Friday, February 26, 2010

Happy Birthday Nenek!

Hari ni birthday Nenek. Jadi, Orked beli kek sedap untuk Nenek. Kat atas tu tulis Happy Birthday Nenek. Tapi orang kedai tu cuma tulis Nenek atas plastik, dan cucuk tag Happy Birthday je, tak tulis atas kek, sebab takde ruang nak tulis. Boleh lah, apa-apa lah.....

Ini dia kek Nenek.

Kek Nenek. Tangan kecik siapakah itu yg sedang mencobek kek dgn lilin? :p

Sedapnya kek Nenek ni, bila nak boleh makan ni?

Tak dapat kek, ngap Nenek dulu lah......

Ooohh... Kena tiup lilin dulu sblm makan. Meh Orked tolong bagi cepat sikit...

Tapi lepas tiup lilin tu tak makan pun kek tu. Mummy dan Cik Yana bawak Nenek keluar pergi birthday dinner kat Seri Penang, Cyberjaya. Sedap gak makanan kat situ. First time Orked ke situ. Nanti Daddy balik boleh ajak Daddy. Tapi Orked tak ingat tempat tu kat mana. Nanti kena tanya Cik Yana.
Orked and birthday Nenek

Kak Waitress: Silakan makan Cik Orked, jangan sepah-sepah sampai atas lantai ye.... Nanti saya tak larat nak kemas.....


Sempena birthday Nenek ni, Orked nak wish kat Nenek

Happy Birthday to You...
Happy Birthday to You...
Happy Birthday to Nenek...
Happy Birthday to You...

Semoga Nenek dipanjangkan umur dan sentiasa sihat. Nanti boleh Orked main dgn Nenek selalu... I love you Nenek...


xoxo
Orked
by Mummy

Wednesday, February 24, 2010

Di Tepi Pantai Yang Indah...

Ini sambungan cerita Orked kat Penang. Macam Orked dah bagitau, petangnya Mummy nak bawa semua ke pantai. Asalnya plan nak ke pantai Batu Ferringgi, tapi petang tu jam punya panjang. Jadi kami pergi je lah ke pantai Miami atau nama Inggerisnya Miami Beach. Macam kat Amerika pulak namanya. Hehehhehe.....

Pergi pantai sekejap je. Sampai pun dah lewat, dah dekat maghrib. Keluar lewat campur traffic jam. Jadi, Orked cuma sempat jalan-jalan tepi pantai, main pasir sikit dan main air sikit je.

Actually, Orked tak kisah pun duduk tepi pantai tu sekejap je. Sebabnya, Orked mmg tak suka pantai. Errrmmm..... Orked geli lah kaki Orked, rasa pasir dan rasa air laut. Pastu pasir tak rata pulak tu, Orked tak confident nak jalan. Orked heran jugak tengok orang lain, cool je, tapi Orked asyik nak nangis sebab tak suka. Huhuuu....

Apa pun, Orked nak share gambar Orked kat pantai hari tu...

Jalan-jalan di gigi air dgn Cik Aina dan Cik Amin


Mummy kambus kaki Orked dalam pasir. Eeeiii.... Tak suka lah....

Emmmm.... Camne nak buat ni ek?

Walau dalam keadaan terpaksa, Orked masih buat posing "comel" utk Mummy

Uuuuuuuu.... Cepatlah selamatkan Orked....

Lega, sib baik Atuk ada..... :)

Itu je lah cerita Orked di tepi pantai hari tu. Lupa pulak nak bagitau, baju yg Orked pakai tu, baju yg Atuk beli masa kat Bukit Bendera. Masa kat kedai ukur nampak cam ok, tapi bila pakai cam kecik pulak bajunya. Takpe, nanti adik Orked tolong pakaikan. Hhehehhe...
Ok, nite semua....
xoxo
Orked
by Mummy

Tuesday, February 23, 2010

Orked dalam InTrend Magazine

Nak tau tak, Orked muncul dalam magazine In Trendddd! Wah, tak caya kan?

Camni ceritanya, biar Orked cerita dari mula. Masa mula-mula sampai rumah Nenek, Cik Yana cakap kat Orked, muka Orked ada dalam magazine InTrend, bulan Mac 2010. Cik Yana mmg suka beli magazine camtu. Pastu Orked terkejut lah (Mummy lah yg terkejut). Aik, camne lak Orked boleh masuk magazine tu? Bukan magazine tu magazine fashion ke? Sejak bila pulak Orked pandai berfesyen-fesyen nih? Pastu Cik Yana pun tunjuklah, dah Orked tak caya. Eh, mmg betulla ada muka Orked kat situ. Kecit cinonet je, tapi ada ler....

Rupa-rupanya Orked menumpang je. Yg sebenarnya blog Daddy yg masuk magazine tu. Ada artikel tentang 50 Blog Terbaik Malaysia Pilihan InTrend. Daddy punya blog termasuk dalam kategori Perkahwinan. Memandangkan Orked adalah header blog Daddy, jadi Orked pun termenyelitlah sama! Hihihihihihi.... Wat suspens je kan? Mummy ingatkan Orked dah jadi model tanpa pengetahuan Mummya. Hhehehhe....

Ini ler rupa page yg ada Orked tu. Nampak ke gambar Orked yg kecit cinonet tu? Hehhehe...

Tu je lah yg Orked nak cerita kat Daddy dan pembaca blog Orked hari ni. Last, but not least dari Orked, ucapan "Niiiitteeeee....." yg tak berapa nak jadi sebab Orked sibuk nak rampas handphone Mummy....

Niteeee....

xoxo

Orked

by Mummy

Monday, February 22, 2010

Pose untuk Daddy

Dear Daddy,

Ini gambar yg Orked janji untuk Daddy. Orked dah janji kat Daddy nak update blog hari-hari masa Daddy takde kan? Semalam Orked tak sempat, hari ni baru sempat.


Daddy, Orked miss Daddy sangat lah. Orked tak ingat dah bila last Daddy pergi keje lama-lama. Selalunya kalau Daddy outstation, hari ni pergi, esok dah balik. Takdelah Orked rindu sangat. Ni lama niiiiiiii, seminggu baru balik. Daddy buat apa kat sana lama sangat tu?


Daddy, ni Orked kat klinik ni. Mummy bawak Orked untuk cucuk yg 18 bulan tu. Tapi cam biasalah, tak sakit. Orked tough, mana de nangis. Tengok le Orked happy je kat klinik. Ni sebelum jumpa Dr lah, Orked jumpa horse dan slide dulu. Tapi lepas jumpa Dr pun Orked masih happy. Cuma Mummy dah nak cepat balik, jadi tak sempat nak main lagi sekali.

Ok Daddy, Daddy take care ye? Jaga diri baik-baik tau. Orked mmg Mummy jaga baik-baik kat sini. Love you very much. See you soon Daddy. Orked dah nak tido.


Niiiitttteeeeee


Orked
by Mummy

Penang Part 1

Gong Xi Gong Xi semua.... Masih dalam mood Gong Xi Gong Xi lagi kan? Ini cerita Orked masa semua orang Gong Xi Gong Xi 2 minggu yg lepas.

Masa Gong Xi Gong Xi, Mummy dan Daddy bawak Orked ke Penanggggg! Jauh Orked berjalan utk raya. Memandangkan kena duduk dalam kereta lama, jadi Orked dah bawak bekal, buku, untuk baca dalam perjalanan. Jadi, selain dari makan, tido, nyanyi dan tengok luar tingkap, Orked bolehlah baca buku untuk hilangkan boring...


Kali ni Orked ke Penang tak naik kereta Daddy atau Mummy, tapi Orked naik kereta Ayah Kak Abdah. Kak Abdah ni kawan Orked kat Rumah Pengasih Warga Prihatin. Kereta Ayah Kak Abdah besar, boleh naik sampai 8 orang. Jadi, sesuailah untuk perjalanan kali ini. Nak tau kenapa kena bawak kereta besar? Sebab nak bawa Atuk, Nenek, Cik Aina dan Cik Amin sekali! Yeay, Orked ada kawan duduk kat belakang! Takde lah Orked boring sesorang je kat belakang tu. Mummy dan Daddy tak pe lah, diorang kat depan tu ada each other. Selalunya diorang borak lupa kat Orked yg ternganga boring takde member. Hehhehehe....


Perjalanan ke Penang kali ni laaaaammaaa sangat! Orked keluar rumah kol 9 pagi, kol 12 tengahari baru sampai rumah Atuk kat Felda Soeharto, dekat Tg Malim. Pastu makan kejap. Pastu jalan ke Penang. Nak tau sampai Penang kol berapa? Dah dekat kol 6 baru sampai! Jeeeemmmmmm! Semua orang sama-sama nak balik raya, jadi highway pun dah macam no way. Hehehhe.... Jalan cam semut sampai area Ipoh. Rasanya kalau Orked jalan kaki lagi cepat sampai. Lepas Ipoh barulah smooth. Fuh, dahsyat ek berebut balik kg?


Sebelum sampai ke Pulau, kami naik feri. Orked selalu pergi Penang mmg buat camni, pergi naik feri, balik naik jambatan. Barulah boleh rasa dua-dua. Nenek, Cik Aina dan Cik Amin baru first time ke Penang, dan first time juga naik feri. Diorang pun seronok.


Sampai sana dah petang, pastu kami checked-in kat apartment sewa, pastu rehat-rehat, mandi-mandi. Malamnya Daddy bawa pergi dinner dan jalan-jalan tengok pasar malam Batu Ferringhi. Orked pun tak pasti tempat tu panggil apa, bukan pasar malam sebenarnya, tapi ada gerai-gerai tepi jalan yg ada waktu malam je, jual macam-macam benda. Orked cuma jalan tengok-tengok je. Oh ya, Mummy ada beli satu baju baru untuk Orked. Esok boleh Orked pakai jalan-jalan Penang. Cik Aina dan Cik Amin dapat jam baru sorang satu. Daddy dia (Atuk lah tu) belikan. Daddy Orked takde belikan Orked jam, pasal Orked tak pandai tengok jam lagi. :D


Esoknya.....

Inilah baju baru Orked. Warna biru bunga-bunga Kemboja. (Nama adik Orked Kemboja pun boleh gak kan?) Ada reben kena ikat kat leher. Macam baju holiday tepi pantai kan? Memang Orked holiday pun, dan petang Mummy kata nak bawak pergi pantai.


Mula-mula kitorang pergi Bukit Bendera. Orked nak naik tren. Phuh, ramai betul orang kat sana. Dah lah parking jauh, pastu kena beratur panjang. Pastu dalam tren pulak berhimpit-himpit. Mummy dah nak pengsan pasal tak cukup oksigen. Sib baiklah sempat sampai kat atas, dan kat atas tu udara sejuk sikit.


Inilah dia tren yg Orked naik tadi. Tapi ni replikanya lah. Train yg sebenar tak dapat nak ambik gambar pasal sesak sangat. Jadi, ambiklah gambar dgn replikanya. Heheh....


Lepas tu Orked jumpa air kelapa......! Wah, mmg nikmat kalau panas-panas cam gini minum air kelapa.... Memang best.... Slurrpppp....


Lepas minum air kelapa dan makan tengahari, Orked teman Atuk dan Nenek shopping shopping kat situ... Atuk belikan jugak Orked satu baju cantik. Nanti Orked pakai. Pastu nampak tak bola getah oren gantung-gantung kat sebelah kiri Orked tu? Puaslah Orked belek punya belek punya belek, akhirnya Atuk belikan utk Orked. Hheehhehe.... Mummy? Dia buat tak layaaaannnn je kat hint Orked. Huhhhh......

Oh ya, Atuk belikan Cik Aina dan Cik Amin teropong yg sangkut kat leher diorang tu. Dari atas bukit, bolehlah teropong Penang kat bawah.


Tengok tu, bola oren tu dah berada di tangan Orked! Hehheheheh... Thank you aaattookk....!


Inilah pemandangan Penang dari atas Bukit Bendera. Mmg satu Penang boleh nampak. Orked nampak jambatan, nampak Komtar, nampak laut, nampak bangunan-bangunan, dan macam-macam lagi. Orked cari feri je tak jumpa. Kecik sangat kot. Agaknya kalau pakai teropong Cik Aina boleh nampak kot?


Sementara nak tunggu tren turun, Orked main dan posing dulu dgn bola baru Orked. Bola ni boleh keluar lampu tau kalau Orked ketuk. Hmm... Sebenarnya bola ni tak payah naik Bukit Bendera pun boleh beli, Mummy pernah jumpa kat stesen Petronas. Orked je yg tak tau! Hihihi....


Naik tren turun barulah lega sikit, tak payah himpit-himpit. In fact, Orked dapat tempat utk duduk lagi. Rasanya orang semua naik pastu tak nak turun kot, sebab tu turun tak penuh. Nanti petang penuh lah kot bila semua dah nak balik.... Sekarang barulah dapat tengok view sepanjang perjalanan.


Bukan Orked je yg dapat duduk, semua orang dapat duduk sebenarnya.


Lepas tu kan, nak tau tak, 2-3 minit selepas gambar kat atas tu diambik, Orked telah ditangkap oleh Atuk kerana tido berdiri. Hahhahahahhahahaha.... Lepas senyum kat kamera Mummy, Orked pun sambung pandang ke depan nak tengok view kat luar. Tangan Orked pegang kat railing kerusi tu. Pastu ntah camne ntah, Orked boleh pulak tido sangkut kepala kat tempat Orked berpegang tu. Orked pun tak sedar. Sedar-sedar dah sampai rumah! Hihihihi... Tapi mmg penat la jalan-jalan kat Bukit Bendera, sebab most of the time Orked jalan kaki. Bila penat sikit, Mummy, Nenek atau Atuk dukung. Tapi most of the time Orked berjalan sendiri. Bila dah boleh berjalan ni Mummy dan Daddy tak bawak push chair Orked dah supaya Orked boleh banyak exercise, aktif, dan boleh explore dunia dgn bebas, takdelah tengok dari dalam push chair aje.

Balik rumah kami tido-tido, rehat-rehat kejap. Petangnya nak pergi pantaiiii....


Till then, tata......


xoxo

Orked yg miss Daddy yg kat Jepun....
by Mummy yg juga miss Daddy....

Thursday, February 18, 2010

Happy Birthday Mummy!!!


Happy birthday Mummyyyyyy
Happy birthday Mummyyyyyy
Happy birthday to Mummyyyyyyyyyyy
Happy birthday Mummyyyyy


Mmmuuaaahhhhh.... A kiss to my dearest Mummy, whom I love the most in this world (other than Daddy).


I looooooooooooooovvvvvveeee you Mummyyyyyyyyyyyy!!!

xoxo

Orked
by Mummy

p/s: Memandangkan Mummy yg tolong tuliskan untuk Orked, jadi tak bolehlah tulis panjang-panjang. Nanti jadi syok sendiri. Hehehehehe....

Friday, February 12, 2010

Gong Xi, Gong Xi


Gong Xi Gong Xi Gong Xi Niiiii
Gong Xi Gong Xi Gong Xi Niiiii

Ni lagu special dari Orked sempena perayaan Tahun Baru Cina ni. Mummy kata kita tak sambut, sebab perayaan ni untuk kaum Cina. Tapi kalau kita ada kawan berbangsa Cina, kita boleh beraya dengan diorang. Tapi kali ni Orked tak beraya lah sebab kawan-kawan Cina Mummy tak jemput pun beraya. Hhehehhehe....


Walaupun tak sambut Tahun Baru Cina, tapi Orked sekeluarga akan menyambut Cuti Hujung Minggu yg panjang. Maknanya, Orked akan ada Mummy dan Daddy bersama Orked selama 4 hari full! Yeayyyyyyyy!!! Selalunya Orked dapat main dgn Mummy dan Daddy malam je, tapi cuti ni siang dan malam pun boleh main dgn Mummy dan Daddy. Seronoknyaaaaa!!!

Selamat bercuti dan Gong Xi Fa Cai semua!

xoxo

Orked
by Mummy

Tuesday, February 9, 2010

Puting Baru Orked

Orked ada puting baru... Bentuknya macam roti....

Mummy dukung


Tido atas katil kat rumah


Hahahha....

Yg sebenarnya, memang roti pun... Inilah jadinya bila ngantuk sangat tapi nak makan jugak. Masa dalam kereta nak balik rumah Orked dah mamai nak tido. Tapi Daddy pergi berhenti kat 7-11 beli roti. Orked pulak jenis pantang tengok makanan, semua nak. Mummy bagi Orked sikit roti. Orked baru gigit sikit, dah terus tertido. Buruk ek perangai camni?

Hhehehe.... Jangan tiru tau!

Hari ni jugak, anniversary perkahwinan Mummy dan Daddy yg ketiga. Wah, dah tiga tahun diorang kawin. Lama ke sekejap tu ek? So, Orked nak wish Happy Anniversary to Mummy and Daddy. Orked harap diorang kekal bahagia selama-lamanya. Kalau diorang bahagia, Orked pun bahagia juga kan? Orked sayang sangat dgn Mummy dan Daddy. Mummy cakap nanti weekend nak celebrate pergi Penang. Yeay, Orked tak sabar dah ni. Lama dah Orked tak jalan-jalan. Nanti Atuk, Nenek, Cik Aina dan Cik Amin pun ikut sekali. Lagilah Orked tak sabar. Orked dah pernah pergi Penang, so boleh lah Orked jadi tourist guide Atuk dan Nenek.

Ok, tata....

Monday, February 1, 2010

Cubit pipi sendiri....


Orked tak tau lah kenapa orang suka cubit pipi Orked macam ni. Orked pun cuba lah cubit pipi sendiri, tak de lah seronok sangat. Orked cuba kuat-kuat cubit sampai sakit, nanti Orked yang nangis. Lepas tu Orked dah tak buat kuat-kuat lagi. Orked buat cubit-cubit manja macam ni jer. Nanti Orked ada adik nanti, Orked nak cubit pipi adik Orked pulak.

Auntie2 semua dah ada idea untuk nama adik Orked tak? Daddy cakap dia nak yang klasik Melayu dan preferably nak nama bunga juga macam Orked. Silalah beri cadangan...Orked pening lah nak suggest kat Daddy...asyik reject jer...

ORKED