Monday, February 22, 2010

Penang Part 1

Gong Xi Gong Xi semua.... Masih dalam mood Gong Xi Gong Xi lagi kan? Ini cerita Orked masa semua orang Gong Xi Gong Xi 2 minggu yg lepas.

Masa Gong Xi Gong Xi, Mummy dan Daddy bawak Orked ke Penanggggg! Jauh Orked berjalan utk raya. Memandangkan kena duduk dalam kereta lama, jadi Orked dah bawak bekal, buku, untuk baca dalam perjalanan. Jadi, selain dari makan, tido, nyanyi dan tengok luar tingkap, Orked bolehlah baca buku untuk hilangkan boring...


Kali ni Orked ke Penang tak naik kereta Daddy atau Mummy, tapi Orked naik kereta Ayah Kak Abdah. Kak Abdah ni kawan Orked kat Rumah Pengasih Warga Prihatin. Kereta Ayah Kak Abdah besar, boleh naik sampai 8 orang. Jadi, sesuailah untuk perjalanan kali ini. Nak tau kenapa kena bawak kereta besar? Sebab nak bawa Atuk, Nenek, Cik Aina dan Cik Amin sekali! Yeay, Orked ada kawan duduk kat belakang! Takde lah Orked boring sesorang je kat belakang tu. Mummy dan Daddy tak pe lah, diorang kat depan tu ada each other. Selalunya diorang borak lupa kat Orked yg ternganga boring takde member. Hehhehehe....


Perjalanan ke Penang kali ni laaaaammaaa sangat! Orked keluar rumah kol 9 pagi, kol 12 tengahari baru sampai rumah Atuk kat Felda Soeharto, dekat Tg Malim. Pastu makan kejap. Pastu jalan ke Penang. Nak tau sampai Penang kol berapa? Dah dekat kol 6 baru sampai! Jeeeemmmmmm! Semua orang sama-sama nak balik raya, jadi highway pun dah macam no way. Hehehhe.... Jalan cam semut sampai area Ipoh. Rasanya kalau Orked jalan kaki lagi cepat sampai. Lepas Ipoh barulah smooth. Fuh, dahsyat ek berebut balik kg?


Sebelum sampai ke Pulau, kami naik feri. Orked selalu pergi Penang mmg buat camni, pergi naik feri, balik naik jambatan. Barulah boleh rasa dua-dua. Nenek, Cik Aina dan Cik Amin baru first time ke Penang, dan first time juga naik feri. Diorang pun seronok.


Sampai sana dah petang, pastu kami checked-in kat apartment sewa, pastu rehat-rehat, mandi-mandi. Malamnya Daddy bawa pergi dinner dan jalan-jalan tengok pasar malam Batu Ferringhi. Orked pun tak pasti tempat tu panggil apa, bukan pasar malam sebenarnya, tapi ada gerai-gerai tepi jalan yg ada waktu malam je, jual macam-macam benda. Orked cuma jalan tengok-tengok je. Oh ya, Mummy ada beli satu baju baru untuk Orked. Esok boleh Orked pakai jalan-jalan Penang. Cik Aina dan Cik Amin dapat jam baru sorang satu. Daddy dia (Atuk lah tu) belikan. Daddy Orked takde belikan Orked jam, pasal Orked tak pandai tengok jam lagi. :D


Esoknya.....

Inilah baju baru Orked. Warna biru bunga-bunga Kemboja. (Nama adik Orked Kemboja pun boleh gak kan?) Ada reben kena ikat kat leher. Macam baju holiday tepi pantai kan? Memang Orked holiday pun, dan petang Mummy kata nak bawak pergi pantai.


Mula-mula kitorang pergi Bukit Bendera. Orked nak naik tren. Phuh, ramai betul orang kat sana. Dah lah parking jauh, pastu kena beratur panjang. Pastu dalam tren pulak berhimpit-himpit. Mummy dah nak pengsan pasal tak cukup oksigen. Sib baiklah sempat sampai kat atas, dan kat atas tu udara sejuk sikit.


Inilah dia tren yg Orked naik tadi. Tapi ni replikanya lah. Train yg sebenar tak dapat nak ambik gambar pasal sesak sangat. Jadi, ambiklah gambar dgn replikanya. Heheh....


Lepas tu Orked jumpa air kelapa......! Wah, mmg nikmat kalau panas-panas cam gini minum air kelapa.... Memang best.... Slurrpppp....


Lepas minum air kelapa dan makan tengahari, Orked teman Atuk dan Nenek shopping shopping kat situ... Atuk belikan jugak Orked satu baju cantik. Nanti Orked pakai. Pastu nampak tak bola getah oren gantung-gantung kat sebelah kiri Orked tu? Puaslah Orked belek punya belek punya belek, akhirnya Atuk belikan utk Orked. Hheehhehe.... Mummy? Dia buat tak layaaaannnn je kat hint Orked. Huhhhh......

Oh ya, Atuk belikan Cik Aina dan Cik Amin teropong yg sangkut kat leher diorang tu. Dari atas bukit, bolehlah teropong Penang kat bawah.


Tengok tu, bola oren tu dah berada di tangan Orked! Hehheheheh... Thank you aaattookk....!


Inilah pemandangan Penang dari atas Bukit Bendera. Mmg satu Penang boleh nampak. Orked nampak jambatan, nampak Komtar, nampak laut, nampak bangunan-bangunan, dan macam-macam lagi. Orked cari feri je tak jumpa. Kecik sangat kot. Agaknya kalau pakai teropong Cik Aina boleh nampak kot?


Sementara nak tunggu tren turun, Orked main dan posing dulu dgn bola baru Orked. Bola ni boleh keluar lampu tau kalau Orked ketuk. Hmm... Sebenarnya bola ni tak payah naik Bukit Bendera pun boleh beli, Mummy pernah jumpa kat stesen Petronas. Orked je yg tak tau! Hihihi....


Naik tren turun barulah lega sikit, tak payah himpit-himpit. In fact, Orked dapat tempat utk duduk lagi. Rasanya orang semua naik pastu tak nak turun kot, sebab tu turun tak penuh. Nanti petang penuh lah kot bila semua dah nak balik.... Sekarang barulah dapat tengok view sepanjang perjalanan.


Bukan Orked je yg dapat duduk, semua orang dapat duduk sebenarnya.


Lepas tu kan, nak tau tak, 2-3 minit selepas gambar kat atas tu diambik, Orked telah ditangkap oleh Atuk kerana tido berdiri. Hahhahahahhahahaha.... Lepas senyum kat kamera Mummy, Orked pun sambung pandang ke depan nak tengok view kat luar. Tangan Orked pegang kat railing kerusi tu. Pastu ntah camne ntah, Orked boleh pulak tido sangkut kepala kat tempat Orked berpegang tu. Orked pun tak sedar. Sedar-sedar dah sampai rumah! Hihihihi... Tapi mmg penat la jalan-jalan kat Bukit Bendera, sebab most of the time Orked jalan kaki. Bila penat sikit, Mummy, Nenek atau Atuk dukung. Tapi most of the time Orked berjalan sendiri. Bila dah boleh berjalan ni Mummy dan Daddy tak bawak push chair Orked dah supaya Orked boleh banyak exercise, aktif, dan boleh explore dunia dgn bebas, takdelah tengok dari dalam push chair aje.

Balik rumah kami tido-tido, rehat-rehat kejap. Petangnya nak pergi pantaiiii....


Till then, tata......


xoxo

Orked yg miss Daddy yg kat Jepun....
by Mummy yg juga miss Daddy....

6 comments:

misz beauty said...

orked yang shomel berbaju bunga... eheheee.... harus jem jln ke utara tuh sbb majoriti chinese nih kampung kat ipoh nun.. =)

Lyana said...

Wah..bestkan jln2 kat Penang..Rifqi pun g penang ms CNY yg lalu..pun g bkt bendera..x jumpa orked pun....

Aunty Bard said...

alahaiiiii comel orked baca buku dalam kereta otw ke penang...jadikan amalan ye orked rajin membaca buku! cantik la baju munga munga biru orked tu, mmg sesuai utk jalan2 kat pantai. nanti suruh mummy post gmbar orked kat pantai pulak yer!

AuntyJid said...

Dear darling orked... makin besar makin comel dan cantiklah orked...

auntyjid suka la pic orked baca buku dan pic orked dgn bola merah tu... cantikkkk sgt!! boleh buat scrapping tu..hehe...nanti auntyjid buatkan utk orked yer...**wink**

bukit bendera mmg sentiasa sesak.. auntyjid pun nyaris nak pengsan jg masa naik bukit tu 2 bln lepas.

SN said...

aikkhhh...daddy tak approve hint orked nak adik nama kemboja. Atuk pun dah cakap tak best nama kemboja hehehhe. Nanti kat jepun ni daddy carikan nama bunga yg best utk adik Orked. Rasanya...Sakura kot :D

Mummy & Otet...daddy rinduuuuuu kat mummy dan otet. Tq update gambar otet. Daddy baru balik dari meeting dgn PSJ (Photographic Society of Japan). Jumpa Yutaka Ohiro San, Emmey Takahashi San, Sachiko Nakata san dan Kamiya Kyoko San. Ada jugak director dari Malaysia Embassy, Counsellor dan Director Tourism Malaysia. Hari ni daddy jalan2 kat Tokyo banyak. Best kalau otet dgn mummy ada sekali. Deorang nak invite daddy lagi nanti...boleh bawak otet dgn mummy masa autumn nanti insyaAllah.

Orked said...

aunty beauty: tu ler, ramai yg balik kg kat ipoh. tu yg jemmmm....

rifqi: ye ke pergi penang dan bukit bendera jugak? hmmm... pelik tak jumpa. agaknya rifqi pergi petang orked pergi pagi kotttt?

aunty bard: hehhehe... okkkeeeyy... nanti gambar kat pantai pulak....

aunty jid: ye ke nak buat scrapping utk orked. ye ye? mummy orked malassss.... orked nak buat sendiri tak reti... hehhehhe.... oooo... camtu maknanya bukit bendera tu mmg selalu ramai orang lar... ingatkan sbb cuti CNY...

dadddddyyyyyyyyyy: missssshhhh uuuuuu..... yeaaahooooo... autumn boleh lah berautumn sonata ek daddy? :D