Thursday, October 22, 2009

Perth 04

Hari ke-empat Orked kat Perth, Orked ada kawan baruuuu.... Daddy Orked dan Baba Kak Kauthar, Uncle Rafiz, bawak kitorang pergi tengok animals kat Caversham Wildlife Park. Uncle Rafiz ni kawan Daddy. Diorang dah lama tinggal kat Perth. Jadi diorang mmg terrer la jalan-jalan kat Perth. Sebenarnya Kak Kauthar ada adik. Adiknya baby lagi, baru dua bulan umurnya. Tapi takde pulak gambar Orked dgn baby Zubayr...

Sampai je kat situ, kitorang terus pergi tengok show...


Tengok macam mana bulu biri-biri kena potong! Baik je biri-biri tu, tak meronta-ronta pun!



Lepas tu tengok baby biri-biri berebut-rebut nak minum susu. Cute betul!



Lepas abis show tu, kami ke tempat lain pula...


Pergi ambik gambar dgn animals! Yg ni lizard. Orked cool je tarik ekor dia, tapi Mummy pulak yg over over geli. Hehehe... Apalah Mummy ni!


Ini pulak parrot. Tapi dia tak tunjuk pulak kebolehannya berkata-kata. Tapi dia nak gigit jari Orked. Ada ke pulak, jari Orked bukan makananlah!

Dan ini pula ialah koala. Kerjanya ialah tido. Boleh pulak dia tido atas pokok tak jatuh.


Yg ini pulak, tak perlu diperkenalkan lagi kan? Ini lah kangaroo, yg Orked nak tengok sangat tu! Kat tempat ni kita boleh bagi makanan kat kangaroo tu. Itu yg seronoknya! Tapi kangaroo sini macam malas sikit. Takde pun Orked tengok kangaroo yg melompat-lompat. Semuanya tido atau makan je...


Tadi Orked dgn Daddy, sekarang Orked dgn Mummy pulak feed kangaroo. Banyak makan, sebab tu la kangaroo nya relaks aje. Makanan sampai ke mulut, tak yah lompat-lompat dah!


Lepas dari situ, kitorang pergi ambik gambar kat Whiteman Park pulak. Whiteman Park tu kat luar je Caversham tu. Berhenti kat situ sebab view dia cantik. Ada bunga-bunga kuning dan pokok-pokok hijau.


Ada bunga, Orked pun petik lah... Nak kutip banyak-banyak bagi kat Mummy...


Lepas tu Kak Kauthar pun join Orked main bunga.


Eh, Mummy pun tumpang!


Family portrait satu Uncle Rafiz!


Seterusnya, ke ladang anggur pulak. Ini Daddy yg nak tengok pokok anggur. Tapi pokoknya botak sebab bukan musimnya.


Orked nampak cam gergasi tak?


Jalan-jalan kitorang hari tu berakhir dengan.....














..............












.............








2 orang yg pengsan kepenatan!





Heheheh.....


Take care!


Bye...


Love,

Orked
by Mummy

11 comments:

misz beauty said...

syok betul auntie beauty baca and nengok story orked jalan2 di perth... membuat auntie membuak2 teringin nak g sane... hihii... orked memang fotogenik... ;-)

mieyzaihana said...

ala comelnyer..sume gambar cantik2..tapi yang paling comel gambar last..:)

auntie link orked kat blog auntie ye..:)

cik puan daun said...

gambar last sangat comel.. ahehehehe

Orked said...

Aunty Beauty: apa lagi aunty, kumpul le duit... pastu rajin-rajin tengok website airasia cari harga murah ye?

Aunty Mieyzaihana: thanks aunty....

Aunty Daun: Orked dah letih sangat tu... Masuk je kereta terus pengsan. Angkat pun tak sedar... Heheheh...

Kuey-san said...

Orked & Parrot.

warna dah cam sama. tu pasal dia nak 'rasa' Orked sket.

Hehehe


:P

auntyjid said...

sume pic orked cantik2 belaka. Auntyjid suka sume pic orked!! rasa macam nak buat scrapping je sume pic orked ni... nanti auntyjid pos scrapping tu yer... (",).

haku-ko said...

ala..gambar kepenatan orked tu paling comel! auntie suke laaaa

en_me said...

sonoknyerrr..

Auntie Yatie said...

Bertuah nye menjadi seorang 'orked'. Dari kecik dah travel jauh2 kan, dpt tangkap gamba cantek2 sangat pulak tu...bestnyeeeeee......

Munirah Abd said...

last pic adalah sgt comel
hehehhe :D

Orked said...

ramai betul peminat gambar last tu ekkkk.... hehhehe....