Friday, September 24, 2010

Marang Kita

Last weekend Daddy bawak Orked, Mummy dan Adik Seri pergi Cherating dan Marang. Cherating dan Marang ni terkenal sebab pantainya cantik. Ada air laut biru, pasir putih dan pokok kelapa melambai-lambai.

Bila Orked nampak je laut dan pantai, Orked terus excited. Ajak Daddy nak berenang. Tapi.... Sekali Orked pijak je pasir, Orked terus menangis kuat-kuat. Rupa-rupanya Orked takut pasir! Kena je pasir kat kaki Orked akan menangis. Pastu dah tak nak jalan. Daddy letak Orked kat tengah-tengah pasir, Orked nangis je, tak bergerak ke mana-mana pun. Heheh... Orked pun tak tau kenapa. Dari kecik macam tu. Masa kat Perth dulu takut pasir. Mummy ingat sebab Orked baru pandai jalan, tak stabil lagi, dan pasir pula tak rata. Tapi masa kat Penang pun takut pasir jugak. Dan sekarang, takut pasir lagi... Hm....

Lepas tu Mummy dan Daddy ajar Orked suruh Orked ulang-ulang cakap. Sepanjang masa Orked akan ulang-ulang, macam mantera pulak.

Pasir baik...
Lembuuuuttt jeee...
Haaaluuuusss jeeee....
Kalau jatuh tak sakit....
Jangan takut pasir....

Orked memang akan ulang-ulang cakap tu. Tapi.... Bila kaki terkena pasir, hilang semua mantera. Nangis jugak! Huhu... Lupa yg Mummy cakap pasir tu halus, jangan takut pasir. Hishhhh....

Tapi dalam takut-takut pasir pun, banyak gak Daddy dapat ambik gambar Orked yg cantik-cantik, kat kawasan yg takde pasir. Heheh... Mummy ada buat slideshow sebab gambar banyak sangat. Tengoklah ye? But of course, gambar nangis Orked tak bagi Mummy letak! :D







Orked harap lain kali bila Orked pergi pantai lagi, Orked dah tak takut pasir. Barulah boleh main pasir, timbus timbus badan dalam pasir, macam orang lain buat, kan?

xoxo

Orked

by Mummy

11 comments:

Lyn said...

Kalau main pasir kat sandbox pun nangis ke?

Aunty Bard said...

best best....aunty enjoy sgt tgk slideshoe Orked n family....nanti adik Seri dh boleh jalan, boleh jln berpimpin tgn ngan Orked.

Orked said...

x pernah cuba sandbox. kat mana ada ye?

NurSolehah said...

ala Orked... knpa dtg teganu xgtau awl2... lau tak dah boleh jumpa Orked

.... :(

Auntyjid said...

cantiknya! cantiknya! cantiknya! cantiknya!... hanya itu ungkapan yg dapat auntyjid ungkapkan bila tgk semua gambar2 orked nih...hehe..

Orked, auntyjid rasa maybe orked rasa geli kot bila tapak kaki terkena pasir. auntyjid pun pernah ada 'penyakit' tu masa kecik2 dulu... hehe... cuba orked biasakan letak losyen kat tapak kaki selalu2 bagi hilang rasa geli pada tapak kaki... disamping itu jg tapak kaki kita akn jadi lembut macam pasir juga...hehe..

fazira said...

santeknye gmbr~ :)

Orked said...

Thanksss.... Daddy yg ambik gambar ni... Dan ada sikit-sikit yg Mummy ambik... :)

Aunty Bard, Orked pun tak sabar nak jalan pimpin tangan dgn Adik. Mesti best!

Aunty Nur Solehah, Orked pun tak tau yg kami nak ke Terengganu. Hari yg nak pergi tu baru Daddy bagitau. Tak sempat nak bgtau sesiapa. :(

Aunty Jid, ye ke Aunty pun dulu takut pasir jugak? Wah, kita geng lar! Ingatkan Orked je budak pelik. Heheh.. Pastu dah besar jadi OK ek? Ok, boleh lah nanti Orked cuba suruh Mummy letak losyen kat tapak kaki Orked. TQ for the tips Aunty.

Zila said...

Salam Orked...
Tolong tanya kat Mummy Orked...guna software apa buat slideshow ni ek? flash ker? aunty nak cuba buat jugak la.. :-)

Orked said...

aunty zila, mummy guna windows movie maker. mmg dah ada dlm komputer. senang je. aunty cubalah...

Zila Ahmad said...

O ye ker...say thank u pada mummy Orked ye for info...nanti aunty cuba plak.. :-)

e.l.i.z.@ said...

ya allah..cantiknya gambar!!!!