Tuesday, October 20, 2009

Perth 03

Salam semua,

Hari ketiga kat Perth kitorang pergi jalan-jalan kat Fremantle Market. Orang kata kat situ murah kalau nak beli souvenir. Orang kata lah, tapi Orked tengok tak punnn.... Mahal jugak je.... Nak beli buah epal pun mahal tau!

Ini kat depan marketnya. Bangunan dan style kat dalam market tu style zaman dulu-dulu. Unik jugak la.....


Ini kat dalam market. Orked jalan-jalan je kat situ. Takde yg berkenan kat hati Orked. Bahagian situ ada jual benda-benda macam pakaian, hasil kraftangan, makanan, dll. Oh ya, ada lah benda yg Orked suka. Lupa pulak. Ada satu kedai yg jual baju comel-comel. Ada baju macam baju kelasi lah, gown gown comel, dan macam-macam. Tapi harganya, mak ai, puluh-puluh dolar. RM jadi ratus-ratus lah. Takpe lah, Orked kalau pakai baju sekejap je, nanti dah tak muat. So, tak payah yg mahal-mahal.


Lepas keluar dari Fremantle market, Orked dapat sesuatu. Cuba teka apa dia?

Orked dapat kangaroo puppet! Yeahhhh! Orked memang teringin kangaroo. Orked dengar binatang yg paling famous kat Australia ialah kangaroo dan koala. Orked teringin nak tengok kangaroo dan koala, dan teringin nak ada pet kangaroo dan koala. So, Mummy dah belikan Orked pet kangaroo. Btw, Orked ada banyak pet kat rumah. Orked ingat nak buat zoo macam Daddy masa kecik dulu. Cerita pet Orked, nanti Orked cerita lain kali ye?

Inilah dia kangaroo Orked. Tengok Orked happy, sampai nampak gigi kapak Orked. Hi hi hi... Tak leh cover dah gigi kapak tu....


Lepas tu kami jalan-jalan sekitar market menuju Esplanade. Takde la apa-apa yg best kat situ. Ini gambar Mummy Orked yg kurus dan Daddy Orked yg dot dot dot.... Dot dot dot tu happy lah! Kan Daddy tengah senyum lebar tuuu!.... :D


Dan portraiture sekeping dua dgn Mummy.


Lepas tu kami pergi ke 1 park untuk piknik. Park tu tepi pantai. Lepas piknik pergi pantai tengok laut. Gambar makan piknik takde sebab Mummy lapar sibuk nak makan je. Tapi lepas makan Orked posing kuch kuch hota hai kat pokok.... Mana laaaa hero Orked Shah Rukh Khan tak datang lagi ni?


Orked dah siap nyorok celah pokok lagi dah ni....


Lepas tu Daddy bawak Orked tengok pantai kat tepi park tu. Tak ingatlah nama parknya.....


Kat situ ada jeti. Orked nampak ada ramai orang memancing ikan kat situ. Tak tau lah dapat ke tak ikannya. Macam taaakkkk jee.... Orked cuma praktis jalan-jalan....


Boleh pasang sound track lagu "dia datang, dengan lenggang lenggoknya....." untuk gambar ni. Hehhehe.....


Cuaca hari tu memang bagus. Cerah je. Dah tak sejuk dah. Cuma perlu pakai jaket nipis je. Tak nak pakai jaket pun dah ok sebenarnya. Daddy kata memang sesuai utk ambik gambar. So, kat bawah ialah gambar-gambar Orked yg Mummy dan Daddy amik. Yg cantik tu Daddy lah yg ambik, yg no 2 cantik tu Mummy yg ambik....


Sesi lambung-lambung mesti ada punya....


Dan sesi seronok-seronok dgn Mummy....


Dan sesi posing ala-ala gaya model... Ada gaya tak?


Dan lepas tu, bila dah penat, balikkkkkk..... 1 happy family.....


Till then,

Bubbye...

Orked
by Mummy

12 comments:

fazlinil irma said...

ala comelnya orked dah jalan..sampai senget2 bahu mummy dgn daddy nak pegang tangan :D

Aunty Bard said...

Hi Orked sayang,

bila aunty tgk entry perth 03 ni, sangat la geram ngan Orked yang pandai sangat posing, sungguh mencuit hati aunty la. terasa nak gomol2 jer Orked ni tau. cute sangat Orked posing kat tepi pantai tu, sangat spontan.

Aunty pernah pergi Fremantle dulu, best jugak tmpt tu esp seafood dia. sgt fresh. souvenier ok la jugak macam yang ada kat perth tapi tak la interesting. cuci mata best jugak....

aunty suka sangat gambar2 kat sini. pandai daddy dan mummy Orked amik gambar....love u Orked!

Anonymous said...

comel nya orked time posing mcm model tu ",)!
selamat bahagia dan murah rezeki.Amin!
::adah::

Wafaa said...

gigi Orked ada berapa? senang tak mummy & daddy nak gosok gigi Orked?

misz beauty said...

wahhhh.... orked posing kalahkan aunty beauty nih... shomel sunggouh!!! muackkksss... :-*

june said...

souvenir murah kat e-shed market di fremantle jugak.. kedai indonesian.. pandainye posing anak fotografer ni...

nenekOrked said...

Betul tu Orked, barang2 kat Freemantle tu mahal juga. Nenek pergi dulu pun tengok2 dan beli buah untuk makan situ je. Tapi fish & chips kat restoran tepi pantai tu murah dan best sangat. Nenek makan hingga menjilat jari!

nenekOrked said...

Cute sangat cucu nenek tunggu 'Shah Rukh Khan' tu. Ada bakat jadi heroin Bollywoodlah Orked nih! Heheheh

hani said...

Kat fremantle market tu macam kat central market, KL....barang2 lebih unique. if nak souvenir murah2 and mass produce, kena gi kat e-shed market.. kat suburb fremantle jugak (dekat ngan fremantle train station).

auntyjid said...

Waahhh.. comelnya gigi kapak Orked.

orked, Pic kuch kuch ho ta hei tu cute sangat!!

auntyjid said...

opsss... auntyjid baru perasan lah gaya model orked tu..sangat comel! heheh... macam gaya model duta baby Elle...

Orked said...

Aunty Irma: Orked kena pakai heels baru la bahu mummy n daddy tak senget! :)

Aunty Bard: alamak, tak rasa pulak seafood kat sana.... melepas Orked...

AUnty Adah: thank uuuuu.......

AUnty Wafaa: ada 4 je aunty. gigi tak mau tumbuh lagi lah.... tak senang! heheh....

AUnty Beauty: ni Orked dapat inspirasi dari aunty lah ni...