Wednesday, April 8, 2009

Orked ke France


Ok semua orang nak tahu ke Orked pegi mana lepas pegi wedding uncle Tarm? Hehehhehe....Orked pegi FRANCE lahhh. Tapi France yg kat cawangan Pahang jer pasal daddy cakap Orked dah pegi france dah dulu tapi masa tu Orked masih dalam tummy mummy lagi. Belum boleh feel lagi, tapi Orked ada bukti pasal dalam gambar mummy dan daddy kat Paris semua perut mummy buncit pasal bawak Orked.


Ini lah France yang orked pegi. Orked pegi Colmar Tropicale. Daddy cakap kat France ada tempat nama Colmar, macam ni lah cantik cuma kat sini panas, kat sana sejukkkkk. Orked pun tak tau sejuk macammana, tapi nanti daddy cakap bulan depan nak bawak Orked pegi Germany pulak...beshhhh nyaaa!


Tapi sebelum tu, daddy bagi Orked satu syarat. Syaratnya Orked mesti kena pandai berdiri sekurang-kurangnya. Kalau tak nanti daddy asyik ambik gambar Orked meniarap dan berbaring jer. Boring daddy cakap. Walker pun daddy cakap takleh bawak pasal besar sangat.


Orked practice lagi sampaiiiii lah Orked berjaya. Takpe daddy, Orked akan buktikan Orked boleh berdiri sendiri sebelum pergi Germany nanti. Jangan tinggal orked pleasee daddy pleaseeee...



Selain tu, Orked juga kena kuat tulangnya, jadi daddy suruh mummy buat test kepada tulang-tulang Orked. Betul kata paed Orked punya tulan dah kuar kerana Orked minum susu yang palingggggg baik. Daddy cakap, nanti nak pegi Germany daddy akan bawak "kantin" Orked sama supaya Orked mendapat makanan yang cukup heheheh.

ORKED
(Tukang taip : Daddy)

21 comments:

wan muliani said...

ish orked mane kasut?nant msk cacing dlm bdn..hehehe

orked kene hayun mcm buaian..comel sgt!

untung orked kecik2 lg da jejak kaki ke oversea..auntie yani ni da 24tahun belom pnh pg mane2 lg..hehehehe

Orked said...

auntie yani, dulu daddy orked pun umur 26 tahun baru lah dapat jejak kaki gi obersea. Tapi daddy orked kerja kuat, orked dapat jumpa daddy kejap jer. Kesian daddy Orked

cikJintan said...

isk... orked ni commel la intan... rs cam nak gigit2 jer.. dah la pandai posing.. heheheh

dah mai Cambridge, jgn lupa mai umah auntie yek.. tp umah auntie unfurnished...mesti orked buleh main sebebas2 nyer... hehehhe

Ajzie said...

hi Orked..
selamat dtg ker germany.. Auntie ada info pada daddy orked tempat2 yg best dan menarik. Kalau ada masa pergi la ke Jungfrau(Top of europe tau orked) di Alpen,Interlaken,Grinderwald dan Rheinfal. Sure Orked suka.
Dan jgn lupa makan bredzel di germany yea.. Sedap dan pasti orked suka.. Susu orked kena bawa supply la dari Msia sebb di Germany tak de susu formula mcm di Malaysia tau..

Munirah Abd said...

chaiyok orked...

berlatih sungguh2x ye...hehhehehe

Mawaddah said...

waa aunty tertipu.ingat betul2 tadi.hehe pandainye orked ye.orked, sangat comel.

misz beauty said...

orked pegi tak japanese garden?? pakai kimono... mesti comel orked pakai kimono... =)

Aunty Bard said...

yang aunty suka pasal ORKED ni ialah ORKED murah dengan senyuman. cute sangat dengan pipi yang tembam tu macam pipi mummy :-)....take tau ORKED ke germany nanti....mesti semua orang rindu kat ORKED nanti...

Mama Azif & Ariz said...

Hai.. Orked!! nie Aunty Nurul. Mama of Ariz. Ingat tak kita pernah jumpa kat rumah Aunty Zaireen. Ariz same age ngan Orked Ariz lahir 30th Aug... :) Waaa.. orked dah ada baju kurung! comelnyer.. Orked mcm dah nak jalan je aunty tengok. Ariz baru nak cuba2x nak duduk!..

ana said...

hi orked yg cumell..nanti pjuk la mummy buat soalan yg sng2 utk final exam ni eh..nnt kak ana blanje orked coklat ok?

littlemama said...

Salam orked. Saya izzah. Kita penah jumpa masa photoma. Bestnya nak gi german.

siti zubaidah said...

comelnya orked..makin hari makin comel...geram auntie tgk..auntie pun pengunjung setia blog orked...sebab orked comel..

reen said...

comel orked berbaju kurung...lebey2 lg waktu mama dukung nmpk peyut tu...:)so sweet

Puteri Satu said...

comelnyeeee....

kawan gegirl mcm awak :) said...

orked .. nenek kita kata tak elok mama awak angkat awak cara gitu gmbr last tuu) sebab boleh nyebabkan budak tinger torek nanti.. tp kita pon tak tau sejauh mana betulnya..

hehehe saya bitau ajer.. :)
apa2 pon awak mmg comel!

Orked said...

kawan gegirl, cuba jumpa paed gegirl mesti dia cakap ok punya. Orked dah mula lift on hand sahaja masa umur 4 bulan. Umur 5 bulan dia dah boleh grip finger sahaja utk angkat. Good for her psycomotor skill. Umur 7 bulan jer, dah boleh swinggggg...wooosshhhh! - Daddy Orked

Orked said...

aunty sufee, nanti kita jumpa kat cambridge ye?

aunty ajzie, tq bg info. orked dah excited ni nak pergi germany

ariz, orked tgh belajar berdiri ni. nanti boleh ambik gambar berdiri

aunty beauty, tak pergi japanese garden, lenkali baru pergi

kak ana, mummy kata soalan senang je

hi izzah, dah join photomama ye?

mOmmy of Triplets plus One said...

haah betul...budak are much stronger than we think. orked bleh gang dgn harith, athirah n uzair...sume mmg suke kena lambung dan swing2.

tp to parents yg nk buat tu jgn lar buat secara mengejut..mmg lar tesentap tgn. make sure the kids know to expect yg die akan dilambung

p/s: tgk lar gmbar header blog saya, gmbar anak2 kena swing oleh daddynye and gambar tu daddy orked yg snap =)

Unknown said...

hai...salam kenal..kalau tak silap, u all yg kuar kat magazine PA & MA kan???change link...:)

AuntyJid said...

hi Orked,

Rindunya nak baca cerita Orked. Aunty Jid kena pegi kursus seminggu takleh keluar kem. Malam ni baru balik rumah dan dpt baca cerita Orked. (",).

Wooo... pegi Colmar rupanya. Orked tak pergi rabbit farm sekali ker? (",).

Cantiklah gambar Orked bergayut kat tgn mummy tuh!! Nampak Orked happy sgt! (",)

Cahaya said...

cantikyer baju orked..ada bunga kecik2
comel bile orked berbaju kurung..macam anak dara sunti plak aunty tgk..hehehe