Monday, April 13, 2009

Aktiviti Hari Sabtu

Jumaat malam Orked demam. Mummy bagi makan ubat sebelum tidur. Paginya Orked dah baik.




Tengaharinya Orked pergi Kelang untuk wedding Aunty Shaf dan Uncle Sham. Mereka berdua ni kawan kerja Mummy. Malangnya dalam perjalanan badan Orked demam balik. Kat wedding pun Orked masam je. Orked tak larat nak senyum-senyum macam biasa. Dalam kereta Mummy bagi ubat lagi supaya Orked cepat sembuh. Dalam perjalanan Orked tido je supaya cepat sembuh.




Bila Orked buka mata, tengok-tengok dah sampai kat rumah Nenek. Orked pun dah baik demam. Mula-mula sampai, hujan lebat. Jadi Orked main dengan Nenek dan Atuk kat dalam rumah je. Bila hujan berhenti, Nenek bawa Orked tengok garden dan wakaf Nenek yang baru. Cantik. Nanti besar sikit lagi boleh lari lari kat situ.




Tapi malamnya bila sampai rumah, Orked demam balik. Orked dah tak larat nak angkat kepala. Orked lentok je kat bahu Mummy. Kalau waktu sihat, Orked takde la nak lentok-lentok ni. Orked mesti nak pusing-pusing, gerak-gerak, lasak kalau Mummy peluk. Tapi time demam ni lah time untuk manja-manja.




Hari Ahad Orked up and down, demam dan sembuh dan demam dan sembuh dan demam lagi. Tapi, masa menulis ni, Orked dah tak demam lagi dah, dah sembuh. Alhamdulillah.



Orked
by Mummy

18 comments:

hasiahkadir@yahoo.com said...

Kesiannya cucu comel nenek ni. Lekas sembuh ya sayang . . . . . sembuh betul2 tau. Nenek rindu Orked sangat.

lieza said...

sian ye orked deman..semoga orked cepat2 sembuh ye...Comel sgt orked ni..geram tgk...

Anonymous said...

Dr,
Tak silap yang kawin tu dr. shafreza ke..yg dulu pun tutor mcm dr. kat upm dlm tahun 2002, pastu dr. dan dia sama2 sambung study

Munirah Abd said...

orked demam nak besar tu..heheheh

MamaFarhanFarhana said...

Sian orked demam.. and alhamdulillah dah sihat.. Take care ye Orked tamah2 dgn keadaan cuaca yg x menentu.. Smile and happy always..

Unknown said...

orked demam, amsyar pun demam..since mlm jumaat jugak...kali ni demam paling teruk,suhu cecah 39dgre 2st day tu.hari ni masih tinggal demam skit2.sian kan tgk baby kita lemah jerk..lentok, merengek manje2 gitu..baru la nk sebut "ummmi...,ummi...".org tua kata, nk menginjak beso mcm tu la...

wan muliani said...

alallaa shian die...xpe y penting dah sembuh...thanx to mummy n daddy y jg orked..hehhehe tah pape la pulak

Aunty Bard said...

alahai cian ORKED demam....tapi tetap maintain comel....rajin2 makan ubat tau supaya betul2 sembuh. cantik baju kurung ORKED. nenek jahitkan ye....take care ORKED!

intanmaria said...

ala ciannya dia demam...

oked dapat tag tau
grab it at blog aunty

buat bila dah baik tau..

Miss Moon said...

misti pas nih orked dapat / boley buat benda baru ..

org org tua kata biasa nya demam sebab tew ..kadang ada betulnya jugers ..ke orked nak tumbuh gigi

AuntyJid said...

shiannya Orked.. demam nak tumbuh gigi kot nih... semoga cepat sembuh yer....

misz beauty said...

tak dapat jugak jumpe orked... uwaaaaa sedih betul =(

aunty beauty kene pegi kursus kat melaka... semat pegi kenduri kat serdang je.... =(

ibu@nadia-arif-najiha said...

congrate auntie shaf......
ciannya orked.....cepat sembuh ok

Cahaya said...

hai orked..cianyer budak comel ni demam ye..
aunty doakan orked cepat sembuh...boleh bergerak aktif lepas ni..demam nk berjalan kut:-)

Eli said...

congrats aunty shaf! thanks to mummy orked sbb upload gambar aunty shaf kawen..dapatlah aunty eli kat sini tgk gambar pengantin baru! =) mintak tolong mummy orked sampaikan salam tahniah kat pengantin ye? =D

AleyaSofea said...

AbahAleya Menulis:
orked demam nak dpt jurus baru tu,
bila baik nanti mesti dia buleh lari sambil SMS heheheh:)

tak dilupakan juga salam pengenalan
dari abahaleya.
First time sini,
cantik pic:)
Follow yer^^

Mummy Adriana said...

Auntie Seyla to mummy Orked :

Thanks sbb visit my blog..


Auntie Seyla to Orked :

Orked jgn lupa ajak mummy vote blog auntie yer..how to vote?? just vist my blog..kat situ ada ckp..


Auntie Seyla to AbahAleya :

mmg la suma pic orked cantik..daddy dia kan 'otai' dalam dunia fotografi nih..

Anonymous said...

orked demam nk tumbuh gigi kot..kak long, orked dh ada gigi??