Friday, January 30, 2009

Orked nak balik kampung tengok Pak Lang kawin



Petang ni mummy dan daddy balik kerja awal yehaaaa. Jarang-jarang daddy orked balik awal. Selalu paling awal pun kol 8 malam. Sian daddy kerja kuat nak bagi makan Orked. Mummy pun sama kena kerja kuat. Masa lunch time mummy kena bekejar nak tengok Orked dan bagi makan Orked. Orked tak tau lah, orked masih susah nak terima benda-benda yang bersifat artificial. Contohnya, Orked tak suka puting plastic walaupun dalam iklan dia kata sama jer rasanya. Mainan pun sama, Orked lagi suka main dengan kaki dan jari orked sendiri walaupun ramai auntie-auntie dan uncle-uncle kawan daddy dan mummy belikan orked macam-macam. Mungkin belum lagi kot, tapi Orked akan cuba lah ye semua.

Ada lagi 1, kalau nak tido, mummy dan daddy pasang lampu yang ada cookies macam projector kat room Orked ataupun pasang musical box yang ada banyak teddy gantung terbang-terbang, tapi Orked tak boleh lah...Orked sukakan yang semulajadi. Jadi..mummy dan daddy lah kena nyanyi. Suara daddy sedappppp...suara mummy...hmmm...no comment. Tapi apapun, Orked sampai tertidur kalau mummy dan daddy Orked menyanyi.

Kenapa daddy balik awal hari ni? Hari ni, Orked nak balik kampung lagiiii....yeeeee Orked nak balik Pahang. Ini kali ke-2 baru Orked nak balik Pahang. Selalunya Atuk jer yang datang USJ. Lagipun nak ikut daddy pegi melawat kubur nenek. Daddy cakap, Orked rugi pasal tak jumpa nenek emak daddy. Dia baiikkkk sangattt. Tapi takpe, Orked ada sorang lagi nenek yang baik. Yg tu nenek sebelah mummy. Cuma satu je lah, Tok Ayah selalu takde. Tok ayah kerja kat Bangkok, kadang-kadang jer balik. Nenek tiri Orked pun baik jugak. Semua orang baik dgn Orked...best betul lah jadi Orked ni.

Ok semua, jap lagi Orked nak balik kampung. Orked perlukan tidur yg secukupnya sekarang supaya nanti dalam kereta Orked tak menangis dan boleh temankan daddy berbual dan bukannya buat daddy tension dgn menangis. Orked nak jadi good girl lah.

ORKED
tukang taip : Daddy

Monday, January 26, 2009

Melawat Daddy di Agrotek Resort



Hari ini Orked dan Mummy tido di rumah nenek sebab Daddy outstation. Daddy ada Photocamp 3 selama 3 hari di Agrotek Resort. Hari Rabu malam baru Daddy balik. Hari pertama Daddy di sana, Orked dan Mummy pergi ke Agrotek Resort untuk melawat Daddy. Tok Ayah dan Nenek pun pergi juga. Kami makan tengahari di sana (orang lain lah yg makan, Orked tengok aje). Lepas makan Tok Ayah dan Nenek bawa Orked tengok orang main air kat sungai. Orked cuma celup kaki aje. Yg lain tak celup sebab Orked tak nak baju Orked yg cantik ni basah.

Daddy, masa kat Camp ingat Orked tau? Orked rindddduuuuu sangat dgn Daddy. Rabu nanti nak mintak Daddy dukung Orked boleh?

C u on Wednesday Daddy!



Mummy

Sunday, January 25, 2009

Selamat Pengantin Baru Pak Lang dan Mak Lang!


Orked ingin mengucapkan

SELAMAT PENGANTIN BARU

kepada Pak Lang dan Mak Lang

Terima kasih kerana invite Orked datang ke majlis perkahwinan Pak Lang dan Mak Lang. Mak Lang sungguh berseri-seri sekali!
By Mummy

Saturday, January 24, 2009

Orked masa wedding PakLang


Ni gambar terbaru Orked. Udey Ismail ambik semalam masa wedding adik daddy (Uncle Adi Nang) dengan Mak Lang Orked (Auntie Hidd). Comel jer Orked masa ni. Orked semasa berada dalam kereta pengantin. Bila pengantin keluar, photographer2 yg kerja dgn daddy Orked dan juga photographer kawan Pak Lang Orked, semua orang tiba2 jadi posing2 pulak. Tinggal lah Orked keseorangan dalam kereta, semua orang dah keluar (dekat-dekat jer lah...mommy & daddy mana pernah lupa Orked).

Senyap jer Orked masa ni. Orked pun heran kenapa ramai photographer tiba2. Adakah kerana Orked dah glemer ataupun sudah bergelar selebriti? Tapi soalannya terjawap lah bila photographer ramai pergi serbu uncle Adi. Oooo...rupanya Uncle Adi kawin. Tahniah uncle Adi. Nanti uncle Adi dgn Auntie Hid dapatkan lah baby girl macam Orked, nanti Orked ada kawan nak main-main dan boleh sama-sama jadi model daddy untuk PhotoMama nanti.

Oke lah, Orked nak bersiap ni...nak pakai baju cantik-cantik nak pegi wedding reception Pak Lang & Mak Lang Orked. yeyehhh!

Translator Orked

Wednesday, January 21, 2009

Orked selsema pulak


Sian Orked. LEpas kena injection 6 in 1 dari Dr. Ling (Paed Orked), lepas tu Orked dah lalok. Pegi bfast makan roti canai pun dia behave jer dalam bakul dia. Selalunya dia tak kasi can daddy dan mummy nak romantik2 masa bfast pasal dia nak attention tu semua kat dia (selfish betul orked ni kadang2 heishhh). Sehari sblm tu Orked selesema terus bawak gi klinik terus enjet alang2 (tinggal 2 hari jer lagi nak enjet).

Lepas tu, dah Paed Orked masukkan 6 agen antibody itu yg badan orked kena fight untuk hasilkan antibodi baru. 6 agents tu...kali ni orked tumpas. Orked demam sehari dan iniloah kali pertama Orked demam sejak dilahirkan. Baguslah anak daddy ni, lepas makan ubat 3 kali...terus dia baik besoknya. Sehari jer demam. Tapi masa demam tu...daddy tak sampai hati nak marah Orked. Daddy pegang Orked, dodoi orked, tidurkan orked walaupun orked merengek malam2 dan besoknya daddy kena kerja, tapi sayu hati tengok anak tgh demam. Agaknya, ini lah yang emak dan ayah daddy rasa masa besarkan daddy. Masa demam lah daddy boleh order nak makan apa sahajaaaaa, pasti akan diadakan juga.

Untuk Orked, kena jadi anak yang baik. 1 hari nanti Orked dah pandai baca blog ni, ingatlah...kasih sayang mummy dan daddy tak ada batas. Kalau askar Israel suruh pilih nak tembak daddy atau tembak Orked, daddy akan paksa askar Israel tu tembak daddy dan lepaskan Orked. Mummy pun macam tu jugak kan? Jadi, peluang itu...jadi lah Orked seorang serikandi untuk manusia sejagat. Amin.

Daddy

Thursday, January 15, 2009

Orked Sudah Kenal Kaki


Orked kini sudah pun mula mengenal kakinya. Kakinya dah jadi mainannya yg terbaru, yg sentiasa ada bila Orked rasa nak main. Sebelum ini dia cuma rajin bermain dgn jari-jari tangannya, tetapi sejak kebelakangan ini Orked lebih suka bermain dgn kakinya pula. Kadang-kadang dihempas-hempaskan kakinya ke lantai, dan kadang-kadang disumbatnya jari kakinya ke dalam mulut. Orang kata, kalau dah masuk jari kaki ke dalam mulut tu, maknanya nak dapat adik ye? Sorry lah ye Orked, Orked ni pun macam tak cukup kasih sayang lagi (walaupun Mummy & Daddy dah bagi kasih sayang yg berlebihan), macam mana nak share dgn adik pulak? Hehehehe....
Love,
Mummy

Saturday, January 10, 2009

Orked dah besar dah


Ini lah gamabr terbaru Orked. Raga ni makin lama makin tak muat dengan dia. Sekarang Orked dah 60++ cm dah dan berat pun dah 6.4kg. Dah makin besar dah anak daddy ni.

Daddy

Selamat Datang ke blog Orked


Hi all, sekarang Orked dah ada blog. Tapi buat masa ni, jari Orked masih pendek utk menaip keyboard dan Orked pun belum pandai membaca. Jadi Orked wakilkanlah semuanya kepada mummy dan daddy Orked. Mereka adalah daddy dan mummy terbaik di dunia (pada pandangan Orked). Kepada semua, sila lah ikut perkembangan Orked. Sekarang Orked dah mula bekerja sebagai model PhotoMama daddy. Orked happy sangat cuma jadual Orked agak ketat setiap hari.

Pagi pagi Orked kena pegi ikut mummy pegi Rumah Pengasih, orang kat Rumah Pengasih jaga Orked masa mummy lecturing kat UPM. Tengahari Mummy datang bagi Orked makan, kemudian jadual Orked kena main-main dengan Ali, Damia, Ain dan kawan-kawan lain kat Rumah Pengasih. Kemudian mummy datang utk bawak Orked balik rumah. Kat rumah Orked selalu spend masa kualiti dengan daddy dan mummy. Itu lah jadual orked hari-hari....tambahan sekarang kalau ada shooting, Orked kena ambik cuti dari Rumah Pengasih pulak.

Orked paling suka tengok gamabr Orked yg daddy dan mummy ambik. Seronok sangat. Kepada yang lain2, silalah datang tengok blog Orked ni selalu-selalu ye. Byee

ORKED
(Daddy yg tulis)