Friday, June 12, 2009

Jerebu

Orked rasa paru-paru Orked mesti dah warna hitam. Lepas tu lubang-lubang kecik dalam paru-paru Orked mesti dah tersumbat. Saluran pernafasan pun mesti dah kecik dah. Yelah, hari-hari sedut udara kotor. Masa naik kereta, Orked tengok kat luar, kelabuuuuu je. Bangunan pun nampak yg dekat-dekat je. Yang jauh-jauh dah tak nampak. Bila bernafas rasa macam sedut asap. Mummy cakap itu jerebu. Jerebu tu udara yang kotor, banyak asap dan kotoran lain. Jerebu tu jadi sebab ada orang bakar sampah secara terbuka. Kereta kat jalan yg banyak pun burukkan jerebu jugak. Sekarang pulak hari-hari panas, lama dah tak hujan.

Kesian le kat baby macam Orked. Dah le kecik lagi. Paru-paru pun kecik. Kecik-kecik lagi dah sedut benda-benda kotor. Penat je Orked berdiet, makan makanan yg berkhasiat, supaya Orked jadi sihat dan kuat. Tapi kalau Orked bernafas udara kotor, nanti Orked sakit jugak. Kalau tak sakit sekarang, dah besar nanti tak tahulah apa kesan udara kotor yg Orked sedut sekarang ni. Orked ingat Orked nak pakai topeng oksigen lah. Tak pun nak pergi holiday kat tempat yg udaranya bersih.

Orked teringat masa holiday hari tu. Walaupun masa tu sejuk dan Orked kadang-kadang selesema, tapi udaranya segar. Ringan je paru-paru Orked bernafas. Tak macam sekarang, rasa berat paru-paru ni.

Hmm... Cerita tentang holiday, banyak lagi cerita holiday Orked belum tulis. Tapi mummy dan daddy busy. Orked kena tunggu diorang tak busy baru boleh update, sebab Orked belum pandai tulis sendiri lagi. Orked kena minta tolong mummy atau daddy yg tolong tuliskan. Sabar ye kawan-kawan.

Ni gambar Daddy ambik kat Lisse, Holland. Gambar kat ladang bunga allium. Caaaannnntiiiikkk.... Hhhmm.... Segarnyaaa udara kat sana.....


Luv,


Orked paru-paru hitam
by Mummy
photo by Daddy

20 comments:

e.l.i.z.@ said...

comei nya orked!
auntie pun rs paru² auntie xbest huhuhu

Aunty Bard said...

comel sungguh ORKED dikelilingi bunga2 yang segar :-).....erm tu la ORKED take care yer. air quality semakin teruk. stay dalam rumah longer than outside ya...

iMaN NuR DiNa said...

salam dh lama saya ikut cerita orked nih....just b a silent reader...but today rasa cam nak comment...u know kak long and abg saiful,the story from beginning make me feel like orked's herself wrote this...mcm dia je yg tulis blog dia...hehhe...i wish her best in future insyallah!

Orked said...

eh... memang orked yg tulis pun... orked cakap, mummy atau daddy taip. :P

Nenek Orked said...

Nenek pun dah naik bosan bernafas dalam udara kotor ni. Orked kecik lagi, nenek pula dah tua. Udara kotor pun tak baik untuk orang tua macam nenek. Samalah kita ya Orked. Kita sama2 doakan hujan lebat turun serta angin kencang, tapi taklah sampai ribut topan, sekadar cukup untuk padamkan semua kebaran dan tolak semua asap kotor dalam udara pergi jauh2 kelaut.
Nenek suka sangat tengok Orked dalam ladang bunga allium purple tu, bertambah comel dan berseri2 cucu nenek.

ibu_Arifa said...

canyik yer gambar orked kt ladang bunga niee..cam nak p jgk lah.. ikuttttt!!!

AuntyJid said...

Wah!! Comelnya Orked dikelilingi allium purple...(",).

Betul tu Orked. Bumi kita sekarang ni makin tenat. Udara tercemar dengan pelbagai 'bendasing'. tak cukup dgn jerebu ditambah pula dgn pelbagai virus yang ganas. Orked banyak minum air yer...

MAMADANISH78 said...

cantiknya pic orked yg nih....unik je...

wolverina said...

Comel nye orked di celah bunga tu! Lebar tersenyum! Nak hirup udara segar suruh mommy pos orked ke aunty! Depan rumah aunty ada taman.. ;)

Mommy orked sihat?

Fazlinil Irma said...

bila baca cerita orked ni buat makcik irma bersyukur lagi..
kat sini walaupun mendung dan sejuk tp udaranya segar.
alhamdulillah..
makcik simpati dengan semua di malaysia..
selagi ada manusia yg tidak prihatin dengan alam sekitar, selagi itulah malaysia akan sering dilanda jerebu.

semoga udara malaysia kembali pulih..

:: Princess Violet :: said...

Cute girl!! i admired gambar2 dalam blog ni..
-ibu Aisy-

Tini said...

best Orked bergambar dengan bunga purple tu...harap udara kat Malaysia pulih hendaknya amin.

IamYonna said...

ya allah orked! comelnyaaaaaaaaa orked di kelilingi bunga2!!

Unknown said...

auntie nad pun silent reader kat sini, kali ni rasa nak komen..teruja tgk orked dikelilingi bunga yang cantik2..aunty nad suka tgk orked kat semua gambar..cantik orked nih, be a good girl yer nak..bila besar bwk mak ayah pulak..

MAma Ariz said...

Hai Orked.. Nie mama Ariz la!!
Orked... dua minggu lps Ariz masuk spital. Ariz kena bronchitis. Tu la Ariz pun sama ngan Orked, tak tahan laaa dgn udara nie...

Mari la kita berdoa agar kita semua sihat yer Orked.

ida@nz said...

cantek sungguh orked ngan munga2 tu.....orked takecre yer..

Myrabella Yeo said...

Comelnya Orked. Myra pun comel juga. Hehehe... kita kawan nak? Blog Myra di MyrabellaYeo.blogspot.com

kakak madihah said...

bestnyer tgk semua gambar2 orked, suker sngat ye laaa biler lah kakak madihah nk pg b'cuti mcm orked....

Orked Mesti Tak Suka Saya Sebab Budak Tak Pernah Suka Saya said...

1st time drop by at your blog kiddo =)
You make the flowers look more beautiful and you're all cheery!
I love this blog...very cretive of Mummy and Daddy to do this on behalf of Orked the baby =)
I'll definitely follow this bloggie poggie =)

Tok Ayah Orked said...

Cucu Tok Ayah ni memang sentiasa riang dan comel sangat.