Friday, January 7, 2011

Januari 2011

Sedar tak sedar, dah tahun 2011 ye? Cepat sangat masa berlalu. Kang tetiba nanti, Orked dah 3 tahun pulak. Dan tetiba pulak, dah masuk sekolah... Uuuu.... Cepatnya...

Hari ni Orked dan Adik demam ni. Jangkit dari Daddy kot, sebab last weekend Daddy yg demam. Dua-dua demam, dan Mummy pun takde kelas hari ni, jadi Mummy ambik cuti. Dapatlah Mummy tolong updatekan blog Orked yg bersawang ni.

Hari tu Orked cakap kat Mummy Orked sakit gigi. Mummy pun cek lah, tengok kenapa. Hari tu pernah sekali Orked cakap sakit gigi, rupanya ada ulser kat dalam mulut. Tergigit kot, sebab takkanlah Orked kurang minum air pulak. Orked selalu minum susu. Tapi kali ni bila Mummy cek, rupanya ada 2 batang gigi baru nak keluar. Sekarang ni Orked dah ada 16 batang gigi. Ada dua gigi geraham bawah nak tumbuh lagi. Tak lama lagi jadi 18 gigi lah. Wah, dah banyak ni! Pastu mesti yg geraham atas pun akan keluar juga, kan? Kalau tak, tak pair la pulak. Wah, makin banyak.... Sedar-sedar nanti ada pagar roboh pulak, kan? Hihihi...

Budak sakit gigi nak tumbuh

Pastu Adik Orked pulak, dah makin bebas berkeliaran. Laju aje dia menyusur ke sana sini. Kejap kat sana, kejap kat sini. Terlekat bawah sofa dah biasa dah. Kena tangkap pergi belakang kabinet tv pun penah. Tau-tau nampak kaki kecik aje terjulur keluar. Adik nih... Dah boleh jadi mop lantai dah. Hihihi...

Catch me if you can!

Selalunya tempat yang dia pergi tu, tempat yang dia nampak mainan lar. Tapi masalahnya, definisi mainan dia tu tak sama dengan kita. Dia ingat wayar komputer tu mainan. Tisu pun dia ingat mainan. Apa lagi, handphone, remote tv, ipad pun dia ingat mainan. Cepat je dia nak ambik, pastu masuk mulut! Uiiii, mana boleh dekkk oiiii...!

Apa ni yg colourful ni?

Oh buku, boleh baca

Selain tu, Adik juga dah boleh duduk with support. Sedap la dia duduk kat dalam babychair. Babychair Orked yg dikebasnya. Dah, Orked takde tempat yg sesuai nak duduk masa makan. Tapi Daddy cakap Daddy akan belikan satu lagi babychair yg baru dgn kadar segera. Duduk dalam babychair ni berpusing-pusing dia. Kalau Mummy kat depan, dia duduklah betul, tapi bila Mummy ke belakang dia, dia pun ikut sama pusing ke belakang. Eh, takkan Mummy hilang kejap pun tak boleh?

Mummy, where are you?

Dengan ini, kerja Mummy kat dapur dah jadi semakin mudah. Kalau Mummy nak masak ke, nak kemas ke, nak basuh pinggan ke, buat susu ke, boleh la letakkan Adik bersama mainan kat babychair tu. Tak yah le dia terbaring sambil tak puas hati sorang-sorang kat luar lagi. Happy sikit dia. Tapi takleh lama jugak, sebab dia penat duduk nanti dia nangis gakkkk...

Budak mata butang

Adik juga dah semakin senang ketawa. Adik ni suka maintain cool ni. Dia pemurah dgn senyuman, senyuuummmm aje selalu. Tapi, nak buat dia ketawa keluar bunyi susah sikit. Kena usaha lebih ni...

Baaa chak!

Seperti biasalah, Orked tak boleh kurang dari Adik. Mummy cakap patutnya Orked jadi contoh kat Adik, tapi ni Orked pergi tiru Adik pulak. Bila Mummy letak Adik kat dalam babychair bersama mainan kat dapur, Orked pun nak duduk atas kerusi dgn mainan jugak. Padahal Orked dah pandai jalan dah, tak payah duduk atas kerusi pun. Pastu bila Adik jatuhkan mainan, Orked pun jatuh-jatuhkan mainan jugak.... Hmm.. Patut le Mummy pening. Tapi Orked tolong juga kutipkan mainan Adik bagi kat dia balik. Tapi lepas tu dia jatuhkan lagi! dan lagi! dan lagi! :s

Adik ada kerusi, Kak Orked pun ada juga

Tengok le kakak saya tu, suka ikut apa saya buat. Padahal saya baby lagi, dan dia dah besar

Heeeeeeee

Ok, Orked tengah baikkan diri dari demam dengan Adik nih. Demam pun sama-sama. Baik pun harapnya sama-samalah. Till then, c u later!

Tak larat nak makan roti yg Mummy beli, peluk utk tido dulu
luv,

Orked
by Mummy

5 comments:

Aunty Bard said...

alahai ciannya anak mommy dua org ni demam lagi....get well soon ye, rajin2 makan ubat tau. cute la rambut Seri, mesti ikut rambut daddy ni :-)...Orked dah makin besar, rajin2 jaga adik tau!

Auntyjid said...

Orked sakit gigi pun possing comel.. cute!!!

comelnya adik seriiiiiiiiiiii. mata bolatttt...:-)

siannnya orked demam sampai tido peluk roti...autyjid doa moga cepat sembuh yer...

mariaariffbaby.com said...

comelnya ur daughter!
hugs and kisses from auntie maria+ ecah and baby danish..

happy new year, dear..

Orked said...

aunty Bard: heheheh... tq untuk pesanan. ha'ah, rambut adik macam daddy, wavy.

aunty jid: alhamdulillah, dah sembuh dah. tapi kena abiskan ubat antibiotik. :(

mariaariffbaby: thanks from mummy. happy new year to u and family too!

sarasofia said...

sooo..cutee both girls.. alahai.. si adik same like my 2nd girl.. everything pon dia ingat toys.. like u say.. wire also as a toys.. hahaha..