhe....
Ok semua. See you in Germany!

Tataa....
Luv,
Orked
by Mummy

22 comments:

Kuey san said...

cumeyy nyaa last photo tuhh

;)

afiah said...

suka
suka
suka...
suka orked & bunga2 yg comel...ahaks.

Haslinda said...

tomeinya orked..siok dia bleh jalan2 rata..dahi berplaster yg tk tahan tgk tu..hehe..apa2 pun orked mmg tomeii sangat

Fazira Albaijure said...

sukenye tgk gmbr2 ni. am so loving it! best betul tgk pengembaraan orked. nnt citer lg ok ;)

Afeeqa said...

orked senyum comel sgt. pipi tuh geram mcm nk giget2 je. hihi. ;p

mediyla said...

wahh...orked sgt comeh..muahx~! cium ckit :P

AuntyJid said...

A'ahla Orked, Keukenhof tu kalu tak silap auntyjid buka on april n may je kan? huhuhu.. takper2.. ada rezeki next time boleh pegi lagi kan? Allium pun cantik gak dan ia bertambah cantik bila Orked ada di celah2 bunga tu..

Comel sgt pic orked bwh meja tu. Macam anak org korea pun ada gak tu... (",).

AuntyJid said...

Orked, bagi chance la mummy orked mengimbau kenangan.. mesti dia tgh reminiscence tu dgn gaya-gaya zaman dia kat sana dulu-dulu tuh.. hehehe...

Aunty Bard said...

ORKED sayang buat apa kat bawah meja tu? main sorok2 ngan mummy ke? comel betul gambar ORKED ngan bunga2 tu...cute sangat. bestnya tak ORKED dapat jalan2 kat amsterdam?

Anonymous said...

pretty orked! kiss for her~

jom zoom Malaysia said...

hi orked..comelnyer orked...semua gambar orked katsana pun cantik2 belaka... ;)

IamYonna said...

alallaa comeynya orked kat bawah meja tu hehe. bulat je mata :p

nak tgk lg la gambar orked banyak2 dengan bunga! request ni T___T

along sunetcute said...

orked..sungguh cantek gambar dan tambah pulak mummy pandai bercerita..lagi best bila baca..haa..buat apa bawah meja..cari benda untuk masukkan dalam mulut ye...hmmmm..no..no..no..hehheeh

mama Ca & Luke said...

Orked, aunty nak tanya..kenapa orked ni comel sgt??tiap kali tgk pic2 orked, mulut aunty cuma ckp, "ya Allah..comelnya orkedddd..comelnya orkeddd..":-)

Nenek Orked said...

Air jernih tergenang dimata nenek melihat betapa comelnya cucu nenek dikelilingi bunga cantik, dan mengingat kembali tempat2 yang pernah nenek lawati awal bulan Mei 2004 dulu.

Unknown said...

ala syomel2nyer orked nih..gambar kat atas feri tu nmpak orked senyum lebor..cantik..

auntie azie a.k.a green-apple said...

orked ni mcm artis lah..glamer...hehe.....

tettyias said...

Comeinyer orked.... untung orked dapat jalan ke luar negara... tengok tempat orang. gambar - gambar pun cantik ehhh...

Wafaa said...

nape dahi Orked kena tampal?? dah lama nak tanya

love,
aunty wafaa

tutcute said...

idea yg best utk buat blog Orked :)

lovely pics!

Orked said...

aunty wafaa: dahi orked kena tampal sebab orked luka jatuh dari walker.

mommie nard said...

hai orked...comel sgt..mcm namanya..bertuah orked leh jln2 kt negera org...yg paling best..pic2 sumer sgt cantik...