Wednesday, September 15, 2010

Raya 2010

Selamat Hari Raya semuaaaa!
Camne raya? Orked punya bessstttttt!

Raya pertama Orked beraya di kampung Atuk Nang di Tementi, Pahang. Orked bertolak ke sana selepas Subuh. Tapi itu plan Daddylah, nak bertolak lepas Subuh. Last-last matahari dah naik baru bertolak. Yelah, Orked nak bermake-up nak pakai baju Raya je dah berapa lama dah... Tu belum Adik Seri dan Mummy lagi. :D

Sampai-sampai je, Daddy bawak Orked tengok kubur Nenek. Ini kubur Nenek Ros, Nenek yg Orked tak pernah jumpa. Bukan saja tak pernah jumpa, Nenek tak pernah tahu pun yg Nenek akan dapat cucu perempuan macam Orked. Daddy cakap, Nenek teringin sangat nak cucu perempuan sebab masa tu Nenek baru ada cucu lelaki saja, Abang Ippi. Tapi, umur Nenek tak panjang.... :( Tak sempat jumpa Nenek...

Orked baca doa untuk Nenek

Lepas tu barulah pergi ke rumah Atuk. Lepas salam-salam, peluk-peluk dan bermaaf-maafan, terus ambik gambar keluarga dulu, sebab Mummy-mummy dah nak bukak tudung bila masuk rumah.

Ini keluarga Pak Long. Ada Pak Long, Mak Long, Abang Ippi dan Alip.

Ini semestinya gambar keluarga Orked. Daddy Orked anak nombor dua dalam keluarga.


Ini pulak Pak Lang, Mak Lang dan Adik Umar Arjuna. Adik Umar umurnya satu tahun.


Dan ini pulak Pak Usu Orked. Orked temankan Pak Usu sebab dia sorang-sorang je, belum ada keluarga lagi.... Hehhee.... Pak Usu kata tahun depan dia ada keluarga. ;)


Dan, inilah keseluruhan ahli keluarga Atuk Nang. Nenek Rohaya, Cik Aina dan Cik Amin je takde sebab tinggal di Felda Soeharto jaga Oyang...

Dah siap ambik gambar keluarga, barulah Orked bebas main keliling rumah dgn cousins Orked. Bukan selalu dapat jumpa diorang ni tau! Seronokkkkk.... Sebab laman rumah Atuk luasssss.....!

Yg paling best, main dgn Alip lah. Alip tua beberapa bulan drpd Orked. Tapi main dgn Alip Orked kena hati-hati sikit sebab Alip suka sakat Orked. Huuuu...


Kat belakang rumah Atuk pun luas. Ada macam-macam pokok Orked jumpa...


Abg Alip cakap, ini buah pisang. Eh, Orked tau lah... Macamlah Orked tak pernah makan pisang. Orked tak pernah tengok pisang kat tandan jee.... :D


Adik Umar dan Adik Seri tak boleh jalan lagi. Jadi diorang lepak kat atas kerusi je tengok orang lain main...


Dah penat main kat luar, main kat dalam pulak...


Posing tepi pintu satu!


Abg Ippi ajar Orked cara nak buat 'peace'. Hihi, baru nak belajar!

Itu sajalah dulu liputan Raya Orked. Nanti sambung lagi sebab petang tu semua beredar ke tempat lain pulak. Orked dan keluarga pergi ke Batu Pahat sebab esoknya nak beraya di Panchor, Muar pulak. Panchor tu kampung Oyang Orked sebelah Mummy.

Love from us, muah muah!



Orked

by Mummy (pictures by Mummy & Daddy)

7 comments:

aSmiDar said...

lawanya orked dah keluarga..
tema kelabu ek taun ni..:)

Auntyjid said...

Wahhhh.. raya sakan nampaknya orked.
cantikla baju raya orked! Thn ni ramai tema raya biru, kan?

Selamat hari raya untuk orked sekeluarga, ya... ---<@

HazimahRahman said...

selamat hari raya orked.. :)
nnti dtg raya umah mama zimah taw..

HazimahRahman said...

salam aidilfitri orked dan family.. :)
jemput la dtg umah mama zimah..bwa adik seri ye :D

nenekOrked said...

Wah seronoknya Orked raya kat kampung! Nenek tumpang gembira.

nenekOrked said...

Wah seronoknya Orked raya kat kampung! Nenek tumpang gembira.

nenekOrked said...

Wah seronoknya Orked raya kat kampung! Nenek tumpang gembira.