Thursday, October 29, 2009

Naik Feri ke Pulau Pinang

Haaa.... Ada pun yg berjaya teka dengan betul ke mana Orked pergi dalam entry yg lepas. Yep, Orked pergi ke Penangggg... Pastu gambar tu Orked mandi kolammm.... :) Tahniah kepada aunty aunty yg teka betul. Pandai lah!

Orked ke Penang sebab Daddy ada function. Masa pergi kami naik feri. Beeeesssttttt.... Masa naik feri boleh nampak laut. Lepas tu boleh rasa angin yg tiup tiup rambut Orked. Syok betul....


Uuuuu.... rambut Orked berterbangan ditiup angin...


Ini kat bahagian depan feri. Masa duduk kat situ Orked terasa macam driver feri. Hehhehhe... Kat situ anginnya kuatt....


Beesttttt....

Sementara menunggu feri sampai Daddy ambik gambar Orked kat atas feri banyak-banyak. Rasa cam model pulak Orked, dengan rambut berterbangan lagi...



Inilah dia pipi Orked yg Mummy dan Daddy selaaaaaaalluuu kisss tu.... Dah berjuta-juta kisses melekat kat pipi Orked ni...


Pipi sebelah ni pun ada berjuta-juta kisses melekat. Hehhehe....


Bila sampai kat hotel, Mummy dan Daddy rehat. Tapi Orked main rumah-rumah kat bawah meja. Yelah, masa kat dalam kereta Orked letih tak boleh bergerak sebab kena duduk dalam car seat. Jadi bila dah sampai Orked kenalah gerak-gerakkan otot-otot Orked yg dah nak beku tu...


Best tau main rumah-rumah. Cubalah, baru tau....


Dan lepas tu main bawah selimut pulak sebelum took a nap. Orked kena nap sebab lepas tu Orked nakkkkkkk..... mandi kolammmm....

Tapi lain kali lah baru Orked sambung. Mummy belum edit lagi gambar-gambarnya.

Mummy cakap Orked sekarang ni cheeky dan playful. Sebab apa tau? Sebab Orked suka kacau Mummy dan Daddy. Orked kacau diorang ajak main. Hhehehhe.... Kadang-kadang tu Daddy tengah buat kerja, atau Mummy tengah duduk-duduk ke, Orked pergi kat diorang cucuk-cucuk, tarik-tarik, sengih-sengih, buat cak cak... Pastu Orked happy sangat bila diorang respons dan main dengan Orked. Orked sekarang sukaaaa senyum dan ketawa. Senang je nak buat Orked ketawa (masa Orked tak nangis). Buat cak cak, atau pun sengih-sengih kat Orked, atau pun paling senang geletek Orked, mesti Orked ketawa.

Oklah, Orked nak tido dah. Ngantuk sangat dah ni. Good night....
Love,
Orked
by Mummy

16 comments:

Hantu Ulam said...

eeeeeee...geram la tgk gigi rabbit orked..

hehe..geram nk cubit pp orked...hoho

fazlinil irma said...

chomelnya orked. nampak keletah sangat bila dah besar ni.
tambah lagi dengan gigi rabbit dia.

cik irma dr jauh pun sayang kat orked. wpun x pernah jumpa :D

muaaahhh utk orked..

nenekOrked said...

Lama dah nenek tak jumpa Orked. Dah begitu banyak perubahan rupanya. Nenek doakan Orked sentiasa sihat, dilindungi dari perkara2 buruk dan menjadi anak yang soleh.

Wafaa said...

Orked sebijik ikut muka Mummy

Aunty Bard said...

yeahhhhhhhhhhh best best tgk Orked pi penang, Orked and mummy sangat enjoy atas feri tu...cepat2 upload gambar mandi kat pool yerk, mesti daddy amik banyak pic tu...muah utk Orked. Have a great weekend ya to Orked & family :-)

biqque said...

orked muka daddy dia, senyum manis mummy dia! comel!

mariaariffbaby said...

yeah..
orked anak ayah la.

queserasera said...

gigi... hehe... comei~

misz beauty said...

memang betul tu senang nak buat orked senyum ketawa nampak gigi 4 batang tuh... ari tu auntie cium tummy dier, dier dah sengih2... pastu gelongsor2 kat hadiah2... hehheee... best shiom pipi orked yang sgt lembut gebu tu....;-)

sharof said...

haah lah..orked dah besar ni nampak dah muka daddy..takpe org tua2 kata sejuk muka dotter mcm ayah..

ryani said...

tahniah orked sbb dah nak jadik kaklong!!!

Orked said...

ye ke Orked muka macam Daddy? oooo... patut la Daddy sayang sangat kat Orked... tapi Mummy pun sayang sangat kat Orked jugak? ummm....

thanks aunty ryani

kaklong nuzula said...

salam perkenalan to mummy orked. wah, cantiknya gambar2 dlm blog orked ni. terpegun saya! mungkin kamera yg canggih n skill fotografi yg bagus yer... ditambah pula dgn background yg cantik... mmg cantiklah!!

Orked said...

kaklong...camera mummy cap ayam habis. Tapi dia belajar kat thephotomama.com

kaklong nuzula said...

Ooo... patut la daddy n mummy orked fotografer yer?! mesti seronok orked byk gambar yg cantik2! Oh ya, orked nanti nak jadi kakak, tahniah to mummy orked. take care ya!

auntie nazira said...

comey nyer orked..first time auntie bace blog baby yg cute mcm orked...moge orked membesar jadi anak yang solehah...jgn nakal2 taw orekd...