Cerita hari ni ialah Seri dalam Taman. Seri tu Adik, taman tu Taman Gemala Sari Nenek. Petang tadi Mummy ambik gambar Adik dalam taman Nenek. Gambar Orked Mummy tak ambik sebab Orked sekarang ni dah tak suka ambik gambar. Lari bila nampak kamera, tarik muka masam, tak nak pandang kamera, apatah lagi posing. Gelak-gelak cam dulu lagi ler takde. Gambar Orked ada sikit yg menumpang Adik je.
Sekarang ni Orked dan Adik tinggal di rumah Nenek. Lama juga kali ni, sebab Daddy pergi outstation. Mula-mula Daddy pergi Melbourne, dan sekarang ni pergi Chicago pulak. Bersambung. Ahad depan baru nak balik. Dua minggu lebih jugak le kat rumah Nenek. Tapi balik dari Chicago Daddy kena terus ke Seremban 5 hari lagi pulak. Walaupun Seremban tu sebelah je Selangor, tapi Daddy tak boleh balik sebab kerjanya sampai malam. Tak tau le masa tu Orked tinggal rumah Nenek ke, pergi Seremban juga. Daddy suruh Mummy cuti pastu ikut Daddy, tapi Mummy sekarang ni ada kelas hari-hari, dari Isnin sampai Khamis. Pengsan kalau nak ganti...
Ok, sambung cerita kat taman. Gambar lah ek?
Ini Adik bergayut kat wakaf rumah Nenek. Adik ni eksyen nak berdiri, tapi tak stabil lagi. Kalau dia pegang dia OK, tapi bak kata Orked, Adik ni eksyen. Suka-suka hati dia je dia nak lepas tangan. Harap orang lain jaga dia kat belakang. Kalau takde orang, jatuh tergolek le jawabnya. Pastu, nangiissss.....
Ini pokok bergayut kat rumah Nenek. Hehehe... Orked lupa nama pokok ni, nanti tanya Nenek. Adik cam biasa la, apa aje kalau boleh nak masuk dalam mulut. Tapi Nenek tak bagi makan pokok Nenek, tu yang muka dia jadi macam tu tuh!
Ini ialah bunga yang wangi. Kalau lalu kat tepi tu, wangiiii je baunya. Yg ni Nenek pun tak tau namanya. Orked lagi le tak tau. Adik nak petik tapi tak berjaya. Orked pulak, setiap kali keluar ke taman Nenek, bila masuk dalam rumah mesti akan bawa satu bunga ni masuk, Orked petik.
Ini ialah buah kedondong. Orked rasa Adik sesuai jadi model buah kedondong. Mesti ramai yg teringin nak cuba buah ni bila tengok muka modelnya yg gembira macam tu kan?
Buai laju laju
Sampai hujung sana
Apa dalam baju
Sekuntum bunga Cina
Haaaa... Inilah bunganya. Wangi tau!
Ini semua orang tau kan, bougainvillea.
Ini pokok Mas Cotek. Buahnya kecik secotek macam Adik yg kecik secotek jugak. Pokok ni pokok herba yg banyak khasiatnya. Bolehlah Mummy buat research guna pokok ni. Tapi takde idea lah. Hehhehe....
Ini pulak... Emmmm.... ??? Muka Adik pun sama blur...
Dah blur tu, kita rehat sekejap lah kat wakaf Nenek. Orked nak tunjuk bunga kat Adik. Amende ntah Adik nak kutip tu. Adik ni habuk pun dia nak kutip! Nottyyyy!
Adik nak bungaaaa? Eh, tapi apsal Adik sampai terkeluar lidah? Ni bunga la Adik, bukan aiskrim!
Ok, kita sambung exploring. Adik, ini rumput. Rumput tak boleh makan. Kambing dengan lembu je makan rumput. Adik baby, tak makan rumput ye?
Dan yang last ini ialah pokok bunga Seri. Daunnya besar-besar dan panjang, dan bunganya sangat cute berwarna purple polka dot putih. Bunganya ada satu je, tak boleh petik. Kalau angkat bunganya, pokok tu tinggal daun je, dah takde bunga dah. Bunganya Orked yang punya. Hehehehe...
Untuk Daddy, pagi tadi Adik Seri dah cucuk pneumococcal. Adik Seri tough tau, satu bunyi pun tak keluar masa dia kena cucuk. Dan tak payah nak tunjuk mainan ke apa. Dia tak nangis pun. Lagi tough dari Orked rupanya Adik ni. Next cucuk ialah bila Adik umur setahun pulak. Tapi bila Daddy balik nanti, Daddy kena bawak Orked pergi cucuk Hepatitis A pulak. Berat Adik terkini ialah 6.8kg (10th percentile), panjang 64.5cm (25th percentile) dan ukur lilit kepala 44.5 (90th percentile). Nampaknya kedua-dua anak Daddy adalah small size with big heads! Hehehehe.... Mummy tanya Dr kenapa kepala besar, doktor kata keturunan kot! Hah, ni mesti Daddy yg kepala besar. Hehehhehehe... Yelah, Daddy kan banyak akal. Sama la cam Orked. Dan harapnya Adik pun banyak akal juga memandangkan saiz dah besar dah tu.
Ok Daddy, selamat bekerja, dan jaga diri kat tempat orang tu.
Miss u much
Sebab pokok ni sangat rare, Orked letak dua gambar pokok ni. Nanti lain kali dia dah tak rupa macam ni lagi dah sebab bunganya boleh tukar-tukar baju, rupa dan saiz.
Itu je kisah di taman Nenek kali ni.
Itu je kisah di taman Nenek kali ni.
Untuk Daddy, pagi tadi Adik Seri dah cucuk pneumococcal. Adik Seri tough tau, satu bunyi pun tak keluar masa dia kena cucuk. Dan tak payah nak tunjuk mainan ke apa. Dia tak nangis pun. Lagi tough dari Orked rupanya Adik ni. Next cucuk ialah bila Adik umur setahun pulak. Tapi bila Daddy balik nanti, Daddy kena bawak Orked pergi cucuk Hepatitis A pulak. Berat Adik terkini ialah 6.8kg (10th percentile), panjang 64.5cm (25th percentile) dan ukur lilit kepala 44.5 (90th percentile). Nampaknya kedua-dua anak Daddy adalah small size with big heads! Hehehehe.... Mummy tanya Dr kenapa kepala besar, doktor kata keturunan kot! Hah, ni mesti Daddy yg kepala besar. Hehehhehehe... Yelah, Daddy kan banyak akal. Sama la cam Orked. Dan harapnya Adik pun banyak akal juga memandangkan saiz dah besar dah tu.
Ok Daddy, selamat bekerja, dan jaga diri kat tempat orang tu.
Miss u much
Orked, Seri dan Mummy
7 comments:
daddy dah nak habis kerja kat Chicago esok. Lusa daddy dah dlm perjalanan balik tapi singgah San Francisco pulak. Rindulah kat semua anak2 daddy ni...mummy ni suka saiko daddy dgn gambar2 bunga Orked dan Bunga Seri tu hehehhe.
Sangat comel lah bunga Seri tuh...
Nape Orked dah tak minat jadi model? Nanti jenuhlah aunty2 and peminat2 orked rindu nak tatap gambar orked yg comel2 tu dan baca cerita orked yg menarik nih..
ye le.... nak bagi Daddy cepat2 balik ler....
wah dah lama tak tgk seri ngan orked..orked rajin ler sikit update blog..hihi... sian daddy jauh ye? takpe.. mummy kan ada... seri tetiba dah besar sama mcm amaani.. time tengah nak menakal..haha..
comel la cucu2 nenek ni, makin berseri-seri la Taman Gemala Sari nenek bila ada dua 'bunga' dalam taman nenek ni...heheh aunty suka bunga yang purple tu :-)
salam kak orked,
kak orked ni pandai la tulis blog,
kem salam kat adik seri...
;-)
Naufal Wafiy ;-)
comel..suke seri!!!!
Post a Comment