Wednesday, May 12, 2010

Pipi Itu Aurat


Isi perut dulu dalam kereta

Mana Mummy, tak bawak-bawak lagi makanan Orked ni.... Sib baik dah isi perut sikit tadi...


Sabtu lepas ada kenduri cukur jambul uncle Orked. Betul, uncle Orked, Uncle Mikael. Uncle ni anak kepada Nek Su dan Tok Su Orked. Walaupun dia kecik dari Orked, Orked masih kena panggil dia Uncle.

Disebabkan nak pergi kenduri doa selamat, Orked pun pakailah baju kurung dan tudung. Kat sana nanti ada orang nak marhaban, baca doa, dan macam-macam lagi. Jadi, kalau pakai baju seksi-seksi tak sesuailah kan?

Tapi kan, Mummy cakap Orked tak tutup aurat betul-betul lagi. Orked pun dah confused. Dah pakai baju kurung, dah pakai tudung, apa lagi yg kurang? Ha, nak tau Mummy cakap apa? Mummy kata antara aurat paling besar Orked ialah pipi Orked. Sebabnya, bila orang tengok pipi Orked, orang jadi geram. Orang nak cubit-cubit. Orang nak gigit-gigit. Orang nak cium-cium. So, Orked sepatutnya tutup pipi Orked, pakai purdah. Hahahhahaha... Macam-macam lah Mummy ni. :p


Okay, chow chin chow. Orked dah nak pergi work....


Muah Muah....


Orked
by Mummy


p/s: Takde gambar dgn Uncle Mikael sebab Orked balik awal sebelum majlis habis. Orked ada nak pergi tempat lain pula. Ke mana, tungguuuuuu.....!

10 comments:

cikbedahlaser said...

eh... kiut nye.. kakak orked pakai tdung...
patut la aritu bermerhaban....
pergi cukul jmbul pakcik rupe nye...

Auntyjid said...

Wahhhhh.. gadis solehah yang comel lah Orked nih... mwmahhhhh... :-*

strawberi said...

ala..comeynya orked...mesti jd kakak yg baik pasni...

Anonymous said...

sweet sgt tgk orked btudung.. betul la kata mummy.. anti pon da geram tgk.. hehe =)

Mohd Shahrul Hafizi said...

Pakai lah purdah Orked. Mesti comel kan. :)

misz beauty said...

memang gewam tgk orked punya pipi.... rase nak shiom2 tamo lepas... auntie rindu kat orked....

Anonymous said...

Mmg pon Orked.Pipi tu slah stu aset pnting selain drp gigi Orked yg comel tu.Hikhikhik...

p/s:next entry nnti aper erk?can't wait... =)

Auntie Liea

Dayah said...

Salam Orked & Mummy Orked,

Muahahaha..
Orked nak pergi kerja ke? kekekeke.. ni mesti Mummy yang nak pergikan.. hehehe

Orked tetap maintain cute pakai tudung ^_^

miralatiff said...

Comel nya Orked pakai tudung..InsyaAllah bakal menjadi muslimah sejati..

Nice knowing you Mummy Orked...BTW, your mom house very close to my house!

miralatiff said...

Comel nya orked pakai tudung..Pipi orked tu memang sangat gebu..InsyaAllah bakal menjadi muslimah sejati..

Nice knowing you Mommy Orked..good luck with your second pregnancy..

BTW, your mom house sangat close to my house!