Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya

Dua hari je lagi dah nak raya. Raya tahun ni ialah raya kedua Orked. Kali pertama masa Orked masih baby dulu.

Tapi sebelum cerita raya, Orked nak share satu lagi kegemaran Orked. Orked suka panjat masuk dalam benda-benda macam kotak, beg, bakul, kerusi Bumbo Orked dan macam-macam lagi. Ini kotak yang Mummy letak kat dapur. Asalnya Mummy nak guna kotak tu untuk isi barang nak kemas rumah. Sekali Orked panjat masuk. Mummy pun bagi can kat Orked main. Macam kucing pulak Orked, duduk dalam kotak. Tapi tak lama Orked main ni, dalam 2-3 minggu je. Pastu Orked dah tak heran.....


Ggggrrr... Garang tak muka Orked?

Ni pulak Orked panjat masuk dalam laci. Selain masuk dalam laci, Orked suka bukak laci-laci dan pintu almari kat rumah. Kalau tak kena tangkap, Orked akan punggah keluarkan barang dalam laci tu. Ni pun Orked masuk sebab nak senang punggah barang la ni. Tapi sekarang ni Orked dah tak buat sangat la, sebab Mummy marah. Kalau Mummy tak perasan je baru Orked buat.


Princess in the drawer. Hehehe...

Ok, balik kepada cerita raya. Kat bawah ni gambar Orked masa first time raya dulu. Kecik kan Orked dulu? Masa tu raya pakai gown je sebab takde baju kurung yang saiz Orked. Tapi tahun ni... jeng jeng jeng... Tunggu lah gambar raya Orked ye?


Oklah, Orked nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Minta maaf ye kalau ada salah dan silap. Berhati-hati balik kampung. Lepas raya sambung baca blog Orked kay?

Salam lebaran

Orked
by Mummy


16 comments:

ibu_arifa said...

amboi..suka masuk dlm kotak yer..comey lah orked nih..

selamat hari raya buat orked sekeluarga ye.

meor saiful rizal said...

Selamat Hr Raye adek orked=)
semoga dpt byk duet raye

azura said...

selamat hari raya orked and family! my baby pun dulu pun last year tak pakai baju kurung coz tak de saiz, masa tu dia baru 3-4 bulan if i'm not mistaken.

mariaariffbaby said...

salam aidilfitri
maaf zahir batin gak

enjoy ur raya ok!

IMCurtain said...

Selamat Hari Raya Aidifitri dan Selamat Bercuti dari IMCurtain.com . Berhati-hati di jalan raya.

p/s: Kami ingin menjemput anda semua menyertai komuniti blogger kami di Malaysian Blogger Community

fizamior said...

selamat hari raya orked & family!!!

Munirah Abd said...

Selamat Hari Raya orked..

nnti amik gambar pakai baju kurung ye :D

+betterSINGLE+ said...

slmat ari raye..
mnx maaf klu ad tsalah bahasa...

reen~ummi dina said...

camat ari raya orked!!

misz beauty said...

selamat hari raya dear orked... cayang kat pipi ckit... muaaackkksss.... angan lupe blanje aunty if dpt duit raya okay... hehehee;-)

achmad shazwan said...

selamat hari raya orked.orked chumel sangat tau.muah muah muah.
untuk kak long ngan abg saiful jugak.~for "producing" a great daughter

silent fan orked
abg wan

ayie said...

slmt hari raya untuk orkid sekeluarga...

y u z said...

orked&mummy&daddy ---

Selamat Hari Raya! nanti letak gambar orked pakai baju raya comel-comel ok!

=)

Dalilawati Zainal said...

Orked ni lebih kurang umur my baby kot. This is our second raya with him. Born on 5 aug 2008. Hehe...tengah melasak ye, orked...leh geng le dgn irfan...

Aunty Bard said...

Selamat Hari Raya Orked. Mesti dapat banyak duit raya tahun ni kan? :-)

nenekOrked said...

Wah garangnya Orked. Nenek pun takut tengok Orked. Heheheh. Grrrrrr!