Monday, July 27, 2009

Switzerland Part 1

Hari seterusnya Orked ke Switzerland pula. Mula-mula tak rancang pun nak pergi Switzerland, tapi sebab dah dekat Daddy bawa pergi juga. So, jalan sana pun main redah je lah.

Mula-mula masuk Switzerland, kat tepi highway, nampak ni. Kawasan rumput hijau dengan latar belakang gunung banjaran Alps bersalji. Wah, dah seronok masa tu. Kat tepi highway je. Tapi ambik gambar sebab view cantik. Ini Orked tunjuk gambar Atuk dgn Nenek posing.


Lepas dari highway tu, dah start masuk kawasan gunung-gunung. Sempit je jalannya. Memanjat bukit. Lepas tu, tepi jalan gaung-gaung semakin dalam. Nampak tak sungai kat sebelah Daddy tu? Dalammmmmmmmm... Kalau nak tau, sebelum ambik gambar ni, Orked dan semua dan motorhome sekali, lalu kat jalan yg tak siap kat belakang tu. Kan kat belakang tu ada arc bridge. Sebelahnya ada jalan tak siap warna merah putih tu. Haaa... Jalan tu lah kitorang lalu. Masa lalu tu tak tau macam tu rupanya. Dah lepas baru tau. Tak sempat nak ngeri masa lalu. Hehehe... Sib baik. Kalau tak agaknya tak lintas. Maklumlah, motorhome tu besar dan berat.



Kat sepanjang jalan juga, banyak menyusuri sungai. Diorang memang buat jalan kat sebelah sungai kot. Sungai tu airnya deras, dan warnanya pun tak macam sungai kat Malaysia. Warna biru kehijauan. Sejuk agaknya air tu, sebab puncanya dari salji yg mencair kat hulu sungai.



Ni kat tepi jalan yg kami lalu. Memang sepanjang viewnya cantik. Ni Mummy tiup bunga kering. Sampai kembung pipi Mummy.



Ada pokok pine, ada bunga rumput warna kuning... Cantik...



Mummy sempat buli Daddy suruh jadi Mat Bunga sekejap. Nak buli Orked tak boleh, sebab Orked tido.



Jalan macam ni pun lalu juga. Sebelah gaung dan sebelah lagi batu gunung. Jalan tu pun sebenarnya tergantung. Kat hujung jalan tu, dia tambah batu untuk buat jalan.



Tapi, percaya atau tidak, "si gemuk" ni berjaya jugak lalu.... Jalan sempit, jalan mendaki. Tinggi dah ni masa ni. Tak caya tengok gunung kat belakang tu, dah sama paras dah.



Masa ni Orked dah bangun. Baru lah Orked ada gambar di Switzerland. Masa ni dah start sejuk. Pagi tadi masa bertolak dari Lindau panas. Sebab tu Orked pakai sleeveless. Kejap lagi Orked tukar ke baju tebal.



View yg cantikkkkk.... Masa ni on the way ke Albulapass...



Lalu jugak kampung-kampung. Kampung kat sini, rumahnya dibina sampai betul-betul ke tepi jalan. Nak bawa "si gemuk" tu memang mencabar minda Daddy lah. Dah lah kena kona, jalan sempit, lepas tu ada pulak dinding rumah. Nasib baik lepas semuanya...



Masa ni dah nak sampai Albulapass, tapi kena pusing balik sebab Albulapass tutup. Masa tu Albulapass bersalji. Jalan tak buka kepada public.

Ada padang dgn bunga putih pulak. Ambik gambar dulu...



Cantik kan? Ada kampung-kampung kecik kat gunung-gunung tu.



Albulapass tutup, jadi kami patah balik dan pergi ke Julierpass. On the way, ada dam, Staudamm. Kat tempat tinggi pun ada dam. Masa tu memang sejuk sangat...



Jalan punya jalan, akhirnya kami dah hampir ke puncak gunung yg bersalji. Kalau rajin nak panjat sikit gunung belakang tu, boleh pegang salji.



Sejuk-sejuk tu, Mummy saje je ambik kesempatan peluk Daddy. Masa ni Orked tak tido, tapi Orked tinggal dalam motorhome sebab sejuk. Dalam motorhome panas, ada heater.



Jalan punya jalan lagi, jumpa setompok salji kat tepi jalan. Daddy dan Atuk tak lepaskan peluang main salji.



Berhenti ambik gambar lagi. Sungai dengan view cantik. Masa ni memang sejuk. Orked dah pakai baju tebal, tapi Mummy pakai jaket nipis. Mummy malas nak ambik jaket tebal. Tu yg Mummy peluk Orked kuat tu. Dia sejuk.



Lepas dari tempat ni, kami terus ke campsite di Silvaplana. Ada view cantik, tapi tak berhenti ambik gambar sebab hari dah lewat. Masa ni pun, nampak je dah cerah, tapi sebenarnya hari dah lewat. Masa ni summer, jadi matahari terbenam lambat.

So, cerita bersambung esok. Tata.

Luv,
Orked
by Mummy

10 comments:

-iLLa- said...

huhh cantik btul pemandangan....

AuntyJid said...

waahhh.. cantiknya Orked bergambar tepi gunung.. Bagusla Orked tahan sejuk.. steady jer amik gambar..(",).

Masa Orked lalu kat situ, Auntyjid terbayang-bayang macam nampak harry Potter, Ron n hermione naik penyapu terbang jer kat kg di tengah padang tu sambil melintasi jambatan kat sungai yg dalam tu.. hehehe...

fazlinil irma said...

mummy tiup bunga dandelion mcm anak2 sy jugak..hehe

habis dikerjakan bunga2 tu sbb nak tiup..nasib bunga liar je :)

tangan mummy terlebih panjang la dengan orked tu..jd lawak la plak..hahaa

misz beauty said...

uwaaaaa... aunty beauty sgt jeles lah tengok pict2 orked and family nih... nak jugak....!!! =D

Aunty Bard said...

Cak ORKED. Aunty suka sangat entry yang ni. view semua cantik putih bersih dan hijau. segar mata aunty pagi2 baca blog ORKED. Mummy pun semakin cantik :-)

gee ryder said...

ni jelajah europe ke? bestnyee..
betuah badan..

cantek gile view

Wafaa said...

Orked,

sana sejuk. tak selesema ke?

sana memang bunga merata-rata tempat ek?

love,
auntie wafaa

faridfaiz said...

waaa..teringin nak g jln2 mcm nji la..ntah ble la ade pluang nak g..huhui

KedaiOnline said...

seronoknya dapat jalan-jalan begini! Murah rezeki you. Take care!

Lady of Leisure said...

hi orked.. swiss is such a beautiful place to go.. been there last may.. huhu.. masih rindukan swiss..
btw nice blog orked..
:)
i link u yer mommy orked..