Hari ni birthday kawan blog Orked, Alesya. Alesya dah 2 tahun. Tahun ni Alesya celebrate birthday dia kat Rumah Pengasih, Kajang. Jadi, dapatlah Orked celebrate sama-sama. Tu pun nasib baik Mummy tak beranak lagi. Kalau tak, Orked pun tak dapat nak join.
Alesya datang bawak kek-kek (bukan 1, tapi 3 kek!) yg cantik dan sedap, macam dalam gambar kat bawah ni.
Kek Barbie Doll. Percaya tak, kek ni Mummy dia yg buat sendiri tau!
Kek-kek Alesya mmg sedap dan caaannnttikkk sangat! Lagi best sebab semuanya Mummy Alesya, Aunty Pnut, yg buat. Ish, Orked mmg jeles lah kat Alesya. Kalaulah Mummy Orked pun pandai buat kek macam Mummy Alesya, wah, dunia ini seperti Orked yg punya! Huhu..... Tapi takpelah, Mummy pandai masak utk Orked makan dinner pun Orked dah bersyukur sangat dah....
Ikutilah cerita bergambar majlis hari jadi Alesya ni ye....
Inilah dia Alesya!
Bila lah nak boleh makan kek ni?
Tengok, budak-budak lain pun tak sabar dah...
Inilah dia, pengacara majlis, Daddy!, dan DJ majlis, Abg Syafaat.
Ramai-ramai nyanyi lagi Happy Birthday sebelum potong kek.
Tunjuk lagi sekali, kek yg ccaannnttiiiikkkk!
Alamak, dah kena potong! Bye bye kek cantik...
Dan cerita ini pun tergantung sebab Mummy pun sibuk pergi makan kek. Hihihi..... Sebenarnya lepas tu ada sesi ucapan, ada persembahan nasyid dari abang-abang dan kakak-kakak, borak-borak dan sesi makan-makan. Tapi disebabkan Mummy pun tak tahan tengok kek yg sungguh menggoda tu, Mummy telah pergi makan dan tak ambik gambar. Maafkan Mummy saya ye....
Dan akhir kata, Orked nak wish kat Alesya...
Akhir kata, Orked nak ucapkan terima kasih sebab sudi celebrate birthday Alesya dgn Orked dan kawan-kawan kat Rumah Pengasih ni. Orked juga harap kita boleh sama-sama berusaha jadi anak yg baik dan soleh dan yg disayangi oleh Mummy dan Daddy kita. Lain kali kita jumpa lagi ye, Alesya!
love,
love,
Orked
by Mummy
5 comments:
wah bestnye orked makan kek.heeee
happy bday buat aleesya jg...
Orked, mummy belum bersalin lg ya? orked careful ya ajak mummy keluar time dah nak dekat due ni...hehehe...
moga sgalanya selamat ya mummy orked...
alahaii cepatnya Orked update, mama kiter masih dok edit gambar tak abeh lagi.. ape la..eeheheh
time kasih Orked kerana kawan-kawan ngan kiter..
tahun depan leh kita sambut ngan adik Orked sekali..
byeee
happy birthday..waa cantik2nya kek tu
Alesya: mummy kita update cepat2 sebab dia takut dia terbersalin tak sempat nak update pulak. hehehhe...
Post a Comment