Ini adalah blog peribadi Orked, Seri dan Lela. Tapi buat masa ni, Orked. Seri dan Lela masih kecil utk menulis blog. Jadi yang menulis ialah mummy dan daddynya.
Thursday, September 30, 2010
Sehari dalam Hidup Orked dan Seri
Video ni Mummy buat untuk Orked dan Adik Seri. Video ni ceritakan sebahagian daripada apa yg Orked dan Adik buat kat rumah hari-hari dengan Mummy. Hari-hari macam ni cuma berlaku masa Mummy cuti jaga Orked dan Adik kat rumah. Mummy dapat cuti 4 bulan, tapi dah nak habis dah. Lagi dua minggu Mummy dah habis cuti dah. Orked dan Adik kena tinggal dengan Mak Sofea masa Mummy kerja. Nanti Orked cuma boleh jumpa Mummy masa malam dan hujung minggu je. Sekejap je....
Hmm... Mula lah Orked nak sedih nih.....
xoxo
Orked
by Mummy
Saturday, September 25, 2010
Orked dan Mummy

Friday, September 24, 2010
Marang Kita
Bila Orked nampak je laut dan pantai, Orked terus excited. Ajak Daddy nak berenang. Tapi.... Sekali Orked pijak je pasir, Orked terus menangis kuat-kuat. Rupa-rupanya Orked takut pasir! Kena je pasir kat kaki Orked akan menangis. Pastu dah tak nak jalan. Daddy letak Orked kat tengah-tengah pasir, Orked nangis je, tak bergerak ke mana-mana pun. Heheh... Orked pun tak tau kenapa. Dari kecik macam tu. Masa kat Perth dulu takut pasir. Mummy ingat sebab Orked baru pandai jalan, tak stabil lagi, dan pasir pula tak rata. Tapi masa kat Penang pun takut pasir jugak. Dan sekarang, takut pasir lagi... Hm....
Lepas tu Mummy dan Daddy ajar Orked suruh Orked ulang-ulang cakap. Sepanjang masa Orked akan ulang-ulang, macam mantera pulak.
Pasir baik...
Lembuuuuttt jeee...
Haaaluuuusss jeeee....
Kalau jatuh tak sakit....
Jangan takut pasir....
Orked memang akan ulang-ulang cakap tu. Tapi.... Bila kaki terkena pasir, hilang semua mantera. Nangis jugak! Huhu... Lupa yg Mummy cakap pasir tu halus, jangan takut pasir. Hishhhh....
Tapi dalam takut-takut pasir pun, banyak gak Daddy dapat ambik gambar Orked yg cantik-cantik, kat kawasan yg takde pasir. Heheh... Mummy ada buat slideshow sebab gambar banyak sangat. Tengoklah ye? But of course, gambar nangis Orked tak bagi Mummy letak! :D





Orked harap lain kali bila Orked pergi pantai lagi, Orked dah tak takut pasir. Barulah boleh main pasir, timbus timbus badan dalam pasir, macam orang lain buat, kan?
xoxo
Orked
by Mummy
Tuesday, September 21, 2010
Raya 2010 - Muar
Dan destinasi terakhir kat Panchor ialah ke rumah Oyang lelaki Orked. Rumahnya tak jauh dari rumah Arwah Oyang perempuan Orked. Jalan kaki je. Oyang Sipon ni nampak garang orangnya. Tak tau lah betul-betul garang ke, nampak je garang. Orked kena tanya Atuk. Tapi, Orked tak berani nak pergi dekat sangat.
Gambar ni gambar 4 generasi - Oyang, Atuk, Mummy dan Orked dan Adik Seri.
Dan itulah aje program raya Orked dan keluarga kat Kampung Parit Jawa, Panchor, Muar Johor. Gambar-gambar ni hampir kesemuanya diambil oleh photographer keluarga Orked, iaitu Nenek! Hehhehe... Daddy pulak, dah jadi videographer keluarga. Tunggulah video raya kami dari Daddy nanti. Banyaaaaaakkkkk sangat lagi gambar sebenarnya. Nenek ada letak kat album facebook Nenek. Kalau nak bolehlah tengok.
Itu saje dulu.
by Mummy
Thursday, September 16, 2010
Happy Birthday Adik Seri...
Semalam Adik Seri dah pun selamat menjejaki usia 3 bulan. Alhamdulillah, sihat walafiat. Walaupun Orked selalu cium dan penyet dia, dia masih lagi berjaya menggemuk dan menyihatkan diri. Heheh... *sib baik*
Masa umur 2 bulan setengah hari tu, Adik Seri dah berat 5 kg. Sekarang ni dah lebih sikitlah kot. Pencapaian Adik Seri setakat ini ialah dia dah mula pegang dan main dgn tangan dia sendiri. Hihi... Apelah Adik Seri ni, baru sekarang dia sedar dia ada tangan! :p
Selain itu, Adik juga semakin petah "berbicara" kalau kita cakap dgn dia. Tapi bunyi yg keluar dari mulut dia setakat ini ialah "waaa' aaaa...." yg Orked pun tak tau apa maknanya. Kalau dia gembira, dia akan senyum. Kadang-kadang dia akan ketawa keluar bunyi. Best bila dia ketawa keluar bunyi sebab kalau tak keluar bunyi nampak kelakar. Ada ke dia ketawa menyeringai nampak gusi takde gigi sambil takde bunyi! Hahaha... Mestilah kelakar.
So, Adik. Kak Orked nak wish kat Adik Happy Birthday yg ke-3 bulan. Tunggu birthday yg ke-1 tahun baru boleh ada b'day cake ey?
Lots of love from
Wednesday, September 15, 2010
Raya 2010
Raya pertama Orked beraya di kampung Atuk Nang di Tementi, Pahang. Orked bertolak ke sana selepas Subuh. Tapi itu plan Daddylah, nak bertolak lepas Subuh. Last-last matahari dah naik baru bertolak. Yelah, Orked nak bermake-up nak pakai baju Raya je dah berapa lama dah... Tu belum Adik Seri dan Mummy lagi. :D
Sampai-sampai je, Daddy bawak Orked tengok kubur Nenek. Ini kubur Nenek Ros, Nenek yg Orked tak pernah jumpa. Bukan saja tak pernah jumpa, Nenek tak pernah tahu pun yg Nenek akan dapat cucu perempuan macam Orked. Daddy cakap, Nenek teringin sangat nak cucu perempuan sebab masa tu Nenek baru ada cucu lelaki saja, Abang Ippi. Tapi, umur Nenek tak panjang.... :( Tak sempat jumpa Nenek...
Ini keluarga Pak Long. Ada Pak Long, Mak Long, Abang Ippi dan Alip.
Yg paling best, main dgn Alip lah. Alip tua beberapa bulan drpd Orked. Tapi main dgn Alip Orked kena hati-hati sikit sebab Alip suka sakat Orked. Huuuu...
Kat belakang rumah Atuk pun luas. Ada macam-macam pokok Orked jumpa...
Abg Alip cakap, ini buah pisang. Eh, Orked tau lah... Macamlah Orked tak pernah makan pisang. Orked tak pernah tengok pisang kat tandan jee.... :D
Adik Umar dan Adik Seri tak boleh jalan lagi. Jadi diorang lepak kat atas kerusi je tengok orang lain main...
Dah penat main kat luar, main kat dalam pulak...
Posing tepi pintu satu!
Abg Ippi ajar Orked cara nak buat 'peace'. Hihi, baru nak belajar!
Itu sajalah dulu liputan Raya Orked. Nanti sambung lagi sebab petang tu semua beredar ke tempat lain pulak. Orked dan keluarga pergi ke Batu Pahat sebab esoknya nak beraya di Panchor, Muar pulak. Panchor tu kampung Oyang Orked sebelah Mummy.
Love from us, muah muah!
Orked
by Mummy (pictures by Mummy & Daddy)
Wednesday, September 8, 2010
Biskut Cornflakes Madu untuk Hari Raya
Hari ni Orked dan Mummy buat biskut raya. Lagi dua hari nak raya baru nak buat biskut raya.... Apalah Mummy nih.... Tapi, Orked ada sebab kenapa lambat sangat buat biskut raya ni. Nanti Orked bagitau...
Okey tuan-tuan dan puan-puan. Chef Orked nak sharekan cara-cara membuat biskut raya yg istimewa hari ini, biskut corflakes madu yum yum....
Mula-mula, aturkan papercups ke dalam dulang...
Lepas tu, letakkan adunan cornflakes bermadu ke dalam papercups tu. Pastikan tangan dah dibasuh ye, kalau nak guna tangan. Untuk resepi adunan cornflakes tu kenalah tanya kat Mummy saya sebab saya chef budak kecik je, tak boleh main api. Takpun, boleh google kat internet. Hehehe... Oh ya, untuk chef kecik macam saya, kenalah berdiri atas kerusi...
Pastu masukkan benda kecik berwarna-warni ni bagi cantik. Jangan letak terlalu banyak, nanti Mummy marah...
Bila dah siap semua macam ni, bakar dalam oven selama 5-10 minit. Kalau kecik lagi, minta Mummy yg buatkan ye? Oven hot!
Dan inilah biskut yg telah dibakar. Saaaamaaa je nampak! Ntah, lagi sedap kot bila dah bakar?
Sebelum dihidangkan kepada tetamu yg bakal datang raya kat rumah, pastikan tuan-tuan dan puan-puan rasa dulu biskut raya yg dibuat tu. Tak sedap maluuuuu! :D
Okeh, pass! Sekian dari dapur Chef Orked. Ini Orked nak buat tanda good, tapi tak pandai lagi. Hehehhe...
Kalau nak merasa biskut yg Orked buat ni, jemputlah datang raya kat rumah. Tapi jangan tunggu lama-lama, takut lesap. Biskut ni favourite Mummy nombor satu. Orked jamin, bukak puasa nanti suku Mummy telan. Heheheh.... Sebab tu la tak boleh buat awal-awal, nanti tak sempat raya! :D
Selamat Hari Raya semua....... Orked minta maaf kalau selama ni ada penulisan di blog Orked yg tak sesuai ataupun sakitkan hati sesiapa. Berhati-hati di jalanraya.
Tata titi tutu....
xoxo
Sunday, September 5, 2010
Photomama 02
Thursday, September 2, 2010
Orked dan Adik
Assalamualaikum...
Dah jarang ek Orked update blog? Orked dah tak tau nak cerita apa lah... Sebab hari-hari Orked buat benda yg lebih kurang sama je.... Buat notty.... Kacau Adik.... Mummy marah.... Tu je lah.... Hehehe....
Ni Orked nak share satu video. Tp ni bukan video Orked kacau Adik lah... Ni Mummy yg letakkan Orked baring dgn Adik... Depan tu Orked cuba nak nyanyi lagi I Love You, tapi belum pass lagi... Dan Orked mmg selalu macam ni lah.... Selalu nak cium Adik, tapi last-last Adik dan Mummy marah Orked sebab Orked cium sampai Adik sakit.
Tata... Titi... Tutu...
xoxo
Orked
by Mummy