
Sabtu malam yg lepas, Orked turut sama rakyat Malaysia yg lain tutup lampu rumah. Pukul 8.30 malam Mummy tutupkan semua lampu. Lepas tu rumah jadi gelap dan Orked tak nampak apa-apa. Jadi Mummy pasang lampu handphone untuk Orked tengok. Tapi Orked tak gunakan lampu tu untuk melihat. Orked salah guna. Orked pergi makan handphone tu. Orked memang camtu, suka makan handphone. Kalau nampak handphone Mummy dan Daddy Orked mesti nak ambik dan masuk mulut. Sedap rasanya kalau dijilat. Nyum nyum...
Alamak, dah lari topik. Balik kepada cerita tutup lampu. Mummy kata kalau tutup lampu ramai-ramai tu boleh bantu menangani pemanasan global. Orked pun tak tau lah apa pemanasan global tu. Yg Orked tau tengahari kalau tak hujan rumah mesti panas. Itu lah kot. Apa pun, sekurang-kurangnya Orked dah pernah dengar perkataan pemanasan global walaupun belum faham maksudnya. So, kiranya kempen tu berjaya lah untuk bagi kesedaran kepada orang ramai tentang isu pemanasan global.
Selepas Orked faham, Mummy pun buka lampu. Sekejap je tutup lampu. Sebab kitorang nak keluar lepas tu. Nak keluar rumah malam-malam tak boleh tutup lampu. Nanti ada orang lain pulak yang masuk rumah. Uuu.... Bahaya.....
Selamatkanlah bumi kita!
Orked
Oleh Mummy