Tuesday, August 3, 2010

Shape iPhone

Sekarang ni Orked tengah seronok main game kat iPhone Daddy. Best, kat situ ada game Shape Builder. Tapi Orked panggil "cep" je, senang. Gamenya cam kat bawah ni.


Aunty Munirah la yg bagitau kat Daddy pasal game ni. Orked tengok Uzayr pandai main game ni. Lajuuuu je tangan dia masukkan shape-shape tu. Daddy pun teruja, terus download untuk Orked.

Tapi mula-mula Orked tak pandai. Tak minat sangat pun sebab susah. Lama gak Mummy dan Daddy ajar Orked camne nak buat. Sejak Daddy balik U.S. pulak, Orked cuba main lagi. Masa Daddy takde takleh main la sebab Daddy bawak iPhone Daddy tu. Lama-lama Orked pandai sikit. Tapi Orked ngelat lagi. Gambar yg senang Orked buat, gambar yg susah dan shape dia kecik-kecik Orked tak buat. Orked restart. Daddy marah buat camtu. Daddy suruh Orked buat semua. Pastu Daddy download beli kat internet shape banyak-banyak lagi. Sekarang dah ada macam-macam gambar. Sejak 4-5 hari lepas, Orked dah terer. Orked dah tak ngelat lagi dah. Semua gambar Orked buat. Yg susah pun.... :D

Meh Orked tunjuk cara nak buat...

Ini gambar kosong. Orked kena isi petak putih dgn petak berwarna ikut shape dia. Kalau betul shape tu akan lekat

Shape ni kena tarik dgn jari, baru dia gerak

Dah siap! Yg ni gambar gong

Setiap kali Orked siap, Orked akan tunjuk gambar yg Orked dapat kat Mummy atau Daddy atau dua-dua Mummy dan Daddy sambil sengih-sengih bangga. Nanti mesti Mummy dan Daddy cakap Orked pandai... Hidung Orked pun terus kembang kempis...

Ini Orked gambar aksi-aksi Orked main "cep" yg Mummy ambik.

Duduk atas kerusi

Duduk bawah kerusi

Baring atas kerusi

Berdiri tepi kerusi

Sandar kat kerusi

Muka bangga bila dapat siapkan gambar

Ada macam-macam game lagi kat iPhone Daddy tu. Best! Ada flash card, ada piano, ada bunyi-bunyi animals dan banyak lagi. Best lah!

Cepatlah Daddy balik dari work, Daddy nak main "cep".

xoxo
Orked
by Mummy

11 comments:

Munirah said...

apa kata orked minta daddy hadiahkan orked ipod. leh main selalu tanpa tunggu daddy balik. hehehhe :p

izzahsazahly said...

bestnya orked main game 'cep'..nak kena suruh mama beli iphone gak la ni :)

strawberi said...

clever girl...hehe

misz beauty said...

alololoo... comel jerk... macam2 style orked sambil men cep... ehehehehee.. muahhhh kat idom dier..;-)

zeta said...

comel je..clever gurl la Orked..

Aunty Bard said...

cantik la baju ladybird Orked tu....cute sangat bila Orked pakai :-)

yeah clap clap clap utk Orked sebab berjaya completekan shape yang susah gak....boleh merangsang minda camni...go go go Orked!

Orked said...

Daddy cakap, Orked kena main cep ikut masa-masa tertentu sahaja dalam setiap hari. Daddy cakap taknak nanti Orked pergi mana-mana pakai iphone lepas tu taknak bersosial dengan orang lain. Tapi takpe, Orked masih boleh tengok tv

Deeeee said...

Salam Orked & Mummy Orked,

Checky sungguh 1st pic!
Comel sungguh last pic!

Love your ladybird baju orked! Comel! Orked comel! Adik Sri ada x jugak? hehehe.. Orked rajin2 buat "cep" lagi yer.. orked rajin .. orked cerdin, amin.. ^__^

Auntyjid said...

Wahhhhhh... pandai lah orked. game macam ni boleh asah minda supaya lebih tajam dan cergas. mcm jigsaw puzzle juga kan. Bagus orked. teruskan usaha. chayok! chayok! mmwahhhh... (comellah orked pakai baju tu. ladybird!)

Orked said...

baju ladybird tu mummy baru beli. dia beli online sebab dah lama tak gi shopping. orked pun suka baju tu. orked rasa orked cam kumbang! hihihi...

adik seri takde baju tu. dia kecik lagi. orked sorang je ada. nanti adik dah besar boleh pakai 2nd hand yg orked punya. hehehe....

intanmaria said...

beshnya!!
game kat iphone tuh mmg menarik!
_________________________
http://mariaariffbaby.com