Saturday, October 10, 2009

Perth 02

Berjumpa lagi kita!

Kali ini masih cerita Orked di Perth. Hari ini Daddy bawa Orked dan Mummy jalan-jalan tepi pantai. Rupanya sepanjang pantai tu ada jalan yg namanya Sunset Beach Road. So, hari tu kami ikut je sepanjang jalan tu.

Ini hentian pertama yg kami berhenti. Orked tak ingat nama tempat-tempat ni, sebab semuanya berhenti sekejap-sekejap je. Yg taunya kami mula dari area City of Stirling hingga City of Joondalup. Jalan pun ikut mana suka dan ikut GPS. Lain lah kalau ikut peta, senang sikit nak ingat namanya sebab tengok peta kena baca (ini tambahan dari Mummy).

Masa Mummy biar Orked diri sorang-sorang atas pasir tu Orked nangis lagi. Pelik lah rasa pasir tu. Susah Orked nak jalan. Pastu tak rata pulak tu. Itu yg Orked nangis tu.



Yg ni kat hentian lain pulak. Ini kat atas pagar menghadap pantai. Cantik pantai sini. Tapi Orked tak nampak ada orang mandi. Agaknya belum timenya lagi. Yelah, hari tu cuaca masih agak sejuk. Angin pun kuat. Mesti airnya lagi sejuk.

Oh ya, jangan risau. Daddy ada sebelah tu. Cuma Mummy potong Daddy keluar dari frame. Hi hi hi...

Ini kat hentian yg sama macam gambar kat atas tadi. Ada kerusi untuk orang rehat-rehat kat situ. Dah ada kerusi rehat, kenalah guna untuk berehat, kan? Romantik tau kalau duduk sini sambil tengok laut...


Ini pulak kat salah satu tempat parking bot kat area tepi pantai tu. Er, sorry lagi, tak tau nama tempatnya. Orked tangan besar sebab Orked pinjam sarung tangan Mummy. He he he...


Yg ni pulak kat marina tempat orang tolak bot masuk laut. Tapi masa Orked kat sana takde bot yg turun. Jadi, tak dapatlah tengok caranya macam mana. Kat hujung tu ada timbunan batu untuk jadi penghadang ombak. Orked boleh nampak kadang-kadang ombak pecah sampai lepas dari batu tu. Kuat betul ombak kat situ. Kalau takde beting batu tu mesti ombak dah sampai tepi.


Orked dengan Mummy pulak. Cantik tempat ni untuk ambik gambar. Sebab tu ambik banyak sikit gambar kat sini.


It's me! (yg ditiup angin)


Lagi satu gambar, dgn Mummy. Orked lentok kepala.


Itu sahaja untuk kali ni. Memang jalan-jalan tengok pantai je hari tu. Best...

Jumpa lagi nanti!


Love,
Orked budak bunga
by Mummy

11 comments:

ratna said...

ooo orked.. duduk atas pagar kamu tak gayat yerr.. jalan atas pasir pantai dok nangis2 seriau.. kelakar la orked ni.

Aunty Bard said...

Hi Orked....aunty suka betul aksi Orked yang sentiasa pandai balancekan badan bila duduk atas tebing ke, atas kayu ke and etc....

gambar Orked ngan mummy tu sangat comel....muah utk Orked & mummy!

Orked said...

Aunty Bard: mmuaahhh utk aunty bard juga! xoxoxo

Ratna: hehehhe... Orked baru pandai jalan la aunty. kat rumah masa praktis lantai rata dan licin je. kat sini tetiba lantai senget senget pulak. tu yg orked kalut tu.....

LiLithFaiR said...

cantik2 gambar orked. pandai mummy n daddy amik :)

misz beauty said...

tak taw aunty nak kate apa..... santek, shomel and marbeles beauty dalam semua pict nihh.... =D

Anonymous said...

mummy and daddy orked

nak mintak tips travel ngan baby la, naik flight
wat should we bring?
we have to bring her buggy stroller ker?

please, i need ur advice, from the expert

Orked said...

mariaarifbaby:
naik flight cuma bawak barang keperluan baby yg biasa kita bawa; extra clothes, diapers, susu, etc. pastu mainan sket bagi dia tak boring. klu boleh mainan baru lah kot supaya dia busy exploring. kalau mainan biasa dia dah jemu. pastu biskut2 bagi dia makan ke. biasa flight ada bassinet utk dia tido except airasia, tido atas riba kita je.

lebih elok kalau ambik flight malam sbb time tu mmg time dia tido. so dia akan tido dan kita pun boleh tido. tp kalau waktu siang dia akan tido sket, pastu dia nak main/jalan/dll, penat sket la nak layan kat ruang yg sempit tu.

baby stroller tu kita boleh bawa sehingga ke pintu kapal terbang. so tak letih la nak dukung dia je, boleh letak dalam stroller. nanti kat boarding gate diorang akan simpankan utk kita, except for certain airport contohnya perth, baby stroller kena check in awal2. berat sket la nak kena dukung baby. sib baik airport kecik.

oh ya, masa dalam plane, kan selalu kita ada rasa telinga cam tersumbat, lepas tu pop kan? baby pun akan rasa dan maybe akan tak selesa. utk hilangkan tu bagi dia minum susu masa flight nak berlepas dan masa nak landing supaya dia tenang dan telinga tak pop.

hope it helps.

mummy orked

atie said...

Salam Orked,

Sedapnya nama dia macam orgnya comel aje.. mama orked buat la follower buat orked jadi makcik nie bolleh follower blog orked selalu... kecik2 lagi dah ke perth best nya kan... salam persahabatan

Kuey san said...

Suka gambar Orked nangis tuh.

;D

Marsha~ said...

cantik2 gambar orked.. kecik2 dia dh pandai bergaya... kalau anak sy, jgn haraple nak senyum diam2 pandang camera.. huhuhu

jid said...

Orked makin comel lah... (",)