Tuesday, September 8, 2009

Mari kita korek beg Mummy...

Hai semua...

Orked sebenarnya ada banyak gambar nak share, tapi tak sempat. Ni gambar yg Mummy ambik masa awal bulan Ogos yg lepas. Ha, ini sebenarnya salah satu hobi Orked. Orked ada banyak hobi. Kalau Mummy leka Orked akan buat ni. Orked selalu kalau balik kerja dgn Mummy, akan tunggu peluang ni. Mummy Orked ni suka campak beg dia atas lantai. Pastu tak zip beg pulak tu. Orked apa lagi, peluang dah depan mata.

Nak tau apa Orked suka buat? Korek beg Mummy laaaaa! Apa lagi? Beg Mummy ada macam-macam. Tapi yg Orked paling suka ialah purse Mummy. Kalau dapat purse Mummy.... Wooo.... Berjam-jam pun Orked boleh duduk diam. Orked akan keluarkan satu persatu benda yg ada dalam purse Mummy tu... Duit, kad bank, kad Mesra, kad pengenalan, lesen memandu, kad Jusco, kat kredit, kad insurans, kad nama, dan segala macam kad lah yg ada dalam purse Mummy tu, akan Orked keluarkan. Best. Dah lah purse Mummy ada banyak kad yg Mummy pun tak tau apa dah. Kumpul je....

Lepas tu, Mummy akan marah Orked. Tapi Orked buat sengih je. Sape suruh letak beg merata-rata? Heehhehe....

Ni dia Orked at work....


Apa ada dalam beg Mummy hari ni ye?

Hhhmmm.... Nampak menarikk..... Geramnya!

Mari kita korek dalam lagi...

Ooopsss... Mummy dah nampak! Tak sempat nak ambik purse, huhu!

Itu saja utk hari ni. Lain kali Orked share lagi.

Sebenarnya hari ni Orked demam. Dah beberapa hari demam tak baik-baik. Baik pun kejap je, pastu demam balik. Hari tu kena inject MMR. Sebab tu kot. Harapnya hari ni Orked baik lah. Badan dah tak panas. Cuma Orked tak larat nak bangun je. Orked tido je. Tapi Orked sempat le pesan kat Mummy suruh update blog Orked sementara Mummy cuti ni. Sian Mummy kena cuti jaga Orked. Sayang gak ek Mummy kat Orked.

Ok tata.

Muah muah...

Orked
by Mummy

18 comments:

fizamior said...

orked so cute curik2 geledah handbag mummy...hmm..orked, get well soon okay...

nenekOrked said...

Kesian cucu nenek tak baik dari demam lagi? Cepat sembuh ya sayang. Hari ini Orked makan apa? Makan banyak2 biar sihat, kuat dan tak cepat demam.

JMR said...

alala..chumelnyer orked..

iMaN NuR DiNa said...

lately,banyak baju Orked kaler merah..Orked suka merah or mummy Orked nih...hehehe

IEM said...

oh pandai geledah beg mummy yeh...
orked leh geng ngan anak auntielah...

Aunty Bard said...

aunty sangat getam tgk pipi Orked yang tembam dan mulut yang muncung gitu bila serious ngan 'job' Orked hehehhehhe....get well soon ya Orked. Muah!

honey bedazzled said...

give her probiotik it helps to make it quicker

Orked said...

iman nur dina: confirmla mummy yg suka kaler merah. sbb mummy yg beli baju orked. orked pakai aje. hehehheh....

honey bedazzled: probiotik tu nak dapat mana ek? probiotic yg dalam vitagen ke?

AuntyJid said...

Orked dearie, auntyjid realize satu perkara lah... ORKED MAKIN CHUBBY DAN COMEL!!!

Mummy Orked ada hobi sama mcm Auntyjid rupanya! Auntyjid pun suka kumpul kad jg. semua jenis kad nak simpan. (sampai kembung purse dibuatnya). Orked korek baik-baik tau purse mummy tu, nanti hilang pula kad-kad kesayangan mummy tu...

Auntyjid doakan moga Orked cepat sembuh yer..

Siri cerita melancong Orked belum habis rasanya kan? (Kenyit mata kat mummy)... (",)

Orked said...

siri melancong ada satu episod je lagi. ingatkan nak buat-buat lupa je. heheheh.... sekali ada orang ingatkan la pulak.... :D

mummy

fifi said...

pipi orked dah melayut dah...
comey...

ayie said...

ai orked...
uncle singah sembang2 kat sini ea...
nakal yek orked....korek beg mummy dia...

mariaariffbaby said...

hehehe..

orked ni macam akak ecah la..
suka cari purse mommy!

meor saiful rizal said...

haha.comeynyer =)

misz beauty said...

orked da baek ke belum... cian dier... hope sehat cepat, nak raya da ni...

Anonymous said...

hi orked..
ni kak mel..
salah seorg peminat orked...
tau tak kak mel slalu tgk fp mummy n daddy orked tau..dr awal lg...
sehingga lah orked ada...
well akak happy sgt tgk family orked.. akak doakan moga orked , daddy n mummy orked bahagian selalu.. dimurah kan rezeki n berjaya menjadi MELAYU yg disegani.. kimslm kat mummy orked k..

cordipinbukanubatasthma said...

Selamat Hari raya Orked n Family....

Auntie mohon maaf sekiranya ade komen2 auntie yang buat orked, mummy orked, n daddy orked or ahli keluarga orked terasa....

nanti bile orked dah besar sikit..belajar2 la pose...heheheheh

Orked said...

anon @ mel: thank you sebab follow blog-blog kami dari dulu sampai sekarang. selamat hari raya

cordipin...: selamat hari raya dari kami juga. kami pun minta maaf kalau ada entry yg kurang sesuai. :)

mummy orked