Friday, May 15, 2009

Kemalangan kenderaan 8 tayar


Semalam Orked main-main walker. Kaki Orked dah jalan elok dah sekarang. Kalau bertatih dulu kaki terlipat-lipat tapi sekarang dah ok macam kanak-kanak berjalan dah. Daddy selalu worry pasal Orked masih belum ada sense of height. Orked tak tahu sesuatu itu tidak sama level dan boleh menyebabkan kemalangan. Semalam masa Orked main-main walker...tiba-tiba walker Orked yang 8 tayar tu terbalik kerana jatuh kat tempat yang ada edge yg tak level. Then dahi Orked terkena lantai sikit. Mummy dan kawan mummy kelam kabut bawak Orked gi klinik, daddy pun terus jer pecut kereta nak tengok Orked. Sakitt....

Daddy dgn mummy risau sangat kalau ada brain shake syndrome. 1st thing Doctor kata, kalau dalam 24 hours ni Orked ada muntah, terus jer bawa ke hospital. Daddy dah prepare semua insurance policy dan card kalau tiba2 malam semalam Orked muntah boleh terus lari ke SJMC. Alhamdulillah, dah hampir 24 jam, Orked masih lagi sihat dan cuma dahi Orked bertampal sikit dan kesan luka tu sebesar 1 cm. Bermakna, tiada brain shake ataupun skull crack. Lepas tu terus daddy bawak Orked dgn mummy ke Alamanda nak belikan baju sejuk Orked. Tapi Poney winter collection dah return huhuhuh...tingga sekarang yang spring collection. Tapi Orked ni kan orang melayu, kalau nipis2 pun masih lagi sejuk kat sana tu. Masa tu daddy ada test Orked, daddy banyak agah-agah Orked sampai Orked ketawa terkencing-kencing. Then daddy cakap....

"Bijak anak daddy, dah sihat dah ni...dah tak sakit, be a good girl ye..."

Kesian daddy dan mummy, Orked dah taknak nakal-nakal lagi. Orked nak dengar cakap daddy dan mummy lepas ni. Ini bukan sebahagian dari latihan fizikal Orked untuk ke Europe, tapi ini satu kemalangan. Orked jugak nak pesan kat mummy2 semua, kalau anak-anak aunties semua main dengan sesuatu yang kita tak rasa bahaya pun, kemalangan boleh berlaku kalau tak diawasi. In the end, kami ni kanak-kanak yang belum mumayyiz lagi, jadi tak tahu mana bahaya dan mana yang tidak. Aunty2 semua tengok2 lah baby masing2 ek. Orked nak rehat kejap, semuanya dah OK dah sekarang. Nothing serious semua. Babaii...

ORKED

16 comments:

DYLA said...

alahai orked...sian dahi orked. sakit lagi tak?

tp aunty tau, orked kuat kan.

lain kali hati2 tau orked. then dgr ckp ibu & ayah. jgn nakal2.

slamat melancong tmpt org. bwk balik gmbr cantek2 k.

mmmuaaahhh sket utk orked yg tomey!

Cahaya said...

ala...sianyer budak comey ni xcident plak..Ok lain kali orked kena hati2 tau:-)
Orked len kali g alamanda bgtau la aunty....teringin nk jumpa orked ni:-)

naf said...

kuss semangat aunti baca..orked orked.

hehhee

have a nice trip dear!

p/s: to daddy, polisi takyah bwk gi spital, tunjuk kad aja.


-love from auntie Nafisah& Uncle Nizam-

Ajzie said...

Orked bolehhhhhhh...

misz beauty said...

alalalaaaaa cian orked cayunk nih.... aunty beauty doakan semuanya2 baik2 belaka sampai waktu orked melancong dan blk malaysia nnt ok.... ;-)

Whitelab Maira said...

Sya Sya kembar tak rasmi Orked pun pernah jatuh macam ni...with the waker..trus Auntie TEGAH tak mau da dia naik walker..

Nasib baik tak luka macam Orked sebab Auntie sempat sambut...leka sebab bukak pintu tak sedar dia ada kat belakang Auntie..semua orang nak luruh jantung bila Sya ngangis jerit-jerit. Alhamdulillah Doktor Kanak2 Sya di Hospital Pantai kata tak ada ape.

Sekarang dia berdiri tak ingat dunia ni..more than 20 minits tak lama lagi nak berjalan. Letih la Auntie...

Nenek Orked said...

Sedihnya nenek tengok muka Orked dengan plaster didahi tu. Kesian cucu nenek sayang ni.

Nenek Orked said...

Esok Orked nak berjalan jauh. Nenek ucapkan selamat pergi dan selamat kembali. Jaga diri baik2, enjoy tapi keselamatan mesti diutamakan sentiasa. Nenek sayang Orked sangat2.

AuntyJid said...

MasyaAllah... Mujur Orked tak apa-apa. Moga Orked cepat sembuh yer... Pegi Europe baik-baik tau...

My Kids Stories said...

ala kesian Orked, cepat2 sembuh nanti nak gi jalan2.

zamzarina said...

alhamdulillah orked tak ade ape2.
bahaya baby kalau jatuh.. tapi semua org tahu orked kuat. cayok2!!!
lain kali hati2 tau jgn lasak2 sgt sian mummy daddy. selamat bercuti orked. bestnye dpt tgk negeri org. jgn lupa kasi kami tgk gambar yang best2 tau orked.

Aunty Bard said...

alahai cian ORKED....risau aunty bila dahi tu luka, seram sejuk gak aunty rasa ni....take care tau ORKED and hope cepat sembuh.

Enjoy your holiday...mesti ORKED dah sampai at yr 1st destination ni...muah muah!!!

Anonymous said...

My kids' paed discourages the use of baby walker..


http://www.chiroweb.com/mpacms/dc/article.php?id=15476

http://www.pediatricservices.com/parents/pc-21.htm

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/10533994

Anonymous said...

ciyaannnnnnnnn..........

Anonymous said...

Hi! orked, ini auntie zu. from jb. kawan mama masa kat cambridge dulu. ni kali pertama auntie nak bagi komen kat blog orked.

siannn... orked. sib baik takde kecederaan parah...

orked dah boleh jalan ke belum. anak auntie yang sama age ngan orked (fahmi) masih dok berenang lagi. lum boleh jalan. merangkak pun belum lagi.

-auntie zu-

sumijelly said...

ooh..kerana walker rupanya dahi orked sakit...
cian orked...

x per...kalu x luka, bukan orked namanya..
hehehehe.....