Saturday, January 2, 2010

Happy New Year

Happy New Year everybody! Orked terlambat sikit nak wish, sehari terlambat. Tapi, biar lambat asalkan wish jugak, betul tak? Hehehehe....


New Year ni Orked tak buat azam baru. Sebab baru je 2 minggu lepas Orked buat azam, sempena New Year Hijrah tu. Yg tu pun belum terlaksana, takkanlah dah nak buat azam baru kan? Mummy kata, apa guna berazam tapi tak buat. Cakap je pandai, tapi buat tak. Baik tak yah azam. Dah Mummy kata macam tu, betullah tu kot. Mummy kan bijak sana sini. Hehhehe...

Hmm... Apa perkembangan terbaru Orked ye? Hmmm... Orked dah pandai cakap sikit-sikit. Tapi memang sikit-sikit betul lah. Antara perkataan yg Orked cakap ialah "lllllatttt"... Cuba teka apa tu?

Jawapannya ialah....

Cokelat....

Cokelat ni sedap sangat sampai itu yg Orked pandai nak cakap awal-awal ni. Tapi Mummy tak bagi Orked makan sangat. Mummy bagi rasa sikit-sikit je. Mummy takut nanti Orked jadi hyper bila dapat cokelat, pastu tak mo tido. Itu yg Orked pandai cakap "lllllatttt" tu, sebab dok mintak-mintak kat Mummy...

Pastu tadi kan, Mummy tersilap, pergi tutup laci tolak dengan kaki. Pastu Orked dah ikut. Wa wa waaaaaa.... Mummy kata dia tensen sebab kalau Mummy terbuat benda tak elok, kejap aje Orked dah ikut. Tapi kalau Mummy nak ajar good manners, punya lah liat nak lekat. Aduuiii.... Hihi... Sorry Mummy. Benda tak elok ni lah mencabar. Hahaha.... Jadi Mummy jangan le buat benda salah depan Orked, nanti Orked ikut.

Okey, Orked nak chow chin chow...e

Take care semua...

xoxo
Orked
by Mummy

8 comments:

nenekOrked said...

Semakin comel cucu nenek sekarang.

Munirah Abd said...

selamat tahun baru orked :D

ida said...

salam orked,

mmg betul untuk citer yg dh last2 tu..bdk2 mmg cepat belajar melalui persekitaran termasuklah manners drpd parents sbb parents lah contoh yg paling dekat dgn diaorg. Ckp melalui pengalaman...dan pengalaman k.intan tu adalah pengalaman saya juga. dan saya pun kdg2 belajar drpd anak2.

Selamat thn baru 2010.

cikbedahlaser said...

slmt thun bru orked....

lepas ni bljar ckp bnd lain ekk...
orked x boleh makan lllat byk2... nti gigi rosak..dh tak comel... kan kan kan

Deeeee said...

Salam Orked & Mummy Orked,
Alah-alah Orked.. tutup laci ngan kaki yer.. perli mummy la tu hehehehe..
Orked comel.. kat rambut tu ikat ngan bunga Orkedkan.. cute sgt ^_^ muahh tok Orked..
Take care mummy orked ^_^

AuntyJid said...

sELAMAT TAHUN BARU oRKED...

mOGA Orked membesar bagai johan dan sentiasa jadi johan dalam apa jua bidang yer.. (",).

ainiyah said...

depan anak kene wat perangai baik2.lagipon yg dalam perot pon terikut gak nanti.

:d
hepi new year kak intan & orked

Aunty Bard said...

comelnya Orked berbaju pink :-)...so sweet! Salam maal Hijrah Orked & Happy New Year!