Wednesday, February 24, 2010

Di Tepi Pantai Yang Indah...

Ini sambungan cerita Orked kat Penang. Macam Orked dah bagitau, petangnya Mummy nak bawa semua ke pantai. Asalnya plan nak ke pantai Batu Ferringgi, tapi petang tu jam punya panjang. Jadi kami pergi je lah ke pantai Miami atau nama Inggerisnya Miami Beach. Macam kat Amerika pulak namanya. Hehehhehe.....

Pergi pantai sekejap je. Sampai pun dah lewat, dah dekat maghrib. Keluar lewat campur traffic jam. Jadi, Orked cuma sempat jalan-jalan tepi pantai, main pasir sikit dan main air sikit je.

Actually, Orked tak kisah pun duduk tepi pantai tu sekejap je. Sebabnya, Orked mmg tak suka pantai. Errrmmm..... Orked geli lah kaki Orked, rasa pasir dan rasa air laut. Pastu pasir tak rata pulak tu, Orked tak confident nak jalan. Orked heran jugak tengok orang lain, cool je, tapi Orked asyik nak nangis sebab tak suka. Huhuuu....

Apa pun, Orked nak share gambar Orked kat pantai hari tu...

Jalan-jalan di gigi air dgn Cik Aina dan Cik Amin


Mummy kambus kaki Orked dalam pasir. Eeeiii.... Tak suka lah....

Emmmm.... Camne nak buat ni ek?

Walau dalam keadaan terpaksa, Orked masih buat posing "comel" utk Mummy

Uuuuuuuu.... Cepatlah selamatkan Orked....

Lega, sib baik Atuk ada..... :)

Itu je lah cerita Orked di tepi pantai hari tu. Lupa pulak nak bagitau, baju yg Orked pakai tu, baju yg Atuk beli masa kat Bukit Bendera. Masa kat kedai ukur nampak cam ok, tapi bila pakai cam kecik pulak bajunya. Takpe, nanti adik Orked tolong pakaikan. Hhehehhe...
Ok, nite semua....
xoxo
Orked
by Mummy

7 comments:

SN said...

Otettt....daddy miss otet. Nak balik cepat2 niiii. Comeeeyyyy otettt

Aunty Bard said...

cantik la baju Orked secomel orangnya :-)

mizzrina said...

orked ni mcm muka kak long tp bila dia senyum terus nampak macam daddynyer....

kaklong dah dpt nama utk adik orked ke?

strawberi said...

comel la orked yg suka cubit pipi sndiri..hihi

Dayah said...

Salam Orked & Mummy Orked,
Orked mmg suka cubit pipi sendirikan.. hehehehe.. labuh nanti pipi tu ^_^

AuntyJid said...

walau dlm keadaan terpaksa possing pun orked tetap comel dgn possing cubit pipi tu...hehehe....muka nak nangis pun comel... :)

wanita mustanir said...

comelnya orked nih..

=)