Friday, May 22, 2009

KL - Dubai - London


Daddy dah dapat balik access mobile storage daddy, yeeahhhh...Orked boleh tunjuk gambar masa Orked tengah excited kemas beg. Mommy2 semua, tahu tak...beg siapa paling besaaaaarrrr sekali dalam semua-semua yang pergi kali ni?? hihihi....beg ORKED lah...beg siapa lagi. Orked kan baby...


Kat airport Dubai, daddy pulak yg excited bila dia tahu yang semua kita akan boarding to the superjumbo Airbus A380 kegilaan daddy. Daddy suka sangat teknologi kapal terbang sampai dia dah bookmark semua rancangan berkaitan kapal terbang.


Tadaaa....ini lah tempat Orked sepanjang perjalanan dari KL ke London Heathrow. Mommy jaga Orked jer kalau Orked nangis mommy ambik Orked. Dah lama dah Orked tak duduk dalam sampan macam ni.


Sepanjang perjalanan, meal Orked tak ada dalam menu kapal terbang. Tapi diorang bagi Orked mainan...terima kasih Emirates. Tu lah yang Orked makan biskut dan seperti biasa, "kantin" Orked ada sentiasa menemani Orked di mana sahaja Orked berada.


Alhamdulillah, sampai di London, semua clearance dgn Immigration Department berjalan lancar. 5 orang masuk ke UK hanya ambil masa 3 minit sahaja berbanding daddy yg kena interogate sampai dekat 1 jam tahun lepas. Tips nya senang sahaja, pastikan anda berpakaian kemas dan paling penting, semua dokumen perjalanan lengkap. Dokumen perjalanan wajib tu dah tentu lah macam passport Orked tu wajib, tapi dokumen-dokumen lain pun pentinggg sangatttt seperti ticket balik dan reservation hotel. Kemudian, kami semua naik tube dari Heathrow sampai ke Victoria (Hotel Orked).


Malam tu, ada re-union PB Neurogain Babies antara Azmarea and family with Nang's family. Orked ni baby Neurogain macam Azmarea juga. Masa mengandung dulu, Marisa (mummy Azmarea) bagitau kalau nak anak comel, chubby dan bijak, masa mengandung kena makan banyak PB Neurogain yang dibuat dari minyak ikan kod dan macam-macam benda yang menyihatkan dan stimulate brain development Orked.

Terima kasih auntie Marisa dan Uncle Alan dan juga Kakak Azmarea sudi datang bawakkan Nasi lemak kat hotel kami. InsyaAllah kalau datang lagi nanti Orked dah besar dah macam Kakak Azmarea sekarang.


Next day tu, daddy, mummy, Orked, Atuk dan nenek pergi keluar untuk jalan-jalan di Kota London. Temp masa tu dalam 8-15 degrees. Sebagai orang Melayu, kitorang tak tahan kena pakai baju tebal-tebal walaupun ramai mat saleh kat sini pakai short and skirt selamba jer.


Ini lah travelmate Orked...Atuk dan of course...daddy orked di Victoria Station. Ni gambar pagi-pagi masa tunggu lagi 20 minit untuk dapat Underground Pass murah (Rate off-peak).


Ini travelmate Orked dan Kantin orked juga. Masa ni kita pegi Westminster untuk bawak atuk dan nenek tengok Big Ben, Parliament House dan juga sekumpulan India penyokong gerakan Tamil Tiger yang berdemostrasi secara aman di depan Parliament House.


Ini lagi 2 orang Travelmate Orked...nenek dan atuk. Daddy cakap, dah lama niat nak bawak nenek dan atuk jalan-jalan...tapi daddy cakap, nenek Orked dulu sakit lama sangat, tak larat nak jalan. Daddy cakap nak bawak arwah nenek pergi jalan-jalan kalau dah sihat, tapi nenek Orked tak sempat sihat, nenek Orked pergi dulu. Rezeki nenek tiri Orked lah datang ke sini. Tapi nenek Orked yang ni pun baaaaiikkkk sangat. Dia sayaaannggg kat Orked dan atuk.


Dan ini dia yang terkacak ialah daddy Orked bersama stroller Orked yang berwarna hijau dan tak stylo tu. Tau tak...daddy paling suka tolak stroller Orked. Orked pun suka daddy tolak stroller Orked pasal daddy suka main-main dengan Orked...hihihi. Oke lah semua, nanti Orked sambung lagi ek.

Kira-kira ini ialah update "gostan" lah...byeee

ORKED
Amsterdam (Update untuk London)

19 comments:

AuntyJid said...

Mujur Orked dapat sampan tu. Boleh tidur dgn betul...

Waaa.. kalu tak silap AuntyJid, dulu mummy Orked pernah amik pic kat victoria station tu dgn baju kurung kan? ayuuu jerrrr time tu dgn baju kurung kat VS.. sure mummy Orked reminiscence habisss kat situ kan? hehehe..

have a nice vacation, Orked!

Jgn lupa update lagi tau! (tak sabar nak tunggu pic orked dgn tulip)..

Aunty Bard said...

so sweet...ORKED kalau senyum, sebijik macam mommy, mata akan bulat and pipi akan tembam. rindu la kat mommy ORKED tu :-)....ORKED bawak atuk n nenek jalan puas2 tau...take care ORKED & Family!

cintaKusayangMu said...

salam perkenalan orked dr aunty qis n baby darwishes....

nice blog....kita tukar link ye orked...best la orked dpt jln2....daddy darwishes skrg kt Abu Dhabi...dh dekat tu ngn Dubai...

Ajzie said...

best nyaaaa.. nak sabar nak tgk gambar2 orked lagi.. orked ckp dengan daddy nak upload gambar byk2 lagi ok.....

watie wyyn said...

hye orked! 1st time auntie masuk sini..sgt cute cara blog ini beroperasi!woohoo..interested nak baca dan lagi dan lagi..hiks

hannahghazni said...

orkeddd!!!

bestnyeeee~~~~
comel betol la budak ni.gerammm

enjoy orked!!!~

nant jempot dtg oz plak! ;p

adorable-ummi said...

hye orked...umi tunjuk blog orked kt rayyan...bulat mata rayyan tgk...bestnya orked jln2 ek...nnt amik gambar byk2 k...comel btol budak kecik nieh

aunty mimie said...

Orked..ajak la mummy, daddy, atuk & nenek singgah ke Hull..

cigu_anna said...

wow! bestnya orkid pi holiday yek!
x sabar nak tunggu next entry.
dahi orked x ok lagi ker?
jgn lupa snap bila dah cabut plaster SN!

Aunty Yana said...

Orked bila nak balik ni? Aunty Yana miss Orked very2 much!

susudalambotol said...

wahhh.. ayah nampak segak betul :) harap-harap semua baik-baik je kat sana.

orked comelnyaaaaaaaaaaaaaa. nasib sempat cium-cium kan haritu before pergi. dan nasib baik lagi orked nak dekat maklang. hihi.

Unknown said...

wahhhh orked berjln sakan..
nnti orked blikan nayli apa2 erk..
orked kecik2 dah jln...
rejki nama nyer tuuu..
so orked takce care wif fmly kat sane k...

Nenek Orked said...

Seronok nenek tengok Orked makan angin di negara orang putih. Bertambah comel pula cucu nenek ni sekarang. Nenek rindu Orked sangat2

Anonymous said...

next time oked singgah helsinki pulak ye.

Sue said...

wah orked. makin comel! lama tak jenguk orked kat sini. bestnye jalan2.. orked, nanti doakan pulak supaya auntie sue bole bw kak damia ngan adik khalish jalan2 mcm orked ekkkkk.... teringin!

Nenek Orked said...

Orked sayang, bila balik Malaysia? Nenek balik Isnin 1 Jun. Tiba rumah 8 malam. Tak sabar rasa nenek nak tengok foto holiday Orked yang cantik2 yang mummy dan daddy ambil tu. Orked pandai posing tentu semua foto comel macam Orked juga.

AuntyJid said...

rindunya dah seminggu tak dgr khabar pasal Orked....

Anonymous said...

Orked,
dh sampai blm? Nanti bile dah fully rested, mesti cepat2 update ye...
Auntie D lame dah xbaca blog Orked, byk dah tertinggal..Orked dah terror panjat tgga yer? good for you..Auntie doa, Orked cepat2 dpt jalan without walker assistance pulak!
Okaay, dear...nanti suruh mummy n daddy upload gmbr n stories k, xsabar nak baca the next one!

~HerD~

misz beauty said...

untie beauty sgt suke tgk orked.... chomelllll!!!! nak2 yg duk dlm beg ngan sampan tuh... ihiks...;-)

muaccckkkssss kat pipi orked yang bam bam...