Saturday, August 22, 2009

Berchtesgadener Land, Germany

Hai semua,

Bersambung lagi dgn siri jalan-jalan Orked. Ini adalah siri kedua last sebab ini dah hari-hari terakhir Orked di sana. Kali ini di Berchtesgadener Land, Germany. Tempat ni terletak di sempadan Austria. Mummy baca kat dalam travel guidenya, dia tulis kat situ yg tempat ni adalah tempat yg paling cantik di Germany. So, mestilah kena pergi situ.

Tempat tu memang cantik pun. Dalam perjalanan ke situ ada lalu sikit German Alpine Road. Jalan tu lalu celah-celah hutan alpine. Cantik lah. Berchtesgadener Land tu pulak, ada scenery kampung tradisional berlatarbelakangkan gunung-gunung. Cantik. Cuma masalahnya, Orked baru je balik dari Switzerland yg viewnya memang wow! So, jadi kurang cantik pulak tempat ni. Jalan-jalan kat Switzerland memang dah spoilkan mata Orked dan Mummy dan Daddy. Jadi tak cantik pulak tempat lain bila dibandingkan dengan Switzerland tu. Kalau pergi tempat ni dulu, mesti rasa cantik gila. Bila balik rumah, Mummy tengok balik gambar-gambar kat internet, cantik pulak. Hehhe...

Masa sampai kat sana, hari Ahad pagi. Lengang je pekan tu. Rupanya orang pergi ke gereja. Ni jumpa seorang rakyat tempatan dgn pakaian tradisional diorang. Diorang pergi gereja pakai pakaian tradisional. Macam kat Malaysia kita pergi masjid pakai baju kurung dan baju melayu lah...


Kat town tu juga ada satu royal castle. Orked cuma tengok luar castle tu je, tak masuk sampai dalam-dalam. Mummy suka pokok bunga ros tu... Mummy kata, tingkap rumah-rumah kat kawasan selatan Germany ni macam tingkap rumah Lego yg Mummy main masa kecik-kecik. Orked belum boleh main Lego lagi sebab nanti Orked telan. Besar sikit nanti Mummy kata dia belikan.


Lepas keliling town, kitorang naik ke satu kawasan nama Maria Gern. Kat situ ada Maria Gern church. Cute je rumah-rumah kat situ kat kaki gunung.


Orked tumpang rehat atas kayu api.


Salah satu rumah kat sana. Rasanya ni guesthouse kot.


Ini churchnya. Pergi sini sebab ada gambar ni dalam guidebook Mummy.


Orked balance kan badan. Don't worry, Mummy ada kat sebelah Orked. :)


Ni pun guesthouse yang cute lagi. Selain dari tingkap, ciri-ciri tipikal rumah kat selatan Germany ialah ada beranda kayu, dan ada bunga-bunga comel kat beranda tu.


Papan tanda yg comel.


Itu sahajalah aktiviti kat Berchtesgadener Land. Episod last ialah gambar dan cerita Orked di Munich, Germany. Oh ya, lupa pulak. Perasan tak, dahi Orked dah takde plaster besar? Yeah, plaster dah buka sebab luka dah kering...
See you.
Luv,
Orked
by Mummy

8 comments:

Aunty Bard said...

ORKED mmg sgt comel kalau gelak besar, nmpk penuh gusi ORKED tu hehehehehe......mmg cantik gambar2 kat cni ditambah pulak dengan model comel ORKED :-)

AuntyJid said...

Orked dearie...
Cantiknyaaa sume pic orked kat sini. sumenye senyum gembira...

Cantikkkknya kg tepi gunung tu. Sure banyak ilham menulis kalu AuntyJid tinggal kat situ. hehehe...

Cayalah! Orked, ada gaya gimnas 'profesional' lah pic Orked atas tunggul kayu tu.. ehehehe... cantik!!!

Salam Ramadhan Kareem untuk Orked n mummy n daddy.

Wafaa said...

kayu api tu untuk hiasan je ke Orked? cantik.

eh nape luka Orked lambat kering? selalu sapu ubat kuning ke?

sorry ye sayang, Auntie banyak tanya :p

hani_zan said...

orked...knape orked comel sangat???

geram auntie tgk orked...nasib baik orked xde kat depan auntie..kalo x..habis pipi orked...hehehhe....

suke gambar orked yang ketawa terkekek...dapat bayangkan suare orked ketawa besar....hihihi

Orked said...

aunty wafaa:

kayu api tu rasanya diorang guna kot, utk panaskan rumah. sebab ada banyak... rumah-rumah lain pun ada camtu...

luka orked lambat kering sebab letak minyak gamat. lepas tu mummy letak plaster sebab orked selalu nak garu. jadi bila dah betul2 tak boleh digaru baru mummy buka plaster.

Unknown said...

caya lah orked dh boleh balancing tak jatuh pon..cantik sangat macam dalam movie la pulak gambar2 orked ni

nenek Orked said...

Cantik betul tempat ni. Nenek belum pernah ke tempat tu lagi, nenek nak sebut nama tempat tu pun susah Orked.
Guest house warna coklat, dengan tingkap comel dan flower boxes tu nampak macam guest house yang pernah nenek bermalam masa kat Salzberg dulu.
Nenek pergi Salzberg masa mummy Orked belajar kat University Cambrigge dulu. Masa tu mummy belum kenal daddy Orked lagi pun!

Pena Crystal said...

salam..hye sis,wah...bestnye..kecik2 comey da boley g jenjalan jauh2...ahaks.
Cute happy family..
Sis,i follow u ya..:,nnty jmputla t0 my newly launch blogshop.Shawls cantik2 at ffordable price--oppss,promote lakk..hik2..