Monday, October 5, 2009

Perth 01

Assalamualaikum....

Masih bulan Syawal, jadi Selamat Hari Raya semua... Entry kali ni, Orked nak cerita tentang raya ke-3 sampai raya ke-10 Orked. Kali ni Orked beraya jaaauuuhhhh di Perth, Australia. Daddy dan Mummy saja nak jalan-jalan jauh sikit. Students Mummy cuti, jadi Mummy pun bolehlah cuti panjang juga.

Masa kat Perth, Orked ada pergi jalan-jalan kat King's Park. King's Park ni kira macam Lake Garden kat KL tu la. Cuma King's Park ni luas. Orked ada baca, luasnya lebih luas lagi dari Central Park yg kat New York tu. Park dalam bandar terbesar di dunia, kalau tak silap Orked. Kalau silap sorry lah, Orked baby lagi. Heheheh...


Masa kat King's Park, Mummy dan Daddy gi dating-dating tak bawak Orked. Tau diorang tinggalkan Orked kat mana? Tak, bukan kat rumah, tapi kat atas pokok! Tengoklah tu, Daddy posing sebelum tinggalkan Orked.

Tak lah, tak tinggalkan pun. Tinggalkan kejap utk ambik gambar Orked je...


Yg ni pulak Orked kat depan pokok boabs atau nama Melayunya baobab. Pokok ni pokok padang pasir. Bentuk dia pelik, kan? Batangnya cam botol. Bila dah tua lagi cam botol. Kat dalam tu terkandung air. Yelah, padang pasir kan kering... Pokok ni asalnya tumbuh kat tempat lain, tapi diorang pindahkan dan tanam kat King's Park ni.


Lepas tu Daddy dan Orked jalan-jalan atas rumput. Best jalan-jalan. Udaranya segar, rumputnya hijau, dan ada Daddy dan Mummy sama-sama pimpin Orked jalan. Of courselah best!


Kat sini agak berbukit-bukit sket. Kalau tak dipimpin Orked kena imbangkan badan camni...


Ada satu kawasan tu, cantik, ada banyak bunga daisy warna pink. Daddy pimpin Orked masuk celah-celah bunga tu.


Tapi bila Daddy lepas je tangan, tinggal Orked sorang-sorang dalam tu, Orked nangis... Mummy pun tak tau Orked nangis sebab takut bunga ke, sebab takut tanah tu tak berapa rata ke, atau takut apa...


Ini pulak jalan yg ada pokok eucalyptus di tepi jalan. Cam cantik je, Orked pun bergambar lah...


Setiap pokok eucalyptus tu ada didedicatedkan utk seseorang. Yg ni didedicatedkan utk seorang askar yg mati masa perang. Orked sedih, sebab tu lah cam nak nangis...


Lepas tu kitorang pergi shopping complex Westfield utk beli makanan. Orked tinggal kat apartment, ada kitchen, jadi bolehlah masak-masak. Kat situ ada jual daging dan ayam halal.


Uiii.... Mahal betullah harga daging dan ayam kat sini. Fuh, nasib baiklah Daddy yg bayar!


Lepas tu apa lagi, readylah utk tido... Kitty ni puppet yg Cik Yana bagi. Dia beli kat UK dulu. Orked ada bawak 3 kawan masa pergi sana, Kitty, Froggy dan Moose (beg Orked). Tapi Orked paling sayang dekat Kitty. Tu yg Orked peluk Kitty tu.
Ok, good night....
xoxoxo
Orked
by Mummy

19 comments:

fazlinil irma said...

suka la gambar orked kat bunga daisy..matching dgn coat..

oh..yg lg best kali ni orked jalan2 dah takde plaster..hehehh

Zaitun said...

Salam ziarah

Seronoknya orked kecik2 lagi dah banyak tempat orked lawati.Auntie suka baca blog orked hehehe.

mama_alifsarah said...

wah...beraya jauh rupenyer Orked ye... enjoi nengok pic orked..dah pandai jejalan sendiri plak tu...mommy rajin2 update pasal orked kat Perth ye :)

Lady of Leisure said...

selamat hari raya untuk orked and family..
:)

misz beauty said...

wah... orked raya sampai perth!!!! kalah aunty beauty yang raya di tengah sawah tanjong karang jerk... eheheheee.... suke negok pict orked yang nampak 2 batang gigi atas tu.... sangat shomel mengendong bag moose dier tuh.... cayunk cit... muahhhhh ;-)

yumyum said...

wah orked kebetulan were going to perth too next two weeks!
keep the post coming boleh jadi last minute referrence for us!

susudalambotol said...
This comment has been removed by a blog administrator.
IbuAisye said...

Sebelum ni klu g jalan2 mummy n daddy Orked yg dukung..tp sekarang Orked dah pandai jln sendiri..

Auntyjid said...

Orked, Auntyjid rasa... mummy & Daddy tengah mengimbau kenangan panjat pokok masa zaman bercinta dulu2 kot tuh.. sebab tu diorang nak Orked rasa betapa bestnya panjat pokok... hehehe...

Tapi Orked steady jer kena tinggal atas pokok tu. Orked memang seorang yang berani macam Powerpuff Girl.. Tengok tuh.. still boleh control comel walau bergaya depan pokok untuk orang mati.. :-D

Aunty Bard said...

bestnya Orked jalan2 raya kat Perth City.....Orked takut kena tinggal sorang2 kat celah2 bunga, sebab tu Orked nangis :-)

IbuHanna said...

orked gi oversea lg? seronoknyerrrrrrrrr..biler la Hanna dpt jln2 cam orked..

pic orked dgn bunga daisy pink sgt cantikkkkkkk..

Lee said...

comel nye orked..

Bibi said...

Hi Orked,

Next Jan 2010 auntie nk pi perth jugak. nak tau lah, nak masuk perth kna ada ETA kan. mcm mana nk apply and buleh tak share itinerary orked sbb tk tau nk plan and nk pegi mana..huhu..thanks

Orked said...

Auntie Bibi, nak masuk Aussie mmg kena ada ETA. Daddy Orked buat ETA online jer lepas tu nanti automatic masa check-in kat counter dia dah detect ETA tu. Just in case, auntie kena simpan nombor ETA tu. Daddy Orked bayar sorang AUD20 utk ETA tu. Kat Perth takde apa sgt, tapi nak cantik uncle kat Perth cakap kena pergi Albany, tapi jauh...kalau nak pergi mesti bermalam kat sana.

nenekOrked said...

Nenek kat Malaysia pun nangis juga, macam Orked nangis celah pokok bunga tu, nenek nangis sebab Orked tak bawa nenek pergi Perth.

ayu aka mrs malfin said...

waa.jauhnya orked beraya..seronok la aunty tgk gelagat orked.ada org kata muka orked mcm muka ank aunty..huuh..kirim slm pd uncle udey ya,dlu aunty kawin dia yg jd photographer..=))

Farra Dhelina said...

salam..

just nk bg cment kat pic orked yg kat bga daisy pink tuh..

kt rasa dia nangis bila daddy dia lepas tgn,sbb tu bkn bga orked..itu daisy.. :)

suka tgok pic tu..comeyy :)

Orked said...

Irma: Ha'ah, kali ni dah takde plaster! :)

Zaitun: thanks Aunty!

mama alifsarah: nanti Orked suruh Mummy cepat2 update...

Lady of Leisure: tq. selamat hari raya juga...

miszbeauty: kita samalah aunty, sibuk posing time raya. hehehe...

yumyum: dah sampai perth ke? tak sempat kot mummy nak siap cerita semua dalam 2 minggu... tp Orked akan cuba suruh mummy cepat...

IbuAisye: ha'ah. Orked dah boleh berdikari skrg ni... mummy dan daddy cuma perlu dukung Orked time Orked penat je!

Aunty Jid: Orked rasa pun camtu jugak lah... Diorang teringat time kuch kuch hota hei kat Cambridge dan Manchester dulu kot?

Orked said...

Aunty Bard & Farra Dhelina: ha'ah la. sebab bunga Daisy. cuba kalau bunga Orked, mesti tak takut! :D

Ibu Hanna, Lee: thanksss...

Nenek: tapi Orked nangis suara kuat tau! nenek pun suara kuat ke? heheh...

Aunty Ayu: ye ke muka kitorang sama? wah, macam ada kembar...