Thursday, April 29, 2010

Orked Marhaban

Jom dengar Orked marhaban. Ada can nak jual single tak? Hehehhe...




Orked masa ni tengah good mood, nak menyanyi-nyanyi. Maklumlah, hati gumbira. Nanti nak tidokan adik, Orked boleh nyanyi lagi ni. Tapi tengah-tengah nyanyi ada Orked tercakap "Hello" sebab Mummy rakam guna handphone. Kalau cakap kat handphone kan kena kata "Hello". Orked terconfused sebentar masa rakaman. Hehheheehh....

Masa rakaman ni Orked tak hafal lirik habis lagi. Baru hafal baris pertama je. Ulang-ulang yg tu dulu lah ye?


Marhaaaabaaannnnnnnn ya Nurul Ainiiiii.....


Much love


Xoxo

Orked

by Mummy

Sunday, April 25, 2010

Orked Pergi Park

Semalam Daddy bawak Orked dan Mummy jalan-jalan kat park. Kami pergi ke Taman Tasik Perdana. Orked seronok sebab turun je dari kereta, Orked dah nampak playground. Wah, excited betul. Rambang mata Orked tak tau nak main mana satu dulu. Kejap nak main buai, kejap nak main slide, kejap nak panjat-panjat tangga. Uih, mmg rambang lah. Daddy pun ada ambik bannnyaaakkkk gambar Orked. Tapi malam ni Orked upload satu dululah utk share dgn auntie-auntie dan kakak-kakak semua. Nanti lain kali bila Daddy tak penat Orked minta lagi untuk share dengan semua ye?


Yg ni masa Orked naik buai. Mummy kena tolakkan sebab kaki Orked tak sampai tanah lagi nak tolak sendiri. Orked sukaaaaa sangat naik buai sebab banyak angin... Lagipun rasa bessstt je hayun laju-laju, tinggi-tinggi.

Daddy, thank you sebab bawak Orked pergi park. Nanti kalau ada masa Daddy bawak lagi ye? Love you lah Daddy


Muah muah

Love

Orked

by Mummy

Friday, April 16, 2010

Watchaaaaaa

Masa Daddy bukak beg balik dari Moscow hari tu, Orked pun korek-korek lah beg Daddy, kot kot ada benda best boleh main.

Sekali Orked jumpa nih, sarung tangan orang eskimo....


Tapi nampak macam sarung tangan orang gusti jer.

Watchaaaaaa....! Siapa yg dekat dia kena!


Selamat hari jumaat! Weekend ni buat apa?
Tata
Muah muah
Orked
by Mummy

Tuesday, April 13, 2010

Daddy is Hooooommmmmeeeee!

Yeeeeaaahhhhoooooooooo!!!!!!

Sabtu pagi lagi Daddy dah balik sebenarnya, tapi Orked tak sempat nak update kat blog Orked. Yelah, Orked busy. Busy bergelak ketawa dan bergeletek dgn Daddy. Hi hi hiiiii.... Geliiiiii........!



Dah Daddy, jangan pergi keje lama-lama lagi tau! Kalau nak outstation pun satu dua malam je sudah. :p
Love love,
Orked
by Mummy

Thursday, April 8, 2010

Sambut Birthday Cik Yana

Hari ni birthday Cik Yana...


Kek ni bukan Orked yg beli, dan bukan Mummy juga yg beli. Kawan Cik Yana yg bagi. Nampak tak ada kesan colek kat atas kek? Kerja sape lagi kalau bukan Orked. Baru je Mummy nak keluarkan dari kotak Orked dah dapat dulu....! :D Heeee


Inilah dia Cik Yana Orked yg suweeett itu! Cik Yana ni adik Mummy.


Orked dan Mummy nyanyikan lagu Happy Birthday utk Cik Yana. Itu yg benar. Tapi dalam gambar ni nampak macam Mummy dan Cik Yana yg nyanyi lagu Happy Birthday untuk Orked kan? Hhehehhe.... Ilusi optik je tu. :p


Nenek pulak nak nyanyi, tapi tak de geng, sebab geng sibuk nak merasa kek. Yummy....!


Lepas tu kitorang pergi makan malam kat Restoran Tupai Tupai, makan buffet steamboat.


Ada banyak makanan boleh pilih, sedap! Harga pun tak mahal. So, orang yg belanja tu tak le pokai. Hehehhe....


Orked, of course le nak makan sendiri, tak nak orang suapkan. Mana best suap-suap, Orked dah besar. Nak dapat adik dah pun. Kena berdikari.


Tapi tak pro lagi. Jadi, comot sikit lah. Comot banyak sebenarnya.


Lepas makan: kenyang perut senang hati!


Dah nak balik, babai!

To Cik Yana,

Happy birthday Cik Yana. Semoga dipanjangkan usia, dipermudahkan segala urusan, dan stay suweettt ya! Orked loves you.

On the other note, Daddy sekarang dalam on the way balik dari Moscow! Yeahhhoooo... Tapi Sabtu pagi baru Daddy sampai sebab kena transit 18 jam kat India. Kena stay kat airport pulak tu, tak boleh keluar. Ntah apa lah Daddy nak buat lama-lama kat airport tu. Tengok blog Orked lah ek? Hhehehe....


Tata n nite nite

xoxo

Love
Orked
by Mummy

Thursday, April 1, 2010

Niteeeeee

Dear Daddy,

Orked dah nak tido ni... Daddy nanti jap lagi pun dah nak tido, kan? Ke Daddy kena edit gambar dulu? Hari ni Orked dan Mummy tido awal sebab Mummy dah ngantuk. Semalam Orked demam jadi Orked tak lena tido malam. Orked tak lena tido malam = Mummy pun tak lena tido malam. Tapi tadi siang Orked dah tido kat rumah Mak Sofia, tapi Mummy tak boleh tido kat office sebab Mummy ada banyak kerja.


Ini Snowy atau nama manjanya Owyyy.... Orked suka main dgn Owyy. Owyy ni lebih besar daripada Orked tapi Orked larat heret dia ke sana ke mari.

Oklah Daddy, Orked tido dulu ye? Daddy takde terpaksalah Orked peluk Owyy je....


Niiiitteeee......

Love u and miss u and wanna hug u Daddy....
xoxo
Orked
by Mummy