Tuesday, September 21, 2010

Raya 2010 - Muar

Orked sambung cerita Raya Orked yea?

Lepas beraya di Tementi dgn Atuk Nang, Orked dan family terus ke Batu Pahat sebab destinasi raya seterusnya ialah kampung Orked kat Panchor, Muar pula. Atuk, Nenek dan Cik Yana pun dah ada kat Batu Pahat, dan akan ke Muar sama-sama. Panchor ni kampung Oyang Orked sebelah Mummy. Namanya Oyang Sipon.


Pagi-pagi sebelum bertolak, breakfast dulu kat hotel tempat Orked bermalam. Orked breakfast sama-sama dgn Atuk juga. Masa cuti-cuti raya kat Muar kali ni, Orked jadi cucu Atuk. Orked banyak ikut Atuk, makan dgn Atuk, dan naik kereta pun dgn Atuk. Tak nak dah naik kereta dgn Daddy.


Bermalam kat Batu Pahat sebelum ke Muar ni ada sebabnya. Sebenarnya, Mummy Orked ada adik bongsu lelaki, tapi umurnya tak panjang, sampai 4 tahun je. Kubur Arwah Pak Su Orked ni ada kat Kampung Parit Jelutong. Jadi, kami semua ziarah pusara Arwah Pak Su dulu.


Kecik je kuburnya sbb Arwah Pak Su dulu pun kecik je orangnya. Umur pun tua sikit je dari Orked masa Arwah hidup dulu. Mesti Arwah Pak Su sekarang ada sama-sama dgn Arwah Nenek Ros Orked kan?


Sampai je kat Kampung Jawa, Panchor, kami semua terus pergi ke rumah Oyang Su. Oyang Su ni Atuk sedara Mummy. Orked pun dah tak pasti camne hubungannya. Kena cek dgn Nenek nih.


Mula dari rumah Oyang Su, Orked telah ditugaskan oleh Nenek utk bagi duit raya.


Lepas tu barulah Orked pergi ke rumah Arwah Oyang perempuan Orked. Rumah tu dah takde orang tinggal. Cuma masa hari raya je Atuk-atuk dan Nenek-nenek Orked sekeluarga berkumpul kat situ.


Atas, gambar keluarga kecil Orked. Bawah, gambar keluarga sederhana Orked.



Atas, gambar keluarga besar Orked, yg ada Daddy takde Nenek. Bawah, gambar keluarga besar Orked, yg ada Nenek tapi takde Daddy pula.


Patutnya ramai lagi ahli keluarga, sebab Atuk ada 10 orang adik-beradik. Tapi, ini je yg ada masa Orked ke sana masa tu. Ada yg dah balik dah dan ada yg belum sampai lagi.

Kat Panchor, Orked jumpa pulak cari dan ambik gambar dgn ketupat daun kelapa.


Makan-makan dgn Atuk.


Duduk tepi tingkap. Tingkapnya cantik, cerminnya colourful! Yg ni hijau.


Dan destinasi terakhir kat Panchor ialah ke rumah Oyang lelaki Orked. Rumahnya tak jauh dari rumah Arwah Oyang perempuan Orked. Jalan kaki je. Oyang Sipon ni nampak garang orangnya. Tak tau lah betul-betul garang ke, nampak je garang. Orked kena tanya Atuk. Tapi, Orked tak berani nak pergi dekat sangat.

Gambar ni gambar 4 generasi - Oyang, Atuk, Mummy dan Orked dan Adik Seri.


Masa kat rumah Oyang Sipon, dapat pulak jumpa Nek Su (Nenek Zana) yg baru sampai. Nek Su ni adik bongsu Atuk Orked.


Dan itulah aje program raya Orked dan keluarga kat Kampung Parit Jawa, Panchor, Muar Johor. Gambar-gambar ni hampir kesemuanya diambil oleh photographer keluarga Orked, iaitu Nenek! Hehhehe... Daddy pulak, dah jadi videographer keluarga. Tunggulah video raya kami dari Daddy nanti. Banyaaaaaakkkkk sangat lagi gambar sebenarnya. Nenek ada letak kat album facebook Nenek. Kalau nak bolehlah tengok.

Itu saje dulu.

xoxo

Orked
by Mummy

8 comments:

Aunty Bard said...

Wah beraya sakan Orked tahun ni yerk....dapat jumpa oyang semua. Selamat Hari Raya Orked. Mmg cantik gambar2 raya Orked tahun ni, tema baju raya Orked pun cantik juga :-)... bnyk dpt duit raya tak tahun ni?

Kauthar said...

wahhh meriahnya raya Orked dan keluarga ye..Orked dapat banyak duit raya yeee??Adik Seri pun mesti dapat banyak duit raya jugak kan?Nanti kalau jalan2 Penang, datang raya rumah aunty ye..boleh main dengan anak aunty pulak!

azrinna said...

Orked, mak cik pun asal org Panchor, kg semaseh. Sekarang menetap kat air Hitam Muar.

Auntyjid said...

Wahhhh.. seronoknya orked beraya yer.. tentu byk kumpul duit raya kan?

Selamat hari raya, orked... lepas ni boleh raya 6 pula...:-)

Zila said...

Seronoknye Orked beraya...mesti dpt banyak duit raya kan... :-)

nenekOrked said...

Nenek seronok sangat raya dengan Orked dan Adik seri kat Panchor. Tahun depan boleh raya kat Kota Bharu pula.

Anonymous said...

Dear Little Orked
rasanya terpanggil untuk tinggalkan komen kat sini sebab nama saya pun Orked.. :) Dulu ingatkan rasa pelik mempunyai nama bunga ni.Rasanya kalau nama Orked ni memang asal dari Johor ek!

Mengingatkan saya tentang saudara mara kat Johor. Hope one day we would meet up when you grow up.Nanti make sure rumah banyak tanam bunga Orkid tau.


Aunt Orked.

Orked said...

Aunty Orked: Wah, sama nama ye kita? Seronok tak ada nama Orkid lagi kat rumah... Nanti bila Orked dah pandai gardening lah, Orked tanam bunga orkid. Rumah Aunty ada banyak pokok bunga orkid tak?