Thursday, January 21, 2010

Melaka

Assalamualaikum...

Dua minggu lepas Orked ke Melaka. Pergi sana untuk jalan-jalan dan Daddy nak ambik gambar Sungai Melaka. Mula-mula Daddy nak bawak pergi ke Water Park. Tapi Daddy bangun lambat. Dah tengahari water park mende, hitam le Orked! Hihi... So, 2nd plan ialah nak ke Cowboy Town. Tapi sampai sana rupanya tutup. Tatau lah Orked, memang dah tutup ke, atau tempat tu buka malam je. So, plan ketiga ialah nak ke Zoo. Zoo sentiasa buka dan ada banyak animal. Orked memang suka animal. Kalau tengok Animal Planet mesti mulut Orked bising depan tv.

So, inilah dia, Orked di Zoo Melaka.


Kat sana ada seladang...


Ada rusa....


Ada birds....


Ada tortoise...


Dan ada elephant...
Bila penat Orked berhenti rehat dan minum...

Kat sana mula-mula Orked jalan kaki sendiri. Lepas tu dah penat Daddy angkat.

Tapi Orked nakkk jugak Mummy yg dukung. Adoyai, dah le Orked dah berat....


Lepas abis tengok semua animal di Zoo, Orked ke bandar Melaka pulak. Oh ya, seronok tengok animals semua. Macam-macam ada. Ada animal yg Orked suka tengok, tapi ada jugak animals yg Orked takut nak tengok. Bila Orked suka, Orked tunjuk-tunjuk dan buat bunyi bising. Bila Orked tak suka, Orked geleng kepala nananananana dan keraskan badan. Mummy kata Orked kelakar. Hihihi...

Pergi bandar Melaka sebab Daddy ada perjumpaan dgn kawan-kawan Daddy yg ambik gambar kat Melaka. Kami sampai awal, jadi tunggu dulu kat area bulatan jam. Orked jalan pusing-pusing dulu.


Pastu Orked pergi Jalan Jonker yg popular tu. Masa tu orang baru nak start bukak gerai masing-masing. Nampak cam meriah je tempat tu. Kat Jonker street tu bangunannya design Cina. Orked pun dah pakai baju ala-ala cheongsam. Sesuai lah tu...


Orked dgn Daddy. Orked muka dah penat, tak larat nak senyum. Hehehe....


Lepas tu balik semula ke bulatan jam. Daddy jumpa kawan-kawan dia. Daddy bagi penerangan kat diorang camne nak ambik gambar waktu malam. Lebih kurang gitu lah. Entahlah, Orked bukannya tau sangat pasal ambik gambar ni.


Pastu sebelum gerak nak shooting, diorang ambik gambar ramai-ramai. Orked pun tumpang dua kaki.


Masa Daddy shooting, Orked pun shooting jugak. Orked shooting jadi model Mummy. Heheheh.... Orked sekarang pandai buat "aiyoookkkk!"...


Shooting kat area tepi sungai belakang kedai-kedai sebab Daddy nak ambik gambar Sungai Melaka masa waktu langit biru.


Itu je lah kisah Orked di Melaka. Malamnya lepas makan ikan asam pedas kat Melaka, Orked teruuuuuusss balik rumah. Of course la, masa tu Orked dah pengsan (tido) kepenatan. Hhehehhe....
xoxo
Orked
by Mummy

7 comments:

Aunty Bard said...

heheheh Orked comel bergaun merah....aunty mmg suka sangat dgn warna merah. bila Orked pakai baju merah, bertambah la comel....bestnya jalan2 melaka. ikan asam pedas mmg sedap kat melaka kan Orked? heheh Orked makan tak?

Razlin Dawina said...

Waaahh Orked... lepas jalan round-round kat Melaka.. Badan berat pun jadi ringan :p (komen untuk 2 entry nih - Melaka & Klinik).

auntyjid said...

comelllnya sungguh orked ber cheong sam..

ShuE said...

orked pegi kg aunty! next time g melaka lg, bgtau aunty ye. bole aunty jumpa orked n mummy..

Pink dan Biru said...

hi orked!
come visit our little shop
http://pinkdanbiru.blogspot.com
bleh bli baju cute2 utk orked ataupun adik orked!
see ya!

Emmy said...

zoo melaka tu mmg tpat lawatan wajib semua org beranak kecik ek? heheheh

Orked said...

Aunty Bard: Ye ke aunty suka warna merah? orked suka warna pink. orked makan sikit je asam pedas tu...

Aunty Razlin: agaknya terlebih exercise kat Melaka kot....

Aunty Jid: thank u.... untuk raya cina tapi dah pakai dulu....


Aunty Shue: aunty tak cakap awal2 kampung kat melaka... kalau tak boleh orked bagitau nak gi melaka hari tu....

aunty pink: ada diskaun? hehhehe

aunty emmy: rasanya semua zoo jadi tempat lawatan wajib orang beranak kecik. lepas ni orked nak ajak daddy gi akuaria pulak tengok fish. orked suka fishhh....