Wednesday, September 8, 2010

Biskut Cornflakes Madu untuk Hari Raya

Assalamualaikum...

Hari ni Orked dan Mummy buat biskut raya. Lagi dua hari nak raya baru nak buat biskut raya.... Apalah Mummy nih.... Tapi, Orked ada sebab kenapa lambat sangat buat biskut raya ni. Nanti Orked bagitau...

Okey tuan-tuan dan puan-puan. Chef Orked nak sharekan cara-cara membuat biskut raya yg istimewa hari ini, biskut corflakes madu yum yum....

Mula-mula, aturkan papercups ke dalam dulang...


Lepas tu, letakkan adunan cornflakes bermadu ke dalam papercups tu. Pastikan tangan dah dibasuh ye, kalau nak guna tangan. Untuk resepi adunan cornflakes tu kenalah tanya kat Mummy saya sebab saya chef budak kecik je, tak boleh main api. Takpun, boleh google kat internet. Hehehe... Oh ya, untuk chef kecik macam saya, kenalah berdiri atas kerusi...

Kalau dah penat sebab banyak sangat biskut nak buat, bolehlah duduk. Tapi susah sikitlah ye nak mencedok cornflakes ni, tuan-tuan dan puan-puan.


Pastu masukkan benda kecik berwarna-warni ni bagi cantik. Jangan letak terlalu banyak, nanti Mummy marah...


Bila dah siap semua macam ni, bakar dalam oven selama 5-10 minit. Kalau kecik lagi, minta Mummy yg buatkan ye? Oven hot!


Dan inilah biskut yg telah dibakar. Saaaamaaa je nampak! Ntah, lagi sedap kot bila dah bakar?


Sebelum dihidangkan kepada tetamu yg bakal datang raya kat rumah, pastikan tuan-tuan dan puan-puan rasa dulu biskut raya yg dibuat tu. Tak sedap maluuuuu! :D


Okeh, pass! Sekian dari dapur Chef Orked. Ini Orked nak buat tanda good, tapi tak pandai lagi. Hehehhe...


Kalau nak merasa biskut yg Orked buat ni, jemputlah datang raya kat rumah. Tapi jangan tunggu lama-lama, takut lesap. Biskut ni favourite Mummy nombor satu. Orked jamin, bukak puasa nanti suku Mummy telan. Heheheh.... Sebab tu la tak boleh buat awal-awal, nanti tak sempat raya! :D

Selamat Hari Raya semua....... Orked minta maaf kalau selama ni ada penulisan di blog Orked yg tak sesuai ataupun sakitkan hati sesiapa. Berhati-hati di jalanraya.


Tata titi tutu....


xoxo
Orked
by Mummy

9 comments:

Fazlinil Irma said...

selamat hari raya orked..

nanti jemput datang rumah jugak.. boleh mummy makan cornflakes bermadu sebalang. =D

selamat hari raya kak long. maaf zahir dan batin sepanjang komen mengomen di sini =D

tulip said...

comel lah..

selamat hr raya orked

cikbedahlaser said...

slmt ari raya orked...
orked raya mana tahun ni??
ckp dgn daddy...ati2 time driving...byk2 kan sabar... orked nk kutip duit raya nih....
nti jgn lupe post gmbr raya orked ok?

kak intan... slmt hari raya...
maaf klu ade terambil ati dgn komen2 sy.. drive safely... n eat safely... :)

fazira said...

slmt hr ry orked, adek orked, mummy orked dan daddy orked~ (^____^)
maaf zahir dan batin~

EchA said...

selamat hari raye orked ! (:

Dayah said...

Salam Orked & Mummy Orked,

PANDAINYA ORKED! ^^___^^
Mesti sedapkan...

Selamat Hari raya Orked & family, Maaf yer andai tersalah kata @ perbuatan.. ^^____~~

Ummu~Ishak said...

Salam Eid Mubarak untuk orked sekeluarga :)

aSmiDar said...

dah pandai buat kuih raya anak dara ni ek..:)

Aunty Bard said...

Pandainyaaaaaaaaaaaaaa Orked buat kuih raya, kuih fav aunty ni...nmpknya kena la datang beraya umah Orked :-)