Wednesday, January 6, 2010

Orked suka tolong Mummy dan Daddy

Orked sekarang dah jadi big girl. Orked selalu tolong Mummy. Kalau Mummy minta tolong, Orked mesti buatkan untuk Mummy.

Antara yg Orked selalu tolong Mummy ialah tolong angkat cawan ke dapur. Er, sebenarnya ni lebih kepada tolong Daddy. Daddy selalu minum sambil tengok tv. Lepas tu nanti Daddy dah habis minum, Daddy minta tolong Orked bawa cawan bagi kat Mummy kat dapur. Jadi Daddy tak payah bawa cawan ke dapur, dan Mummy tak payah kutip cawan kat depan. Orked dah tolong kedua-duanya lah kiranya.

Lepas tu, selalu sebelum mandi, Mummy bukakan baju Orked kat luar bilik air. Lepas mandi, Orked akan bawa baju Orked dan masukkan ke dalam bakul baju kotor kat dalam bilik Orked. Tak payah dah Mummy kutip baju Orked merata-rata.

Orked juga dah boleh bawak barang ringan-ringan. Selalunya dari rumah nak masuk ke kereta Orked bawa botol susu sendiri. Kadang-kadang kalau balik shopping Orked tolong bawak barang yg paling ringan. Masa pindah hari tu, Orked siap tolong bawak sebungkus nappy Orked yg besar tu. Tapi bukan bawak lah, Orked heret. Heheheh... Berat sikit, tapi Orked jugak yg nak pakai, kan?

Masa Mummy jemput Orked dari Rumah Prihatin pulak, selalunya Orked kemas barang sendiri masuk dalam beg. Mummy cuma perlu bagi check list je. Mula-mula Mummy tanya, mana beg? Orked pun ambik beg Orked. Pastu Mummy tanya, mana botol? Masuk botol dalam beg. Nanti Orked akan cari botol Orked lepas tu masuk dalam beg (tapi nak masukkan dalam beg Mummy kena tolong sikit sebab Orked tak pandai nak bukak beg lagi). Pastu Mummy suruh kemas teddy, dan apa-apa lagi barang Orked yg masih tak masuk dalam beg. Pastu Orked tarik sendiri beg Orked sampai ke pintu. Keluar dari rumah Mummy bawakkan lah beg tu sebab nanti kotor pulak kalau Orked heret kat atas tanah. Beg Orked berat, banyak barang.

video

Orked berusaha bawak sabun mandian Orked dari rumah, masuk lif, dan ke kereta. Sabun Orked kat Prihatin dah habis, kena bawa yg baru.

Pastu Orked dah kenal nama banyak benda. Kalau Mummy nak minta tolong, Mummy boleh sebutkan je, nanti Orked ambikkan. Contohnya kalau Mummy nak minta tolong letakkan apa-apa atas meja ke, Mummy cakap je, nanti Orked tolong letakkan. Kalau Orked kat ruang tamu, pastu nak minum susu, dan botol Orked ada kat dalam bilik, Mummy cakap je suruh Orked cari kat dalam bilik. Nanti mesti Orked masuk bilik dan jumpa botol Orked kat situ. Mummy tak payah bangun ambikkan untuk Orked. Nak suruh Orked ambik towel sendiri dari bilik masa nak mandi pun boleh.

Yg terbaru, Orked nak tolong Mummy mop rumah. Tapi ni baru praktis je, Mummy bagi guna mop takde kain je dulu. Hhehehhe....

Mummy, betul ke pegang mop camni?

Orked nampak rajin tak mop lantai ni?

Oh ya, Orked juga pandai tidokan Daddy. Hari tu Orked nampak Daddy penat sangat balik dari kerja. Sementara tunggu Mummy masak, Daddy baring-baring kejap kat kerusi panjang. Orked pun pergi kat Daddy. Orked nyanyi, pastu Orked tepuk-tepuk Daddy, bagi Daddy tido. Bila Daddy dah tido, Orked letak froggy (patung katak Orked) kat sebelah Daddy, temankan Daddy tido. Sama macam Mummy dan Daddy nak tidokan Orked, nyanyi + tepuk-tepuk bontot + letak teddy bear kat sebelah. Hihihi.... Kelakar kan Orked? Sorrylah, Orked tak tau yg orang dewasa tido tak payah letak froggy kat sebelah.

Okey, itu saja. Tata titi tutu....

xoxo

Orked

by Mummy

22 comments:

tun~teja said...

hehehe. comel betullah orked neh.

biqque said...

comelnyer orked dlm video tuuuu! hahaha!

strawberi said...

cute lah ..heret plastik tuh..hehe..

aSmiDar said...

pndai nye orked..

Munirah Abd said...

dah pandai dah diaaa

dah jadi bijak yeee hehehe

oneyani said...

comel gler!aduh..dengar pon dah sejuk ati..apetah lagi mummy ngan daddy kan...

azurayahya said...

Intan, TAHNIAH..!! Bagus mulakan didikan kat anak dgn kerja2 ringan macam tu... Supaya anak2 lebih berdikari kemudian hari...

Orked said...

tu yg mummy dan daddy sayang sangat kat orked kot, sebab orked tolong mummy dan daddy. nanti orked tolong banyak-banyak lagi. orked sekarang dalam training nak ada adik. nanti adik dah ada orked dah pandai macam-macam. tak lah mummy penat sangat nanti nak jaga orked dan adik.

AuntyJid said...

alaaaaaaaaaaaa... soooooo cute la Orked nih. Rajin sungguh! boleh booking jadi menantu... (",).

cikbedahlaser said...

hahahah comel gile....
mcm bz sgt je tarik sabun tu....
pasni orked nk wat keje ape lak??

Anonymous said...

sangat comey..

Pnut said...

Orked-kita pun dah pandai naik basikal sekarang...jom la naik basikal ngan kita.. kita letak pic kite kat blog..

Dayah said...

Salam Orked & Mummy Orked,
Rajinya dia.. tlg mummy yer.. pastu rajin tdokan daddy.. so cute
Lepas ni tdokan mummy plak yer orked.. ^_^

Aunty Bard said...

sooooooooo sweet la Orked ni. cute sangat Orked heret beg plastik tu..... Orked mmg bijak sangat, laju betul Orked jalan yerk...muah utk Orked!

nmmy84 said...

hihi.ketawa tengok orked.bijak betul..

_anees^ said...

comel nyeee orked!

Arra JaSmY said...

cute nya orked..besrungguh2 dia bawak beg sabun die..ahaks.
:)

misz beauty said...

alahai orked nye toncit... comel sgt... bagus da pandai tolong mummy... nnt bley tlg jaga adik lagik..;-)

elly said...

comel sgt orked! pandai betul orked bwk brg sendiri ye? moga2 nnti pandai tolong mummy jaga adik pulak..

mariaariffbaby said...

omg..comelnya orked!
and so rajin!

siShuE said...

tomeinyer orked.. nnt ajak mommy visit blog aunty yer, bole kwn ngan anak aunty juge..

cik said...

wah... sangat comelness, cute.... kecik2 dah indipendent...... dah teringgin ade anak bila tgk orked