Sunday, August 22, 2010

Dua

Orked dah 2 tahun semalam. Tapi hari ni baru dapat kek sebab semalam sibuk sikit. Kalau tahun lepas Orked celebrate birthday dgn keluarga yg lain, kali ni Orked celebrate dgn keluarga kecik Orked je sebab bulan puasa.

Mummy tengah prepare birthday cake

Orked bersyukur sangat sebab Mummy dan Daddy dah berjaya besarkan Orked sampai umur 2 tahun, dan masih sihat walafiat. Tapi calar balar, parut-parut jugak la sana sini. Hehehhe.... Nak buat camne, Orked ni lasak cam boy, suka panjat sana, panjat sini, lari sana, lari sini, lompat sana, lompat sini. Eh, girl tak buat camtu ek?

Pasang 2 lilin utk Orked yg 2 tahun

Dah umur 2 tahun ni, macam-macamlah jugak Orked dah pandai. Dah pandai lari kedek-kedek. Sebelum ni Orked rasa Orked dah lari, tapi Mummy cakap Orked cuma jalan laju je. Pastu dah pandai lompat tak cecah tanah dan berturutan. Tak kisah lah walaupun Orked lompat paling tinggi pun 10 cm je kot. Sebab, sebelum ni Orked lompat gaya je lebih, tapi kaki tak lepas dari tanah pun. Hihi...

Mengancamnyaaaa kek niiii....

Pastu dah pandai cakap. Mula-mula pandai cakap dulu, pandai sebut satu suku kata je. Pastu jadi dua suku kata. Pastu jadi ayat 2-3 perkataan. Pastu ayat 3-4 perkataan. Dan pastu sekarang ni rekod ayat Orked yg paling panjang ialah "Pandai Daddy buat baby chair Orked" dan "Pandai Daddy buat baby cot Orked". Orked cakap camni masa makan dan masa nak tido hari tu sebab Orked teringat kat Daddy, yg buatkan baby chair dan baby cot utk Orked tu. Padahal, baby cot tu sejak dari baby lagi Orked dah ada. Cuma baru pandai cakap je. Hhehe...
With my lovely Mummy

Pastu Orked suka menulis (Mummy kata conteng), siram pokok bunga kat rumah Nenek, tengok youtube video nursery rhymes, abc phonics dan colors and shapes, main game kat iPhone Daddy, cium Adik, tolong Mummy dan Daddy buat kerja-kerja kat rumah, suka makan mihun, makaroni dan ayam, dan macam-macam lagi yg Orked tak ingat.

And my handsome Daddy

Lagi Orked dah kenal beberapa basic shapes, tubuh badan dlm BM dan English, pandai nyanyi sket-sket, pandai masuk shape dalam kotak, pandai kira 1 sampai 4 dan pandai makan sendiri dgn comot. Tapi masih pakai lampin lagi (maluuuu), tak lepas lagi potty training.

Tak sabar dah ni nak makan kek.... Eh, tapi dah comot kat hidung dan bibir?

Orked sayang sangat Mummy, Daddy dan Adik. Orked selalu cium, peluk dan nak main dgn Adik. Tapi Mummy dan Daddy selalu marah sebab diorang kata Orked buat Adik sakit. Kalau Orked cium Adik, Orked terpenyet muka Adik. Kalau Orked peluk Adik, Orked terpenyet tangan atau perut Adik. Kalau Orked tepuk-tepuk Adik, Orked tertepuk kuat kat dada Adik. Kalau Orked main Teddy dan Hyppo dgn Adik, Orked tertenyeh kat muka Adik. Kalau Orked nak bagi puting kat Adik masa dia nangis, Orked tersumbat mulut dia kuat sangat. Umm.... Bila lah Orked nak pandai buat betul ni. Orked betul-betul sayang kat Adik. Dgn setulus ikhlas hati Orked. Cuma tak betul lagi je caranya...

Suap sendiri dgn comotnya

Orked sayang Mummy jugak. Orked kalau tido mesti nak Mummy peluk atau atas tangan Mummy kalau tido sama-sama kat atas kerusi depan tv. Mummy letak bantal pun Orked tolak tepi pastu suruh Mummy depakan tangan utk Orked tido. Tapi kadang-kadang Mummy tak boleh atau bagi tangan kat Orked kalau Adik tak tido. Tapi takpe, atas riba atau kaki Mummy pun Orked sanggup masa Mummy peluk atau susukan Adik. Janji ada Mummy. Kalau ngantuk sangat je baru Orked terlena sendiri sorang-sorang Mummy takyah buat apa-apa.

Daddy pula, Orked suka main dgn Daddy. Daddy selalu buat Orked ketawa besar-besar. Daddy selalu geletek Orked, campak-campak Orked, lambung-lambung Orked. Ish, patut la Orked jadi cam boy, sebab Daddy selalu main ganas-ganas ngan Orked. Sebelum tido Orked mesti nak main lompat-lompat atas perut Daddy. Sebelum pergi kerja Orked mesti salam, peluk, cium dan lambai kat Daddy. Bila Daddy balik, dengar je bunyi loceng, Orked akan lari-lari pergi ke pintu tunggu Daddy bukak pintu. Bila bukak pintu, mesti Daddy buat muka kelakar, pastu Orked pun terjerit-jerit gembira.

Tapi Mummy dan Daddy ni kan, saja tau, suka test Orked. Nanti diorang pura-pura nangis, pastu cakap Orked tak sayang Mummy/Daddy. Orked kelam kabut nak pujuk. Orked peluk kuat-kuat, pastu cakap "Sayang... Sayang..." kat Mummy/Daddy. Pastu diorang sengih balik. Isk, main-main je rupanya. Ingatkan merajuk betul..... :p

Tak cukup sudu, makan dgn tangan jugak.... Icing kat hidung dah makin banyak...

Perangai Orked yg paling tak baik ialah kedekut dan possessive. Tak bagi langsung orang lain guna barang Orked, walaupun Mummy dan Daddy, apatah lagi kawan-kawan Orked.Tak boleh sentuh langsung pun barang Orked, mainan ke, bantal ke, tikar ke, buku ke, bear ke, semua lah.... Even Adik pun Orked tak nak share. Orked selalu marah kalau abang dan kakak-kakak kat Prihatin nak pegang Adik. Diorang nak ambik Adik lagilah Orked tak bagi.

My birthday cake

Pastu Orked tak suka terima "no" sebagai jawapan. Kalau Orked nak benda tu, maknanya Orked nak lah. Kalau Orked kata A, A lah maknanya. Mmg susah nak ubah keputusan Orked walaupun kena hukum kalau tak betul. Daddy kata bagus Orked tegas camtu kalau kena caranya. Jadi Mummy dan Daddy cuba utk salurkan ketegasan Orked ni ke arah yg positif. Orked ikut jeerr.....

Panjang pulak ek Orked tulis. Birthday girl takpe kan? Hehehhe... Orked nak tulis supaya boleh buat perbandingan bila Orked birthday 3 tahun pulak nanti. Kalau tak, Orked lupa.

Akhir kata, doakan semoga Orked jadi anak yg baik, dengar cakap Daddy dan Mummy, rajin, pandai, dan semua yg baik-baik lah. Orked akan cuba tapi Orked perlukan bantuan semua. Kalau salah, ajarkan Orked ye?




















My birthday video

xoxo

Orked
by Mummy

17 comments:

sizuka[Izzati] said...

Happy Birthday Orked:)

{ miss ttjl } said...

eh dah 2 tahun. hepi birthday orked!

be a good & smart girl tau! hope entry orked 3 tahun nanti, orked dah lepas potty training ;)

Dayah said...

Salam Orked & Mummy Orked,

HAPPY BIRTHDAY Orked!!
Moga membesar jadi anaknya solehah dan bijak, Amin.

Little Mama said...

Happy Belated Birthday Orked.. sedapnya kek!

Izzah Sazahly said...

dear oked..sama-sama menjadi budak 2 tahun yang ikut cakap ibu bapa ye

cikbedahlaser said...

ooo orked pon baby august??
epi bday orked..smoga jd ank yg solehah...

sgt terharu dgn ucapan adik... heheheheheh

Diana Jamal said...

happy belated birthday orked!! ^_^

aunty azie said...

hi orked...dah 2 thn dh orked yer...kejap je masa berlalu..apepun aunty azie nk wish happy birthday to orked...moga always jd gud girl utk mummy and daddy ok....

aunty azie said...

hi orked...dah 2 thn dh orked yer...kejap je masa berlalu..apepun aunty azie nk wish happy birthday to orked...moga always jd gud girl utk mummy and daddy ok....

mysara said...

Orked, tanjoubi omedetou!
happy birthday!

nnti dtg nusputra, jgn lupa singgah umah auntie ye...

Aunty Bard said...

Happy birthday sweet little Orked :-).... semoga menjadi anak yang solehah and sentiasa dengar cakap mummy & daddy...

comel la adik seri, geram tgk rasa nak gomol jerk :-)

srsfeqah said...

Happy Birthday Orked..
May Allah bless u..

comel baa adik seri XOXO

nenekOrked said...

Happy second birthday cucu nenek tersayang. Cantiklah birthday kek merah warna putih tu!

nenekOrked said...

Happy second birthday cucu nenek tersayang. Cantiklah birthday kek merah warna putih tu!

Auntyjid said...

Sekejap jer rasanya baru tgk gambar orked yg masih baby atas rak buku.. :-)

Selamat Hari Puja Usia yang ke-2 buat darling Orked yang bijak dan comel!!!!!!!.... ---<@

Semoga membesar sebagai anak yang solehah dan berjasa pada mommy & daddy, agama, bangsa, dan negara. Ameen...

sedapnyaaaa nampak bday kek Orked.. :-)

Orked said...

Terima kasih semua yg wish Happy Birthday kat Orked....

Sayang semua.. Muah muah muahhhhhhh!!!!

Adik Seri punya ucapan mmg yg paling mengharukan. Hihihi...

Haris Abdul Rahman said...

Happy Belated Birthday Orked