Monday, May 3, 2010

Orked dalam Pa & Ma lagi

Hari ni Orked dapat hadiah dari Daddy. Daddy belikan Orked meja dan kerusi study! Wow, best sangat. Masa kat kedai, masa test, Orked dah excited. Bila Daddy tanya suka ke tak, terus Orked angguk dan jawab, "Sukaa!", dan tersenyum lebar.

Bila kat rumah, Orked tak sabar sangat tunggu Daddy bukak dan pasang meja Orked. Orked siap tolong lagi Daddy pasang skru supaya cepat siap. Bila dah siap, "Yeayyyy!" Orked jerit dan cakap terima kasih kat Daddy.

Lepas tu Mummy bagi satu lagi surprise kat Orked. Wah, macam birthday pulak, ada banyak surprise. Masa birthday pun Orked tak dapat surprise banyak macam ni.

Mummy suruh Orked baca buku. Tajuk buku tu Pa & Ma bulan Mei 2010.

Orked pun beleklahhhh... Nak baca tak reti, tengok gambar ajelah.....

Pastu tetiba......


Eh, ada Orked dan Mummy lahhhh! Wahhhhhh.... Orked masuk majalah sekali lagi rupanya... Iklan pun iklan lah, janji masuk majalah. Hehehhe....


Majalah ni tentang produk baru, print gambar atas kanvas. Kalau dulu-dulu kita print gambar dan framekan, lepas tu gantung kat dinding kan? Tapi kali ni lagi best, gambar tu boleh diprint kat atas kanvas, dan lepas tu boleh gantung kat dinding. Cantik tau canvas print nih. Lepas tu dia tahan air, kena air pun tak rosak. Bentuk dan saiznya pun macam-macam. Boleh besar, kecik, panjang, pendek. Macam-macam lah! Nak beli pun senang, online je. Lepas tu orang courier datang hantar ke rumah. Tak payah pergi kedai. Kalau nak tau camne nak beli, bolehlah tengok diiiii....




Jom tengok apa ada kat sana! Dan jangan lupa, tengok juga gambar Orked kat Pa & Ma ye?

Tata titi tutu....

xoxo

Orked
by Mummy

6 comments:

queserasera said...

suke la live canvas tu.. haiishhh~ (^_^)

Mak Su said...

wow! tahniah, produk yg inovatif :)

nenekOrked said...

Wah dah jadi model iklan pulak cucu nenek nih! Nak pakai pengurus tak? Nenek available. Heheheh

Orked said...

aunty queserasera: try le beli satu, letak kat dinding bilik aunty. mesti cantik!

mak su: thank u...

nenak: hehhehhee.... alar nenek ni, suka je usik Orked.... hehehe....

Mohd Shahrul Hafizi said...

puas zoom in gambar Orked dalam majalah tu. yang kat bunga kuning tu ke Orked? memang mengancam la foto kanvas. haritu ada lawat studio kat Bangi. menarik.

queserasera said...

ok. aunty try nnt. tgh pilih2 gmbr. susah neh. sbb koleksi sgt limited. huhu~