Monday, November 16, 2009

Jumpa kawan Mummy di BSP


Sabtu yg lepas Mummy bawa Orked pergi BSP rumah Aunty Syau untuk makan-makan dan main-main (Mummy sok sek sok sek). Aunty Syau ni kawan Mummy masa belajar zaman Mummy muda-muda dulu. Aunty Bard, Aunty Shida dan Aunty Ann pun ada juga.

Masa kat sana best... Ada macam-macam makanan yg Aunty Syau masak.... Sebenarnya masa sampai tu Orked ada terlibat accident sikit. Bibir Orked luka kena gigi Orked. Sakit tau, berdarah-darah. Tapi lepas Mummy dan Daddy letak ais, Orked dah ok, tak sakit lagi. Memandangkan Aunty Syau dah hidang laksa Sarawak, makaroni bakar, spagetti carbonara, kek batik dan kek Black Forest, maka Orked telah memakan kesemuanya kecuali laksa Sarawak. Orked tak makan laksa Sarawak sebab takut bibir Orked pedih kena kuah.


Kat rumah Aunty Syau ni ada sesuatu yg istimewa yg takde kat rumah Orked. Rumah Aunty Syau ada display cabinet macam kat kedaiiiiii.... Kat situ Aunty Syau letak beg, kasut dan.... botol air....? Orked tumpang test jadi bahan display. Macam sesuai je. Tapi kena jadi patung lah kot...


Ini anak Aunty Syau yg no. 2. Nama dia Maisa. Comel kan dia? Minggu depan birthday dia. Ni tengah practice potong kek tanpa lilin. Minggu depan agaknya Mummy dia beli kek lagi besar dgn ada lilin sekali kot...

Itu je lah laporan dari Orked. Mummy kata dia seronok jumpa kawan-kawan lama. Dah lama sangat tak jumpa sebab semua busy walaupun duduk tak lah jauh mana pun. Maybe lain kali boleh jumpa lagi. Next time Orked dah tak accident dah! :)

Ok semua.

Luv u all....

Mmuaahhhh...

Orked
by Mummy

4 comments:

Aunty Bard said...

tq mummy for the lovely entry. mmg kami semua enjoy sangat hari tu. tambah2 dapat jumpa Orked yang dah lama tak jumpa kan. hope lepas ni kita boleh buat 2nd gathering pulak :-)

auntyjid said...

orked dah pandai pakai skirt yer skrg... nanti tak lama lg boleh galas beg merah..hehe... comelnyaaaa...

bestnya mummy orked gathering dgn kwn2... auntyjid dah lama tak gathering2 dgn kwn2....:-(

mariaariffbaby said...

orked cute la pakai skirt..
behave jek..

if ecah auntie la..huhuhuhuhu
sexy dia you..
=P

Orked said...

hehehe... Orked pakai skirt kalau masa berdiri dan jalan-jalan ok. tapi kalau baring-baring pakai skirt, cekci gak ler. hehehehe....

beg merah aunty jid tu kena tunggu besar sket lagi. sekarang orked cuma boleh heret je, belum boleh galas. haha....

aunty bard, nanti jumpa lagi ek