Thursday, September 3, 2009

Birthday Orked Hari Tu...

Orked sekarang dah 1 tahun tau! Orked dah tak baby lagi. Orked dah jadi toddler. Tapi Mummy dgn Daddy masih panggil Orked baby, padahal Orked dah besar. Agaknya bila Orked dah 21 tahun nanti pun Mummy dan Daddy panggil Orked baby lagi kot...

Birthday Orked hari tu Orked celebrate dua kali. Mula-mula celebrate kat Rumah Pengasih Warga Prihatin yg Orked selalu pergi dan tinggal masa Mummy pergi kerja. Kat situ Daddy ada belikan carrot cake untuk Orked. Mak Long kat situ yg buatkan. Sedap tau rasanya! Ini rupa kek Orked.


Masa tu Orked ngantuk sikit sebab dah malam. Maklum le bulan puasa. Celebrate birthday kena malam. Kalau buat siang, Orked sorang je lah kot boleh makan kek tu. Sebab Orked tak puasa. Hik hik.... Sshhhh.....!


Kali kedua Orked celebrate kat rumah pulak. Kat rumah ada keluarga-keluarga Orked yg Orked sayang. Ada Atuk, Nenek (2-2 nenek ada), Cik Yana, Pak Long, Mak Long, Abg Ippy, Abg Alip, Cik Aina, Pak Memen, Nek Su, Tok Su, dan of course la Mummy dan Daddy... Ada jugak yg tak dapat datang. Takpe, lenkali datang ek?

Masa party Orked ni Mummy yg masak tau. Mummy masak nasi ayam sedap dan buat air buah tembikai sedap. Pastu Daddy beli kek cute dan beli sate sedap jugak. Masa birthday Orked dapat banyak hadiah jugak. Mummy dan Daddy (Daddy yg bayar) bagi gelang baru. Cik Yana belikan loket bunga Orked. Pastu Pak Long dan Mak Long bagi baju dgn skirt. Nek Su dgn Tok Su bagi bantal bentuk bunga Orked. Terima kasih semua. Orked sukaaaa.... :D

Haaa.... Inilah kek Orked. Comel tak? Siap ada lady bugs lagi. Tapi dua-dua Mummy yg makan. Mummy makan lady bugs! Eeeuuww...


Ini lepas potong kek. Masa birthday Orked banyak buat mulut muncung sebab Orked gatal gusi. Gigi bawah Orked dah nak tumbuh.


Camne ni, birthday girl tak pakai topi birthday party? Tadi Orked lupa pakai. Cik Yana pakaikan.


Haaa... Barulah lengkap!


Itu jelah cerita birthday Orked. Tak banyak gambar masa birthday sebab Mummy dan Daddy sebagai tuan rumah tak menang tangan nak handle party dan nak ambik gambar lagi. Gambar Daddy lagi lah, takde satu pun rasanya. Sian Daddy. Daddy kata, lenkali kalau ada birthday party Orked lagi, Daddy nak upah professional photographer. Haaa, baru le Daddy boleh relaks dan ada banyak gambar Daddy dan gambar family juga. Nasib baik Nenek pun ada ambik gambar. Gambar yg Nenek ambik Nenek dah up kat facebook dia. Tapi kalau nak tengok gambar tu kena jadi kawan Nenek kat facebook dulu lah kot...

Ok, akhir sekali, Orked nak ucap terima kasih kat semua kawan-kawan dan aunty-aunty dan uncle-uncle yg selalu baca blog Orked ni yg dah wished kat Orked Happy Birthday. Insya Allah Orked akan cuba sedaya upaya nak membesar menjadi seorang anak solehah.

Ok, tata! Orked tak sabar nak explore the world. Orked dah boleh jalan tau! :D


Luv,

Orked
by Mummy

19 comments:

y u z said...

orked!selamat harijadi ya!

=D

QM said...

Besday kite sama kan Orked?
Opah kite belanja Domino Pizza, sebab Opah kite kata kita tak leh makan kek so dia beli pizza...
Mama kita tak tangkap gambar pun sebab sama kes, tak menang tangan layan orang datang :)

A'aesyah Marissa
by Mummy dia

Sy@M!M! ^ AzM!r@ said...

happy belated birthday orked. Nice to see u shared ur happines with the Penghuni Rumah Pengasih. That's the best way.

barakallah atas Orked. Ameen :D

AuntyJid said...

Wahh!! cantiknya kek bday Orked... ada riben2...cute mcm Orked juga.. (sian mommy, nampak letih jer...)

Wah.. lepas ni bolehlah orked possing catwalk pula yer... Tak sabar rasanya nak tgk orked possing aksi lompat2... cepat besar tau Orked...

Orked, nanti tuntut lagi satu incoming hadiah dengan mommy tau... hadiah tu akan sampai ke ofis mommy. Tapi arround next week baru sampai kot... (",)...

strawberi said...

happy birthday orked :)

fazlinil irma said...

tahniah orked dah boleh jalan..
nanti boleh tiru gaya mummy berlari then daddy ambil gambar ;)

fizamior said...

wah!! cutenye kek orked.. nyummeh!!!

puan langsat said...

happy birthday orked

ciketon fazya said...

happy birthday Orked..
semoga dipermudahkan kehidupan, diberkati dan sentiasa disayangi...^_^

.ada. said...

happy bufday to you orked =).membesar dengan sihat

Aunty Bard said...

wah ORKED celebrate 2x yerk....happy birthday to u again ORKED....tak sabar nak tgk ORKED dah pandai jalan...muah muah muah!

Mrs. Adz said...

happy birthday orked..best la auntie tengok kek orked tu..

~~MeWhoOwnThisBlog~~ said...

sangat comey..happy bufday dear orked!!

mama_alifsarah said...

Hepi besday orked! dah pandai jalan tu, jalan bebaik tau... jangan jatuh2 sangat..takmo ader plaster lagi tau :)

Umi Rayyan said...

hepi bday orked...rayyanpun dh 1yr...hehehe...mcmana sambut bday bulan posa? next yr bday rayyan 1st day posa...heheh...kena buat party mlm le...
satu lg nk bgtau...umi rayyan umur 28tawon masih dipanggil baby...malu gklaa...tp dh biasa...lek je orked :-p

Sue said...

selamat hari jadi, Orked!!!

Semoga ceria dan comels selalu...

autumn said...

Happy Birthday Orked... Moga orked jadi anak yang sihat dan bijak. anak auntie 2-2 boy. sronok tgk orked.

MrsAdi a.k.a June said...

Selamat ulangtahun sayang.... ececececece..amsyar ayat orked la plak!. amsyar pun dh setahun gak. kita sebaya, cuma orked kuar dlu la... selamat berpose mummy n daddy orked!

nenekOrked said...

Wah dah boleh jalan! Takyah pegang2 lagi ye? Nenek bz balik kampung for the past few days, tak tanya kabar Orked pun. See you in 2/3 hari lagi. Nenek rindu Orkedlah.