Sunday, May 23, 2010

Nenek dan Atuk Nang Datang Rumah

Atuk Nang dan Nenek datang tido di rumah Orked Jumaat lepas. Yang bestnya, Atuk dan Nenek bawak beberapa ekor ikan patin sekali. Ikan patin ni makanan kegemaran keluarga Orked. Yang paling minat ikan patin ni siapa lagi kalau bukan big boss keluarga Orked, iaitu Daddy. Tapi sekarang semua dah suka ikan patin, terutamanya Orked. Tapi kami cuma suka ikan patin sungai je. Ikan patin kolam kami tak suka sebab isinya kurang sedap.

Lagi best Nenek dan Atuk datang kali ni ialah sebab Nenek siap masakkan Orked ikan patin untuk makan tengahari. Nenek masak dua jenis... Ikan patin masak tempoyak dan ikan patin goreng sambal. Uhhhhh.... Best giler. Sedap sangat. Oooppsss... Mummy masak pun sedap jugak (nanti Mummy kecik hati pulak, tak mo masak dahh.... ) cuma Nenek masak lagi sedap. Tapi hari tu Orked tengok Mummy dah belajar dari Nenek camne nak buat macam Nenek buat.

Sebelum balik, Orked hug dan kiss Atuk dan Nenek banyak-banyak sebab nak cakap terima kasih datang. Selain tu, Orked jugak ada tujuan lain, nak politik supaya Atuk dan Nenek datang selalu. Hehhehehe.... Harapnya berjaya lah....

Inilah dia Atuk Nang dan Nenek Orked


Nenek kissed Orked sebelum balik

Dan Orked pun hug Nenek


Kissed Atuk pulak, kissed guna pipi

Pastuuuu....

Atuk telah menyalahgunakan janggutnya yg tajam untuk geletek Orked...

Atuk! Gelilah! Tollonngg.....!

Confused: apsal Atuk pulak yg ketawa besar? Atuk pun geli ke?

To Atuk dan Nenek, nanti datang lagi ye?
xoxo
Orked
by Mummy

10 comments:

Dayah said...

Salam Orked & Mummy Orked,

Bestnya dia, atuk & nenek dia datang rumah. Mesti orked puas main-main dengan atok and nenekkan. Take care dear and kak, tak lama dah kan nak due.. x sabar nak tgk adik orked ^__^

fazlinil irma said...

suka gambar 2,3 dan 4. sepertinya orked tak rela melepaskan atuk dan nenek pulang..

pandai orked =)

Boy said...

sweet.. mudenye atuk n nenek

sizukaDeboss said...

wah bestnye orked dpt makan ikan patin:)

Anonymous said...

Yeah,comment NO 1!!

Klakarlah tgk Orked.Atok pon gelak besar tgk telatah Orked biler Orked kena janggut Atok..Oh ye kan,gmbr nie jrang Auntie Liea leh tgk sbb Daddy Orked xder janggut yg boleh buat Orked geli kan..Hahahaha

p/s:teringat kan arwah atok n arwah wan Auntie Liea.. :(

Auntie Liea

HW said...

Alolo sweetnya Orked nih! :D

Aunty Bard said...

hehehhe aunty nak pi makan ikan patin tempoyak kat temerloh la...terliur pulak dengar Orked cerita pasal ikan patin ni hehehhee. takpun nanti suruh mummy Orked masakkan utk Orked...bila la ekkkk huhuhu

Orked said...

Tak aci betul....kenapa dagu orked lekuk, dagu daddy tak lekuk pun :( Nak kena enjet lah bagi lekuk heheheh (Daddy)

ainiyah said...

salam..

sehat lg wak nang.gembira je muka.
semoga makin sehat.

auntyjid said...

manja betul orked dgn atuk n nenek yer....

auntyjid sukalah gigi orked.. :-)... comel!!!