Sunday, August 2, 2009

Switzerland Part 2

Bangun pagi di campsite Silvaplana, Orked terus ke kaunter untuk bayar (guna duit Daddy). Semalam masa kami sampai, kaunter dah tutup. Jadi kami masuk dan bercamping dan pagi ni baru nak bayar. Of course lah, masa tu Orked dah mandi semua dah. Walaupun sejuk, mandi tetap mandi... Dan hari ni Orked pakai lagi baju sheep warna pink Orked. Tebal ni. Dalam baju ni ada lagi baju sejuk yang lain. Maklumlah kat sini sejuk. Nanti nak pergi ke tempat bersalji, lagi sejuk.


Lepas bayar, sementara menunggu Mummy siap-siap, Orked dan Daddy jalan-jalan tengok sekitar campsite. Campsite tu cantik. Tempatnya terpencil, kemudahan pun tak banyak. Tapi viewnya cantik sangat. Kat situ ada tasik dan view gunung bersalji. Hari tu langit cerah, lagilah cantik viewnya. Segar betul udara kat sini...


Ini Orked kat atas jambatan tepi tasik. Jambatan tu untuk seberang sungai kecik kat situ. Orked tak tahulah, sejuk mana air ni. Orked tak berani nak rasa. Mesti sejuk...


Ini bila semua dah siap dan dah ready nak jalan.


Cantik kan tempat ni? Ni masih kat campsite ni. Tak payah pergi mana-mana. Duduk sini saja pun dah best dah...


Tapi kat semua campsite, sebest mana pun, kitorang bermalam semalam sahaja. Sebab nak tengok banyak tempat. Kalau tido bermalam-malam, tak dapatlah nak jelajah banyak tempat. Ha, ini pun masih tepi tasik kat campsite.


Dan ini...


Dan ini...


Kesimpulannya, campsite Silvaplana ni adalah campsite yg tercantik yg Orked tinggal sepanjang perjalanan kali ini.

Keluar dari campsite, Daddy bawak motorhome dan kami semua panjat gunung lagi. Kali ni nak lalu pass yg lain pulak. Pass tu ialah jalan kat atas gunung. Kali ni ke Fluelapass pulak.

On the way, berhenti kat look out point ni.


Dari sini boleh nampak town kat bawah. Silvaplana lah tu kat bawah tu.


Mummy belum ambik gambar lagi dgn pine trees. Jadi, inilah salah satu jenis pokok pine yg ada.


Daddy pulak, dalam hutan pokok pine tepi jalan.


Ada padang rumput dgn bunga kuning dgn backgroung view yg cantik.


Ini Mummy dah terlebih excited! Hhehehhe... Mummy dah lama tak posing lompat bintang atau apa-apa lompat. Sejak Orked lahir lah. Mummy kata dia rasa macam dia dah berat nak melompat. Padahal takdelah berat pun badan. Sama je. Berat tanggungjawab kot. Ye lah, Orked ni macam-macam hal kan....


Daddy pun sama, terlebih excited sampaikan dia pergi terjun atas rumput tu. Orked pun excited, tapi dari dalam motorhome je. Orked tak turun sebab nak cepat.


Ini masih lagi on the way ke Fluelapass.


Kat sini pun cantik jugak. Tepi jalan je. Daddy ambik gambar Mummy lari-lari. Mummy cakap last time Daddy ambik gambar Mummy lari-lari camni, masa Mummy dgn Daddy bertunang dulu. Lepas ni tunggu Orked pandai lari lah pulak. Ambik gambar Orked lari-lari ye Daddy?


Ini dah semakin menghampiri puncak. Salji dah makin dekat. Tepi ni ada batang pokok pine yg orang dah potong.


Daddy Orked yg hensem bersama batang pokok pine.


Makin naik atas, makin sejuk. Apalah Mummy ni, malas nak pakai baju sejuk! Lepas tu mula la kesejukan...


Yeay, dah jumpa salji! Kali ni boleh bergambar banyak-banyak berbanding semalam sebab hari masih awal. Semalam dah lewat. Seram duduk tempat terpencil camtu lewat-lewat.


Snowwwww!!!!


Ini pemandangan tipikal kat area tu. Gunung coklat dengan salji putih, kiri kanan jalan.


Ini dah sampai kat Fluelapass. Ini tempat tertinggi jalan yg kami lalui yg boleh kenderaan sampai. Dah sampai sin barulah Orked turun nak main salji. Sejuk ni kat sini.


Tinggi tempat ni. 2383 meter dari aras laut. Kalau duduk kat tepi pantai dan boleh nampak tempat ni, mesti sayup-sayup je sebab tinggi sangat. Nak sama tinggi dengan kapal terbang dah kot?


Lepas tu kami mula beransur turun. Ni view yg Orked nampak melalui cermin. Tengok jalannya, berbengkang bengkok.


Ini dah lebih bawah. Orked dah mula nampak hijau...


Dah sampai ke padang rumput semula. Mummy dah mula masuk semak... Ini bunga putih.


Dan ini bunga purple.


Malamnya kami bermalam di campsite di Innsbruck, Austria.

To be continued, Austria dan balik ke Germany.
Tata semua!

Luv,
Orked
by Mummy

23 comments:

LiLithFaiR said...

bestnyer. ni musim summer kan? ade salji jugak eh? best sgt2 dpt berjln. untung orked :)

cikbedahlaser said...

hi orked.....
byk lg ke cite ni??
sentiasa tgu cerita baru dari orked...
kite kongsi sesama ye orked...
orked suke kena lambung ye....

Nenek Orked said...

Seronoknya Orked pergi Switzerland. Nenek dah pergi Switzerland tahun lepas tapi takde satu pun tempat yang Orked cakap tu yang nenek pergi. Nampaknya kita pergi Switzerland tapi tempat lain2. Switzerland best kan? Nenek pun suka.

Kuey san said...

Orked :)

nape ye entry kali nih tak banyak gambar Orked? Gambar Daddy & Mummy aje banyak.. Ish ish ishh..

Mummy Orked,

cmne jaga camera supaya tak berwap ye? kat area sezouk tuh..


:P

Orked said...

camera tak kan berwap pun kat tempat sejuk. Camera akan berwap kalau dari dari tempat sejuk terus pegi tempat panas, baru ada kondensasi. Yg tak yah pegi negara sejuk, malaysia pun kalau dari bilik aircond pergi keluar tempat panas pun berwap juga. Jadi masalah camera berwap tak pernah timbul kat sana ;) (daddy Orked)

LiLithFaiR said...

daddy/mummy orked,

amik gambar2 ni pakai lense ape eh? wide ke? kalo wide berapa mm? :D take care orked.

Orked said...

LilithFair, gambar yg mana satu? Mummy bawak 2 lenses, daddy bawak sampai 5 lenses. Lain gambar kadang2 daddy dan mummy tukar-tukar lens. Yang mana satu nak tanya?

ejen insurans Orked said...

wah seronok ye orked. gambar2 pon sgt cantik.

bila Orked besar mesti best tgk balik gambar2 ni...
zaman dulu auntie jalan2, jarang ade gambar.

nasib baik cuti2 malaysia aje..hehehe sonak nak pegi lagi.

Yulie Elveera said...

first time commenting here. lawanyaaa.. mcm poskad. lucky orked kecik2 dh jejak switzerland. doakan auntie pulak jejak on one fine day ye :D
psss: aritu tgk gugu gaga erra, episode tu dia tgh cari photograpehr nk wat photo shoot aleesya. bile si vern*n recommend nama SN, bleh plak dia tak mcm tak kompiden. dia lom tau penangan Sn kot.. huhuhu

Orked said...

LilithFair: ni summer tapi ada salji sebab kami pergi sampai ke puncak gunung @ ketinggian 2000 m lebih.

cikbedah laser: ha'ah... suka...

Nenek Orked: Orked pun suka Switzerland... Cantik...

Kuey-san: kurang gambar Orked sebab Orked tunggu dalam motorhome atau tido Mummy tak kejut. Mummy dgn Daddy turun kejap-kejap je ni, tak lama...

(mummy)

Orked said...

ejen insurans Orked: eh, ni ejen insurans yg betul-betul ke yg tak betul? hehehh...

yulies: belum tengok blog Orked kot. huhu...

Aunty Bard said...

sungguh comel dah cantik semua yang dalam gambar ni...aunty suka sangat. sihat mata aunty memandang warna putih sajli hijau gunung biru langit dan air :-)...theraphy yang bagus gak ni utk semua viewers. thks ORKED for sharing....muahss!

lilyflower said...

Hi orked,

Aunty suka baca blog orked.. Aunty amik link blog orked letak kat blog aunty k...

AuntyJid said...

Orked, auntyjid tak sabar nak tunggu tengok pic orked lompat2 tengah padang mcm mummy...(",).

Auntyjid suka pic Orked kat depan kaunter tu... pandaiii orked kira duit...(",).

Afeeqa said...

bgsnyer mumy orked xpki bju sejuk dkt tmpt bersalji. tu tandanya bdn mumy orked sehat! :)

nnmy said...

Orked.. Mummy n Daddy

Aunty nn jelesnya tengok gambar orked, mummy, dan daddy..... Sangatlah cantik tempat tu. Sangatlah cantik sentuhan mummy dan daddy.

Thanks utk mummy dan daddy yang share gambar ni dengan aunty nn dan viewer yang lain. Theraphy yang baik buat aunty nn.. Bila penat2 baca buku, aunty nn bukak tengok gambar orked. Tapi kkdg tu, aunty nn tak penat pon.. aunty nn tengok juga blog ni.. sebab suka sngattt

Dan aunty nn paling suka dapat tengok gambar mummy lompat-lompat. Aunty nn kenal mummy masa zaman lompat-lompat tu... Akhirnya dapat tengok balik mummy lompat. Aunty nn pon teringin nak lompat macam mummy.. tapi kaki aunty nn tak secantik kaki mummy orked. Mummy, mummy muda lagi dan masih dalam kategori light weight... mummy kena lompat bnyak-banyak..

Ok.. nanti aunty n akan tgok blog orked dan lagi dan lagi. Thanks mummy n daddy orked.

AuntyJid said...

Orked... minggu ni Orked datanglah Putrajaya. Ambil gambar dengan pelbagai spesis bunga orked di pesta flora.... mesti pesta tu lebih cantik dan berseri dengan kehadiran Orked.. (",)

LiLithFaiR said...

gambar ke-2 and ke-3 pakai lense ape? heheh.
kamera saya nikon D90, and tgh nak pilih wide lense mana nak beli huhuh. sila beri tunjuk ajar ye :D thankss!

Orked said...

LilithFair, gambar 2 dan 3 tu saya pakai 16-35mm on my 5dmk2 Canon (Full Frame Camera) but for D90 with 1.5 cropped factor, you can try 12-24mm Nikon, or Sigma 10-20 or Tokina 12-24mm or any lenses below 12mm to get that effect

ejen insurans Orked said...

ejen Orked yg betu la...

AUntie Nafisah & Uncle Nizam

:)

LiLithFaiR said...

i see, tq ye mummy/daddy orked.
muahs sket kt orked :)

Teacher Shikin said...

Cantiknya!Orked dah besar :D tp kenapa mummy orked kurus? :p nntt mkn nestum byk2 tau mummy :P

mummy orked..xnak beli buku untuk orked?teacher shikin ada jual byk buku2 comel utk orked and kawan2 orked :D jgn lupa tau..singgah kedai online teacher shikin :D

take care orked ;)

Teacher Shikin
http://13-minibookstore.blogspot.com

Sue said...

hi Orked. Makin comelllll! Untung yea orked kekecik da gi negara owang jalan2 makan angin. Doakan pulak auntie leh bw kakak mia ngan Khalish ke sana pulak satu hari yg indah nanti. heheh...

Mummy makin kurus ekk.. Daddy makin bam bam pulak. hehehe