Sunday, March 21, 2010

Orked Sakittt....

Assalamualaikum....

Lama kan Orked tak update blog, dah seminggu lebih. Selalunya setiap minggu sekurang-kurangnya sekali Orked akan upload. Orked sakit sebenarnya.... Dekat seminggu Orked demam...

Ahad malam lepas Orked balik kampung. Dalam kereta Orked muntah. Pastu malamnya kat rumah Atuk Orked demam panas, dan muntah lagi. Paginya Daddy dan Mummy bawak gi klinik, dan lepas tu petangnya balik KL. Dalam kereta suhu Orked tak tinggi sangat, cuma Orked monyok je. Makan roti pun sikit je. Malam tu Orked punya suhu naik lagi. Bila Daddy tengok guna termometer, rupanya suhu Orked sampai 39.4 degree C. Dah tuam dan dah bagi ubat demam pun tak kurang juga. Pastu Orked pergi klinik sekali lagi. Kat klinik pun 39.7 suhu Orked. Dr masukkan ubat kat bontot. Pastu barulah kurang sikit. Dr kata Orked demam sebab ada kuman kat tekak. Tekak Orked sakit juga. 2-3 hari akan turun naik suhu Orked, tapi tak yah risau, cuma kena make sure suhu tak naik tinggi sangat. Sampai hari Khamis jugak le Orked demam baik, demam baik. Tapi sepanjang masa memang moyok dan takde energy. Orked masa tu lebih suka melepek kat Mummy. Nak Mummy dukung, nak Mummy peluk, nak tido atas Mummy atau bawah ketiak Mummy je. Kalau Mummy takde baru Orked nak orang lain, tak pun dalam buai... Mummy pergi work pun kejap je masa tu. Ada hari yg Mummy ambik cuti terus, ada hari yg Mummy balik awal.

Hari Khamis petang, Orked macam dah sihat sikit, tak panas badan. Tapi tengah malamnya suhu Orked naik balik. Dah makan ubat dan tuam dgn air pun tak turun juga. Itu hari yg keempat Orked demam. Kalau ikut kata Dr, patutnya 2-3 hari dah baik. Dadddy dan Mummy dah risau. Kol 2 pagi hari Jumaat masa tu. Cepat-cepat diorang bawak Orked pergi hospital, ke emergency, sebab nak cek darah Orked sekali. Manalah tau, kena denggi ke, sebab tu demam Orked tak baik-baik. Bila sampai hospital, Dr kata nak wardedkan Orked. Kalau nak tunggu result darah pun kena tunggu beberapa jam. Orked pun dah beberapa hari tak nak makan dan minum. Jadi eloklah kalau Dr masukkan air dalam badan Orked.


Ni masa kat emergency room. Dr dan nurse ambik darah dan masukkan air dalam darah Orked. Lepas tu tangan Orked kena ikat dgn kayu, dua-dua belah. Sebelah sebab ada jarum, sebelah lagi sebab tak nak bagi Orked cabut jarum di tangan sebelahnya. Bijak jugak Dr ni eh? Mana dia tau ye?


Inilah dia rupa wad Orked. Masa Orked mula-mula masuk, sebelah katil Orked ada sorang Chinese boy. Mak dia kata dia pun demam jugak, dah seminggu demam, dan dah 2 hari kat hospital.


Ini hari Jumaat siang. Masa malam cuma Mummy je boleh tido temankan Orked. Tapi bila siang Daddy pun datang sepanjang hari temankan Orked. Kesian Daddy penat, sampai tertido atas kerusi temankan Orked. Dah lah semalamnya tak tido sebab bawak Orked masuk wad pagi-pagi buta. Sebenarnyakan, bila masuk wad, bukan Orked sorang je yg masuk, tapi 4 orang! Orked, Mummy, Daddy, dan adik jugak.... Ciannnn semua....


Masa kat sana Orked banyak rest je. Orked tidoooo je... Pastu bangus sekejap-sekejap. Bangun pun nak kena Mummy dukung atau pangku sebab Orked tak laratttt.....


Masa kat hospital banyak kali butang merah kat alat IV Orked berbunyi, sebab Orked tido berpusing-pusing, air tersangkut. Yg ni pulak, Orked tertarik tercabut. Nurse kena pasangkan balik.


Daddy kata masa nurse rawat kena beri kerjasama. Jadi, Orked pun beri kerjasama dgn tak nangis dan ikut je arahan nurse.


Sorry ye aunty nurse, sebab tertarik wayar ni. Lepas ni Orked berhati-hati. Orked boring tak boleh bergerak banyak bila pakai wayar ni.....


Dan ini ialah hari Sabtu pagi. Orked dah sihat tak demam! Alhamdulillah. Sepanjang hari Jumaat tu pun suhu Orked tak naik sangat. Cuma Orked takde tenaga sebab tak makan dan minum sangat je. Jadi hari Sabtu Dr kata Orked dah boleh balik. Yeayy.... Orked dah lenguh seharian terbaring je atas katil. Jadi sebelum discharged, Orked exercise jalan-jalan keliling katil tegangkan urat. Nak jalan jauh tak boleh sebab ada wayar kat tangan.


Lepas tu, berita yg dinantikan tiba..... Jarum kat tangan Orked dah boleh bukak, yeahhhoooooo! Maknanya, freedom! Orked akan boleh gerak jauh lepas tu.... Mula-mula bukak pita pelekat.... Berlapis-lapis sebab sblm tu dah tercabut sikit.


Orked beri kerjasama yg baik dgn duduk diam supaya tak ganggu prosedur bukak jarum.


Inilah jarum yg masuk tangan Orked. Ada satu tempat letak air, satu tempat ambik darah.


Salotep dan kayu dah takde. Tinggal jarum dan satu salotep je lagi. The last one to go.....


Dah takde jarum barulah Orked selera sikit. Minum milo sikit bagi sihat dan kuat. Emm.... Tapi sudunya kecik sangat. Camni sehari pun tak habis secawan.


Ini kawan katil sebelah Orked, Kak Zaara. Kak Zaara masuk lepas Chinese Boy tu pindah bilik. Kak Zaara pun demam, tapi lagi lama dari Orked. Selain demam Kak Zaara ada asma jugak. Kesian Kak Zaara.

Orked dah sembuh, jadi Orked boleh visit Kak Zaara. Orked nak hiburkan Kak Zaara supaya dia tak boring. Mula-mula Mummy Kak Zaara offer Orked pinjam mainan Kak Zaara dan main dgn Kak Zaara. Orked pun apa lagi, on je lah. Pastu Mummy Kak Zaara offer Orked makan kuih jugak, dgn Kak Zaara. Orked lagi sekali on je. Hehhehe....


Sebelum balik Orked kena settlekan bil hospital. Nasib baik Orked ada medical card Prudential. Orked rasa baguslah medical card tu, dia cover bil hospital Orked. Rasanya sikit je yg Daddy kena bayar sendiri, lain semua covered. Orked mmg suggest kat kawan-kawan Orked, kalau ada duit lebih, tak rugi invest kat medical card. Insya Allah berbaloi bila diperlukan. :)


Orked dah nak balik. Dah boleh jalan sendiri. Yeayy.... Gembiranya to be home. Alhamdulillah.


Sebab dah lama kena makan makanan hospital, Daddy bawak Orked dan Mummy lunch best. Tapi muka Orked moyok lagi masa tunggu makanan sampai. Eh, macam tak sihat lagi je nih?


Tak lah, Orked saje je buat suspens. Orked dah sihat dah lah! :D

Orked sebenarnya demam dari jangkitan kuman kat tekak. Mula-mula suspect denggi tapi darah Orked normal je. Cuma demam kali ni lama sikit dari biasa. Lama banyaklah dari biasa. Selalu sehari dua je kalau demam. Tu pun tak selalu demam. Tapi takpe, Orked dah makin tough lepas ni.

Pada semua yg tau Orked sakit, dan telah mendoakan kesihatan Orked, Orked nak ucap terima kasih, toche toche, thank you, arigato gozaimas....

Sekarang Orked nak pergi dapatkan Orked punya beauty sleep. Orked still needs to rest walaupun dah tak demam sebab energy dah banyak hilang.

Tata and nite nite all....
Muah....

xoxo

Orked
by Mummy

18 comments:

Afeeqa said...

alhamdulillah, orked dah sehat pun. orked kuat ! yeayyy!! ;)

hazel ruslan said...

alamdullillah...
orked dear, kene banyak rest tau....
lepas ne boleh main dengan riang....

weee huuuuu.......

.:fifi:. said...

SJMC ea?
mak ngn ayah saya kerj situ...
huhuhu

Fazlinil Irma said...

alhamdulillah.. orked dah sihat =)

Anonymous said...

Alhamdulillah,Orked dah shat.Cian Orked,mummy,daddy n adik.Msti sumer xckp rhat kan.Teringat kt Wardah,ank Auntie Liea.Wardah pon ade pnah msk ward sbb jgkitan dkt tekak.Msk ward 3 hari,tu pon lps demam on and off selama 4 hari.
Auntie Liea berdoa agar Allah berikan kesihatan yg baik kpd Orked,Wardah serta semua baby2 di luar sane.Amin...

strawberi said...

alhamdulillah orked dh sihat,...sure mummy ngn daddy sedey masa orked tak sihat kan..cian tgk orked kena cucuk masuk jarum...huhu..orked mmg good girl :)

cikbedahlaser said...

yeayyy orked dh sihat....

alhamdulillah.. mummy pon dh leh tersenyum riang....
kakak orked kena kuat pasni... xlm lagi ade adik plak.. kan kakak kan..

Anonymous said...

sian orked..
but alhamdulilah...semua nya selamat.

orked banyak2 rest tau

ratna said...

alhamddulillah orked dah baik.. selalunya kalau ada jangkitan di tekak atau pun tonsil, suhu badan akan naik jadi panas sgt hingga mencecah 39-40c. anak saya ada tonsil..kalau tonsil membengkak, jaga2 la.. demam mesti panas menggiler.. time tu kena la letak sapu tangan yg dah dibekukan dlm peti ais..letak kat bawah ketiak.

Anonymous said...

Btul tu Auntie Ratna..Kalo kna tonsilitis,msti suhu bdn akan naik mndadak..Demam pon akn on and off berhari2..Doktor akn cdgkan agr kite bg mknan yg sjuk2 spt aiskrim @ mnuman sjuk spt Vitagen dll utk cptkan tonsil itu mengecut..Ciannyer kalo ank2kcil yg tkena jgkitan tu..Kalo yg dewasa pon xlarat mnanggung skit,apetah lgi ank2 kcil kite.MasyaAllah...Auntie Liea hrp ank2 kite akn sht walafiat sntiasa..

mOOn said...

ciannyer orkid... semoga cepat sembuh yer.. rindu nak tengok orkid posing2 lagi..

Orked said...

thank you aunties semua.... a'aaa orked dah sihat... best jadi orang yg sihat, boleh main-main dgn penuh tenaga! :D

aunty fifi: ha'ah, sjmc, skrg sdmc. ayah dan mak aunty/kakak keje bahagian mana?

aunty liea: ye ke anak aunty pun penah kena cam orked? cian kat kitorang kan? tp yg penting dah sembuh dgn jagaan mummy, daddy dan doktor masing2 kan? :)

aunty ratna & liea: ha, tulah... mmg demam orked naik mencanak2 masa sakit tu. pastu sakit tekak. mummy paksa minum air pun orked minum sambil nangis2 sebab sakit. uhuuu... tapi bila mummy bagi makan aiskrim sundae mcd, phuh, lebih separuh orked telan tanpa sebarang komplen! hahahah...

Biqque said...

nanti orked sihat, orked try la beli jelly drinks dari aunty ye :D

http://biqclozet.blogspot.com/

et said...

salam...
seronoknyer dapat tengok ORKED dah sihat...
aunty et doakan orked sihat selalu sebab aunty suka sgt baca blog oked..huhuhu

Aunty Bard said...

Alhamdulillah Orked dah sihat....rest banyak2 ok dan makan banyak2 healthy food :-)

Auntyjid said...

Siannnyaaaa Orked.... demam rupanya... tp still mentain comel walaupun monyok... :-)

orked kan supergirl... tentu Orked kuat lawan segala sakit, kan..

syukurrr alhamdulillah orked dah sihat. pasni rehat cukup2 tau...minum air byk2..

auntie anyah said...

alhdlh...orked dah sihat....sian orked kene cucuk jarum.....takpe..orked akan lg kuat lepas ni nk jg mommy n adik orked...takecre orked

HOn3YB33 said...

alhamdulillah..orked dah kembali sembuh..sedihnya tengok banyak sangat jarum kat tangan tuh..kecik2 lagi dah masuk spital macam tu..orked..jaga kesihatan tau..sayang orked..!!