Tuesday, January 18, 2011

Baby Aunty Bard

Semalam Mummy cakap baby kawan Mummy, Aunty Bard, dah lahir. So, malamnya, lepas Mummy dan Daddy balik dari work dan dinner, kami semua pergi melawat Aunty Bard di Pusat Rawatan Islam Azzahra. Tempat ni sama dengan tempat Adik Seri lahir dulu. Kira, Adik Seri revisit tempat kelahiran dia sekali lah ni....


Inilah dia Baby Aunty Bard. Keciiikkk je... Merah lagi. Comellllll.... Tak sampai 12 jam lagi umurnya. Mummy kata kalau baby tu bedung dengan kain biru, maknanya itu baby boy. Ooo... Baby Aunty Bard ni boy rupanya. Beratnya masa lahir ialah 2.9+ kg, lahir normal. Dr. yang sambut baby lahir sama dengan Dr yang mummy jumpa masa check-up Adik dulu. Tapi Dr lain yang sambut Adik lahir sebab Dr tu cuti masa tu...


Ni Adik Seri yang notty. Dia tak nampak muka baby tu, dia pergi tarik pulak kain balut baby. Ish.... Dahhhhh baby nangissss... Kalau tak, elok je dia tido tadi...


Mummy kena tepuk, pujuk bagi baby tido semula. Kesian kat dia nak tido, tapi Adik kacau.


Tepuk-tepuk tak berjaya, jadi Mummy kena dukung dan dodoikan dia. Barulah dia nak tido semula. Sib baik... Sib baik Mummy ada magic touch.

Pasal magic touch ni, Mummy cakap dia ada magic touch. Sebabnya, kalau naik kereta, Adik Seri dengan Orked duduk kat belakang dalam car seat. Bila Adik menangis, Mummy cuma perlu sentuh Adik, atau usap kepala Adik, atau usap tangan Adik, atau tepuk-tepuk Adik, dan Adik akan diam dan tenang. Kalau Daddy pulak, bila Daddy sentuh, dia nangis lagi kuat! Hehehhe... Apa taknya, Daddy pergi penyet-penyet pipi Adik, geram-geramkan Adik. Mestilah dia nangis. Kalau Mummy, Mummy buat lembut-lembut. Adik pun jadilah tenang dan tak menangis lagi. Sebab tu lah Mummy eksyen kat Daddy, cakap Mummy ada magic touch. Everytime Adik nangis je dalam kereta, Mummy akan bagi magic touch kat Adik. Tu je lah ceritanya...

Balik kepada cerita baby Aunty Bard tadi, Orked rasa seronok tengok baby. Orked cakap kat Mummy dan Daddy yang Orked nak Adik. Lepas tu Orked tanya kat Mummy, "Mummy nak Adik?" Tau apa Mummy cakap? "NOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOTTTT NOW." :( Mesti Orked dan Adik Seri notty kot ni Mummy cakap camtu? Tapi Orked lega la, sebab Mummy kata not now, dan bukannya nooooooo... :D

To Aunty Bard, tahniah dan jaga diri dan baby baik-baik. Pantang elok-elok tau, nanti cepat sihat.

Take care.

Muah muah

Orked
by Mummy

6 comments:

HeLena said...

muka seri stil naik ruam2 yea kak...siannyer seri...mesti gatai kan...orjed,jg adik seri baik2 tau...muahhhh utk orked and seri...

mysara said...

k.long, pipi adik seri sama cam pipi rifqi,sensitip... belah kanan je pulak tu... k.long ada letak apa2 ubat? tp pipi rifqi tu,dia cam on off...kadang2 elok jer,kadang2 naik merah sampai risau...
(sorry,komen xberkaitan dgn entry..hik2)

Orked said...

helena: ha'ah, muka dia ada eczema. ada hari elok, ada hari banyak pulak ruamnya.

mysara: ye ke rifqi pun camtu? tapi seri dua2 belah pun macam tu. letak ubat yg dr bagi je, U Closone. seri pun sama, on off. kekadang pagi bangun tido comel je, petang dah beruam. hehe....

AuntyJid said...

Wahhhh.. TAHNIAH to 'untyBard' (W/pun autyjid kenal auntybard dlm blog orked jer.hehehe)..

Bersungguh2 adik Seri selak kain nak tgk muka baby yer.. Mungkin dia nak berangan tgk muka sendiri masa baby beberapa bulan yg lalu kot.. :-)

mariaariffbaby.com said...

:)
adik seri noti yer kacau baby auntie bard..
nasib baik mummy ada magic touch!

Aunty Bard said...

Tq to Orked & family sebab dtg visit adik Khalish :-).... Seri mmg aktif betul. Orked sgt ayu hehehe