Thursday, October 1, 2009

Aidilfitri 1430H

Assalamualaikummmmmm!

Selamat Hari Raya semua! Camne dgn raya tahun ni? Orked punya biasa-biasa je... Tema raya kami kali ni ialah blue. Jadi Orked pun bergaya in blue juga lah...


Pagi raya kami semua makan di rumah Tok Ayah dan Nenek kat Nusaputra. Macam-macam makanan ada. Orked paling suka ialah juadah raya mat saleh yg Cik Yana buat, baked macaroni. Sedap tau! Yelah, rendang semua tu Orked mana boleh makan. Orked takde gigi. Lagipun, pedas lah!


Lepas makan-makan, kami posing di Taman Gemala Sari Nenek, ambik gambar raya keluarga.



Memandangkan Orked dah boleh jalan, seronok lah Orked ke sana ke mari menggayakan baju kurung Orked. Tapi kainnya labuh sikit, kena lipat kat perut. Mummy kata supaya boleh pakai baju tu lama...


Masa raya Daddy pakai songkok. Orked pun teringin lah nak try. Masa tu Orked tak tau yg songkok tu orang laki-laki je yg pakai. Lepas tu barulah Orked tau. Oh ya, ini Orked dgn Nek Su Orked. Ini first time Orked jumpa Nek Su sebab Nek Su tinggal jaaaauuuhhhhhh di Canada.


Ini Orked jalan-jalan pimpin tangan dgn Daddy kat garden. Matching tak kaler biru kami?


Petang tu pulak, kami pergi rumah Oyang Orked kat Felda Soeharto, Sungai Tengi, Selangor. Oyang ni mak dan ayah mama Daddy Orked. Tapi.... Baru minggu lepas Oyang laki-laki Orked meninggal dunia.... :( Dah tua dah Oyang Orked ni. Orked pun tak sempat kenal dgn dia.


Ini semua kisah raya Orked di hari pertama. Ni raya pertama yang Orked boleh pakai baju kurung. Tak sempat nak tempah baju kurung, haritu mummy dan daddy bawak pergi last minute shopping kat Nilai 3 kat situ banyak baju cantik2 dan semuanya murah-murah.

Akhir sekali, kepada semua baby baby kat luar sana, Orked nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kalau Orked ada terkasar bahasa, menangis terover pitching, terberak dalam nappy masa di rumah auntie2 semua ke dan macam2 lagi lah. Harap dimaafkan...kita 0-0 okey

Love

Orked
(by mummy)






14 comments:

ratna said...

bila orked dah besar mcm gini.. muka orked lebih kpd ibu dia. anak mak yerrrr..

misz beauty said...

shomel betul orked pakai baju kurung... gewam rase aunty nak peluk....;-)

mama umairah said...

orked..kita sama biru lah raya tahun ni..sampin papa kita pun sama putih..ayong selamat hari raya maaf zahir batin ye..pgla fp kita tengok gambar kita masa raya..

Aunty Bard said...

Selamat Hari Raya Orked & Family. cantik Orked berbaju biru :-).....

SaPeRnTAh-NoThIng said...

comelnya orked...
slmt hri raye orked..moga cpt membsar yek..hehheh

fazlinil irma said...

otet..

cantik la baju..kalau otet pakai tudung mcm mummy mesti lagi cantek..

cik irma pun nak ucap selamat hari raya..maaf zahir batin sepanjang cik irma komen2 kat blog otet ni..kot otet kecik hati kaann..

Orked said...

Orked ada tudung. Tapi Mummy baru beli semalam. Hehehhe... Nanti la ada kalau ada raya lagi Orked pakai.

Pnut said...

Orked...
kiter nak ucap selamat hari raye kat Orked gak...
Orked dah boleh jalan ek..
kiter jalan jatuh je, belum mahir
mama kita kate, kiter baru lesen L...

nanti kita dah terer jalan, leh kita lumba jalan ek...

tata...

Alesya

Y A T T said...

taktau kenapa tapi kalau baca blog orked ni, mesti nak kena baca dalam nada dan suara budak kecik. hehe.

so cute.

orked be a good gal, k!

♥ adLya ♥ said...

aah..terus rasa cm budak2 bila bace blog orked..suke2..
sekali tersinggah blog orked terus terpikat.. so kita follow blog orked ye..

selamat hari raya buat orked dan keluarga..

Anonymous said...

Tengok orked pakai baju kurung..nampak dah besar dah anak mummy tu..so cute..

AuntyJid said...

Rindunya kat Orked. Auntyjid kursus lama tak dpt lawat blog Orked... :-(

Comelnya Orked berkurung biru.. nampak bersinar2 mata Orked... :)

Orked said...

Aunty Pnut: Orked pun tak sabar nak lumba dgn Alesya. Ni hari-hari Orked praktis jalan laju-laju tak nak jatuh.

Aunty YATT: mestilah kena baca dgn suara budak kecik, sebab yg tulis ni mmg budak kecik. :D

Aunty Adlya: nak buat camne, blog ni mmg blog budak-budak. eh salah, blog baby... :)

Aunty Jid: xpe aunty, Orked pun tak rajin update. jadi aunty takde la ketinggalan pun. aunty balik dari kursus boleh terus baca semua. hihi...

MaMaSyAzA said...

amboi cutenya orked..berbaju kurung camtu..cute sgt..anyway...salam ziarah, salam perkenalan..sesaja jalan2 umah kawan2..kebetulan terjumpa orked blog..singgah ziarah..