Tuesday, January 25, 2011

Adik Dah Boleh Duduk

Sebelum ni Orked dah tunjuk, kan, gambar Adik Seri duduk dalam babychair dia? Sekarang Orked nak tunjuk gambar Adik Seri duduk atas lantai dan kerusi pulak. Adik dah boleh duduk sendiri bila kita letak dia. Tapi, tak lah lama sangat. Nanti terbalik jugak dia. Masa mula-mula dulu, Mummy letak je, dia treeeeettttttttt terus tumbang, dushhhhhh. Sekarang ni, lama lah jugak dia boleh duduk. Hehehhe...

Kalau dulu Orked pegang huruf O sambil menyusur, sekarang ni gambar Adik pulak pegang huruf S sambil duduk. :)

Sekarang ni Daddy takde sebab pergi China. Jadi, kami semua duduk kat rumah Nenek sementara Daddy takde. Supaya Mummy tak pengsan + stress kena jaga dua budak notty sorang-sorang. Hehhehehhe...


Inilah dia rupa kami, dua budak notty, yang seronok bila Nenek acah... Kelakar tak muka Adik kat gambar bawah tu? :D


luv

Orked
by Mummy

14 comments:

Dayah said...

Salam Orked & Mummy Orked,

Both of Orked & Sri is adorable. Chooomel sgt! ^^

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGET said...

tomeynyer gambar last tu... kiut sangat bila adik seri senyum gigi belum tumbuh... heheeheh... gerammmm tengok... ;)

ratna said...

dua..dua muka sama..

sarasofia said...

sangat cute ok.. esp xpression si adik..

mama_alifsarah said...

wah!! adik seri dah duduk pasni bley la teman kak oked main toys.. aunty pun ada anak baya adik seri.. tapi skang tengah sibuk nak merangkak... duduk fail lagik.. hihihi :D

Orked said...

Aunty Dayah: hehehhe... thanks... xoxo

persiapan pengantin budget: hehhehe... adik tak tau tu yg orang lain ada gigi tapi dia takde gigi. tu yg dia tak segan2 nak senyum besar wpun xde gigi. :D

aunty ratna: ye ke? sama tapi tak serupa kan?

aunty sarasofia: heheh... adik mmg suka sengeh2 camtu kalau orang acah dia.

aunty mama alifsarah: ye ke aunty? adik seri tak boleh merangkak lagi. dia reti menyusur cam berenang tu je. hehe... bontot masih kat lantai lagi...

AutyJid said...

sangat comellah Orked dan Adik Seri. hahaha... bersungguh adik Seri senyum walaupun hanya mempamerkan gusi yang masih merah. CUTE!!!

cikbedahlaser said...

comelnye adikkkkk... gaya yg paling mahal...

ishamizu said...

Ala cutenya..they remind me of my doters relationship masa umo mcm Seri n Orked ni! hehe

To Orked: Get well soon..minum air byk2 k. :)

Aunty Bard said...

Hehehehehe geram betul tgk dua beradik ni la.......... Aunty rasa nk cubit2 jerk pipi dia :-)

ibu adam said...

iissshhh!! oked & seri ni cuuummillll lah! gewammmm!!

ibu adam said...

oked & seri ni chhuuuuummmiiillll lah! gewammm!!

HazimahRahman said...

adik seri!! tutup mulut tu sikitt..
nanti xnampaklaa sedi xde gigi lagi..hahaha

nba-Nur said...

Salam.. Orkid dan adik Seri tersangat la comel... :)