Friday, April 17, 2009

Orked dah ada Education Plan - Ini bukan iklan insuran


Orked sekarang dah ada insuran dan education plan. Daddy cakap, ini adalah sebagai upah Orked kerana tolong daddy jadi model photomama. Daddy taknak nanti kalau apa-apa jadi pada Orked, daddy dgn mummy kena keluar masuk TV dan suratkhabar untuk kutip derma. Jadi dari sekarang daddy dah buat tabungan untuk Orked.

Daddy cakap nanti Orked besar, daddy taknak Orked mintak biasiswa ataupun pinjaman-pinjaman pelajaran macam daddy dulu. Daddy dulu orang susah tapi Orked tak susah macam masa daddy kecik dulu. Jadi kalau Orked nak jadi Doktor nanti, Orked boleh pilih universiti yang paling baik. Daddy dah belikan Orked insuran ni dari umur Orked 2 bulan lagi. Cuma baru hari semalam daddy bawak balik polisi tu kat rumah untuk tunjuk kat Orked. Orked ambik kad biru tu terus masuk dalam mulut...nyummmyyyy...thenkiu daddy!

THUMBS UP kepada family insurance counsultant orked. Diorang baik sangat, tiba-tiba rasa nak promote uncle Nizam dan Auntie Nafnaf kat orang yang baca ni pasal diorang bagus dalam perkhidmatan diorang. Insuran agent lain kadang2 dah close-deal jer lepas tu terus tak nampak dah batang hidung. Kalau mommies lain nak belikan education plan utk baby sendiri boleh lah call diorang 0172519196. Ni Orked tak dapat komisyen pun. Cuma kalau orang tu bagus kita patut cakap kat orang lain. Kalau orang tu tak bagus...kita kena cakap kat orang tu terus (jgn cakap kat orang lain).

Semalam daddy Orked masuk court, kes biasiswa daddy dulu. Bukan apa, daddy dulu miskin...atuk dgn nenek tak ada duit nak masukkan daddy kat Universiti, jadi daddy kena kerja dulu sebelum masuk universiti. Bila tawaran datang terus dapat dengan biasiswa sekali. Kemudian daddy buat Arts kat universiti tu, tapi penaja daddy bagi surat tawaran kerja sebagai "JURUTERA IT". Langsung takde kena mengena. Orked pun takut kalau pakai duit biasiswa hantar Orked buat medic lepas tu nanti kerja jadi "Jurutera" ataupun Pegawai Pemasaran. Daddy dah 6 tahun merayu supaya dilepaskan oleh penaja kerana penaja telahpun melanggar kontrak. Tapi tak selesai tu yang daddy rujukkan perkara tu ke mahkamah. Orked taknak jadi macam tu...nasib baik daddy Orked fikirkan masa depan Orked. Nanti Orked dah besar Orked nak masuk universiti mana-mana yang Orked layak.

Kesian daddy dan mummy kerja kuat untuk Orked. Daddy selalu tidur lambat. Pukul 2-3 pagi baru tidur lepas tu bangun awal. Tu lah Orked dah kurang nangis malam-malam dah, nanti daddy dgn mummy bangun kesian diorang. Cuma kalau Orked lapar jer orked nangis.

Oke lah semua, nanti kita sembang lagi ek. Byee

ORKED

14 comments:

Mawaddah said...

bagusnye.betul jg tu.tabungan masa depan orked,berbaloi.ooo orked sekarang sume benda suke masuk mulut ye...nyum..nyum..

-iLLa- said...

wahh sama laa orked....

KAK RAINBOW said...

bagus laa orked dah ada insuransn education :)

Lissa Ahmad said...

auntie lissa pun ambik plan yg sama utk indah.. memang senang.. servis pun OK. :)

cikJintan said...

Intan

jadi kan datang Cambridge? jangan lupa nanti dtg rumah or at least meet up somewhere...

tak sabar nak cubit pipi orked!

Munirah Abd said...

wahhh bagus2x..nnti akk ada anak nak amik gak arr plan mcm ni..sng..xyah nak amik biasiswa agi...heheheh

Orked said...

sufee, jadi... jadi... tiket beli dah...

NanyFadhly said...

Hmm..
kalu yg SSPN tu utk PTPTN kan?ape beza ngan yg ni yer??

Aunty Bard said...

yea yea....aunty pun insurance melalui khidmat consultant sama macam ORKED, prudential :-)....sama2 kita menabung ok ORKED

Diver Mom said...

oh.. x ambil yg Cerdik punya plan...?

mommy-to-be said...
This comment has been removed by a blog administrator.
O said...

baguz menabung dari awal..
untuk masa depan jugak =)

Jijah said...

congratulation to abah & mummy ORKED! pilihan ynag tepat! kami satu keluarga pun covered by prudentioal daripada education - mediacal plan semua tip top!

nafnaf said...

auntie Naf la , bukan Auntie Zaza...Papa Orked ni...hehehehe