Tuesday, November 24, 2009

Mari Main Gelongsor

Salam semua....

First of all, hari ni dah mengundi untuk Orked ke belum? :D

Kalau dah, mari kita baca cerita Orked untuk hari ini.

Hari ni Orked nak tunjukkan cara-cara main gelungsur. Orked baru pandai je ni... Mula-mula panjat. Kena pegang kat tepi kuat-kuat tau. Pastu kaki tak boleh pakai kasut atau stokin sebab nanti licin.


Panjat tu sampai ke atas sekali ye...

Lepas tu bila dah sampai atas, pusing badan. Duduk elok-elok. Dan lepas tu, woooooooooo.... lepaskan tangan!

Yeah, best! Tak payah guna tangga. Panjat je. Short cut! Hehhehehhe....
Tata....
Muahhh....
xoxo
Orked
by Mummy

Wednesday, November 18, 2009

Vote for Orked please

Hello semua...


Orked nak masuk pertandingan Huggies Baby Photo Contest. Hadiah pertamanya 6 bulan bekalan nappy Huggies. Kalau Orked menang, jimatlah duit Daddy tak payah beli nappy untuk Orked selama 6 bulan. Banyak jugak tu...

Ini kali pertama Orked masuk pertandingan baby. Orked nervous sangat. Dup dap dup dap jantung. Aunty-aunty dan uncle-uncle, kakak-kakak dan abang-abang boleh tolong Orked tak? Orked nak sangat menang. Pertandingan ni 20% markah dari undian awam. Aunty-aunty dan uncle-uncle, kakak-kakak dan abang-abang tolong votekan untuk Orked boleh? Terima kasih sangat Orked ucapkan kepada yang sudi bantu Orked. Ish, dup dap dup dap betul jantung...

Kalau nak tolong Orked, tekanlah kat link ni, nanti dia keluar gambar Orked, dan boleh undi kat situ

http://www.huggies.com.my/photo-contest/gallery.aspx?id=13356&method=1

Nak undi banyak kali pun boleh. Syaratnya ialah sekali sehari. Jadi, undilah hari-hari untuk Orked ye? Eh, demand pulak... Heeee....Tarikh tutup lagi dua minggu, 30 November. Pengadilan juri pertengahan Disember. Dup dap dup dap..... :~

Ok semua, tata. Jangan lupa, AFUNDI ORKED ye? Thannnnkkkkk uuuu....

Muah semua.....

xoxo
Orked
by Mummy

p/s: Kalau dengan menekan link di atas tak berjaya nak vote Orked (butang vote tak keluar etc), boleh cuba tekan link ni, http://www.huggies.com.my/photo-contest/gallery.aspx dan kemudian pergi ke mukasurat 45. Klik pada gambar Orked dan anda boleh vote untuk Orked. Thank youuuu.....

Monday, November 16, 2009

Jumpa kawan Mummy di BSP


Sabtu yg lepas Mummy bawa Orked pergi BSP rumah Aunty Syau untuk makan-makan dan main-main (Mummy sok sek sok sek). Aunty Syau ni kawan Mummy masa belajar zaman Mummy muda-muda dulu. Aunty Bard, Aunty Shida dan Aunty Ann pun ada juga.

Masa kat sana best... Ada macam-macam makanan yg Aunty Syau masak.... Sebenarnya masa sampai tu Orked ada terlibat accident sikit. Bibir Orked luka kena gigi Orked. Sakit tau, berdarah-darah. Tapi lepas Mummy dan Daddy letak ais, Orked dah ok, tak sakit lagi. Memandangkan Aunty Syau dah hidang laksa Sarawak, makaroni bakar, spagetti carbonara, kek batik dan kek Black Forest, maka Orked telah memakan kesemuanya kecuali laksa Sarawak. Orked tak makan laksa Sarawak sebab takut bibir Orked pedih kena kuah.


Kat rumah Aunty Syau ni ada sesuatu yg istimewa yg takde kat rumah Orked. Rumah Aunty Syau ada display cabinet macam kat kedaiiiiii.... Kat situ Aunty Syau letak beg, kasut dan.... botol air....? Orked tumpang test jadi bahan display. Macam sesuai je. Tapi kena jadi patung lah kot...


Ini anak Aunty Syau yg no. 2. Nama dia Maisa. Comel kan dia? Minggu depan birthday dia. Ni tengah practice potong kek tanpa lilin. Minggu depan agaknya Mummy dia beli kek lagi besar dgn ada lilin sekali kot...

Itu je lah laporan dari Orked. Mummy kata dia seronok jumpa kawan-kawan lama. Dah lama sangat tak jumpa sebab semua busy walaupun duduk tak lah jauh mana pun. Maybe lain kali boleh jumpa lagi. Next time Orked dah tak accident dah! :)

Ok semua.

Luv u all....

Mmuaahhhh...

Orked
by Mummy

Wednesday, November 4, 2009

Mandi Kolam di Penang

Hai....

Ini sambungan cerita Penang hari tu, sebelum iklan sebelum ni.

Lepas rehat-rehat sekejap, Daddy bawak Orked turun mandi kolam. Owh, best betul... Ni first time Orked mandi kolam. Tu pasal Orked takde swimming suit. Cuma ada swim nappy je. Sib baik orang hotel tu tak marah Orked mandi takde swimming suit.

Mula-mula Orked main kat tepi je. Celup kaki, celup tangan, splash splash air. Tapi, tak best le main tepi-tepi je. Pastu Daddy bawak Orked turun. Main lompat-lompat, pusing-pusing, menyelam menyelam, dan macam-macam lah. Bessttt... Tengok je lah gambar kat bawah ni kalau tak caya... Sian Mummy, tengok dari luar je. Mesti Mummy jeles tu. Heheheh...


Mula-mula main tepi dulu....


Pastu dah masuk dalam airrrrrr!...



Orked sorang-soranggg.....


Pastu dah sudah, lap lap dengan towel. Seronoknya!


Pastu gi jalan-jalan kat luar hotel... Ambik gambar kat kedai Cina...


Orked sengih....


Pastu Mummy pulak. Tapi ni bukan sengih, ni Orked pun tak tau apa kena dgn Mummy. Orked cool je. Hheheheh....


Pastu pergi Esplanade nak tengok sunset. Tapi Orked pengsan. Orked tau pergi ke situ cuma dari tengok gambar ni je. Hhehee... Penat la swimming....


Malamnya ada jamuan raya anjuran PJVPP. Tapi Mummy tak ambik gambar. Cuba cari Orked yg mana satu....
Orked.
Tata
xoxo
Orked
by Mummy

Monday, November 2, 2009

Adik Orked

Salam semua....

Ini Orked baru balik dari klinik. Tak, Orked tak sakit. Tapi Mummy yg pergi klinik jumpa Dr. Orked dan Daddy temankan je.

Nak tau pasal apa Mummy gi klinik? Sebab... Orked tak lama lagi dah nak jadi kakak! Orked dah nak ada adik. Eeeiii... Macam tak percaya je. Orked pun kecik lagi dan Orked pun tak puas lagi manja dgn Mummy dan Daddy. Tapi Orked happy sangat. Nanti Orked ada la teman nak main sama-sama...

Mummy cakap kalau Orked dah ada adik nanti Orked kena sayang adik, kena jaga adik, dan kena ajar adik semua benda yg Orked dah pandai. Orait, nanti Orked buat...

Hmmm.... Orked tengah fikir ni. Nanti kalau adik dah keluar, nak suruh adik panggil apa ye kat Orked. Nak panggil Kakak Orked ke? Panjang sangat... Kak Ked? Cam kelakar je.... Tak pun Kak Long ke, Along ke? Ummmm... Takpe, Orked ada banyak masa lagi nak cari idea yg best best.

Oh ya, Dr cakap adik Orked ni Insya Allah akan lahir pada 15 Jun 2010. Alamak, tak sama birthday lah dgn Orked...

Ok, ni Orked baru je balik sebab kat klinik ramai sangat orang. Orked nak tido. Good night. Ni Orked share gambar adik Orked. Keccciiikkkk je dia!


Tata...
Muah muah muah....
Orked
by Mummy