Tuesday, November 9, 2010

Daddy Orked Menang!

Semalam Orked pergi Panggung Bandaraya, kat Bangunan Sultan Abdul Samad depan Dataran Merdeka tu. Sebabnya, Daddy Orked ada award night. Daddy jadi salah seorang finalist untuk AYA Awards 2010, dalam kategori Asian Youth Ambassador's Most Outstanding Youth of 2010. Mummy, Orked dan Adik Seri semua pergi untuk support Daddy.


Ni masa menunggu kat luar, kat lounge. Orked baca buku program. Ada gambar Daddy besar kat dalam tu. Mummy tak ambik banyak gambar sebab Daddy tengah buat sound check kat dalam dewan.

Majlis tu start dengan persembahan nyanyi-nyanyi sket. Best jugak. Orked tepuk tangan sama-sama masa orang lain tepuk tangan.

Lepas tu ada bagi hadiah untuk kategori Youth Friendly Company. Hadiah yang ni dimenangi oleh AMCHAM-MACEE.

Lepas tu ada talkshow pulak, Chin Up oleh Kenneth Chin. Semua finalist AYA kategori yg Daddy tercalon naik ke pentas untuk talkshow tu. Daddylah salah seorang daripadanya. Masa Daddy bercakap, riuh rendahlah jugak dewan ketawa dan tepuk tangan dan oohh aaahhh. Apa ntah cerita lawak dari Daddy. Orked masa tu dah separuh sedar sebab dah ngantuk sangat... Tak dapat nak join audience yg lain. Tengoklah gambar kat atas tu, khusyuk semua orang dengar Daddy cakap.

Lepas tu, tibalah saat yang dinanti-nantikan, pengumuman keputusan. Semua finalist berdiri kat atas pentas tunggu pengumuman. Masa ni mesti Daddy tengah dup dap dup dap kan?

Dan pemenangnya ialahhhhhh..........





...... drum roll .........






DADDYYYYYYYYY!!!!!!


Wah.... Bukan Daddy je yang terkejut, Orked pun! Tak sangka Daddy yang menang, sebab yang lain semuanya best juga...

Daddy dapat hadiah.... Mula-mula skema je.... Terkejut lagi kot?

Pastu dah tak dapat control happy dah! Hehehehheheheh....

Yeahoooooo! Daddy Orked menanggggg!

Daddy menang! Daddy menang! Yeyeeeeyyy.....!

Lepas tu Daddy kena bagi speech. Sian, Daddy nangis masa bagi speech sebab sedih. Daddy teringat kat arwah Nenekkkk.... :(

Apa pun, Orked, Mummy dan Adik Seri baaaanggggaa sangat dengan Daddy. Kalau Daddy tak menang pun, Daddy dah menang di hati kami, sebab Daddy adalah Daddy yang paling best dalam dunia. Daddy menang, lagi lah berdouble-double Daddy menang di hati kami! Hehehhe... Orked loooovvveeee sangat Daddy.

Nanti Daddy dah free sikit, dah abis siap assignment sekolah, Orked mintak Mummy belanja Daddy ek? Hadiah kecik dari Orked, Mummy dan Adik Seri. :D

Tahniaahhhhhhhh my Daddy....

Muah muah to you....
Orked
by Mummy

21 comments:

miralatiff said...

Tahniah daddy Orked..Orked kena belanje daddy orked eskrem tau nanti..hehe

Fazlinil Irma said...

tahniah buat daddy orked.

Sue said...

tahniah daddy Orked. Tahniah Orked & adik Seri juga sbb Daddy berjaya!

Momma Qiestina said...

congrats daddy orked :)

antie pon loooooooove sgt keja daddy orked.he deserved it.terbaekk :D

moga makin murah rezeki orked sefamily ye.amin..

Pesona Wanita said...

Tahniah Orked , AdiK Seri & family

KAK RAINBOW said...

tahniah daddy orked dan seri

Little Mama™ said...

tahniah pada daddy orked! horehh..dapat award durian!

auntie pun ada promote suruh reader blog aunty promote..tumpang bangga..he..he

IbuHanna said...

tahniah to daddy Orked & mummy Orked jugak..sbb kejayaan seorang lelaki kerana adanya seorang perempuan yg berdiri teguh menyokong dibelakang beliau..kan kan..

congrats once again!

Unknown said...

tahniah papa Orked!!!

Deeeee said...

Salam Orked & Mummy Orked,

Tahniah Daddy Orked!
Bestkan Orked.. besar nanti jadi macam Daddy ya.

ada the baker said...

yeay...congrats u orked and family =)

Aunty Bard said...

Tahniah to daddy Orked.... seronok dpt tau daddy Orked menang. Orked kena ikut jejak berjaya macam daddy n mummy jugak yerk :-)

misz beauty said...

tahniah buat daddy orked!!! mesti syok giler kan kan daddy orked menang... bile lah hubby auntie nak menang macam daddy orked pulak... ntah2 xlayak langsung... ehehehee...

p/s * auntie miss orked so much... =(

Filla said...

congrats daddy orked and seri.. nasib orked kecik lagi..kalau dah besar..konpem orked nangis tgk daddy nangis!!! auntie plak teharu ni..huhu

Auntyjid said...

wahhhh!!! TAHNIAH yer daddy orked... auntyjid ada juga undi kat website hari tu. syukur alhamdulillah. sebak pula baca cerita orked yg perenggan akhir tu. auntyjid nak tumpang bangga jugalah dengan kejayaan daddy orked...bangga kerana anak melayu mampu menempa kegemilangan dalam hidup....tahniah juga kepada orked kerana menjadi anak yang baik kepada seorang winner yer!!hehe..:-)

ummi_D said...

salam....tahniah buat daddy orked. Semoga kalian hidup bahagia dunia akhirat...

Buat kakak orked dan adik seri...suka sgt dgn keletah kamu berdua...

Orked said...

Terima kasih semua, sebab wish tahniah kat Daddy Orked.

Dan terima kasih juga kepada yg telah vote Daddy hari tu. Orked tak vote, tapi Mummy ada vote juga. :)

cik gObu said...

wow congrats to ur daddy orked

huhuhu

bangga sebab daddy orked anak melayu

yang sangat2 berjaya

sudah terbukti kita bukan bangsa yang hanya meLAYU jek kan

brown19 said...

TAHNIAH!!!! =)

NenekOrked&Seri said...

Nenek dan atuk pun bangga sangat dengan kejayaan daddy Orked&Seri. Nenek baru balik dari Genting, sekarang sedang tunggu Orked&Seri tiba. Walaupun esok baru datang, nenek dah mula tunggu hari ini. Tak sabar betul nenek nak 'main' dengan cucu2 comel nenek berdua ni!

NenekOrked&Seri said...

Nenek dan atuk pun bangga sangat dengan kejayaan daddy Orked&Seri. Nenek baru balik dari Genting, sekarang sedang tunggu Orked&Seri tiba. Walaupun esok baru datang, nenek dah mula tunggu hari ini. Tak sabar betul nenek nak 'main' dengan cucu2 comel nenek berdua ni!